Kawan-Kawan

Balik Kampung Cuti Beraya


posted by ceklala

4 comments

dengar cite dah ramai balik kampung beraya.



hati-hati la buat yang memandu pulang ke kampung tu. jangan nak bawak lelaju sangat. kalo ngantuk benti dulu tido kejap dalam 10 minit then baru sambung. kene ingat jalanraya ni kita kongsi bersama. memang ko bayar roadtax, tapi orang lain pun bayar sama. 

memang tau kete ko besar, bawak boleh paling laju kemain kan tapi agak-agakla. orang lain pun nak balik kampung beraya jugak. bersabar la lebih sikit ye. nak-nak bulan puasa bulan mulia ni.


jalan raya jem tu memang tak bole nak cakap ape dahla. yela dah sume orang pun nak balik kampung beraya kan. pastikan kereta korang tu dah servis. minyak isi full, tayar dah isi angin, bateri kereta ok, dan air dah siap isi. kadang bile lama sangat jem enjin panas sangat kang mulala temperature naik!

haaa time tu berdoa jela yang moga-moga selamat la jugak sampai ke kampung yek.


ini jem kat karak memang tetiap tahun pun aku rasa. hazabbbbb! aku bawak kete manual ye. so silela memahami keadaan aku. sedih tapi redha. hahahahah

kalo bole guna la touch n go kalo tak mampu nak beli smart tag cam aku. bukan ape, memang memudahkan la jugak perjalanan. takdela nak menunggu lama nak bayar tol tu. sebab memang selalu pun yang buat jem ni kat lorong tunai. dan kalo dah kat lorong tunai tu pastikan la duit nak bayar tu dah get ready awal2. jangan dah sampai kat tol baru nak cari duit! lambat!!

cukupla sampai sini aje pesanan aku untuk korang-korang yang aku sayang nak balik kampung halaman. sampaikan salam ke mak ayah atuk nenek ye.  =)

raya tu raya jugak. jangan lupa yang memerlukan. zakat tu jangan buat2 lupa nak pegi bayar!hihi


4 comments