Kawan-Kawan

Archive for August 2012

Salam Takziah buat Kak Filla


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum.

setiap yang hidup pasti akan mati. ajal maut tak pernah lambat walau sesaat.

salam takziah buat kak filla atas kehilangan adiknya. memang tiba-tiba. aku pun terkejut. memang dari dulu lagi mengikuti blog kak filla. walaupun tak pernah jumpa. bole kata tiap hari memang terjah blog kak filla dulu. tapi mase raya aritu cam pelik kak filla tak update.

pikir die bz sebab ade bagitau nak bercuti, sekali tup2 semalam kak filla update dan bawak berita sedih. memula baca tajuk still jugak macam tak percaya.

tapi itu orang kata, ajal maut tak mengira usia. dalam usia muda sebaya aku, adiknya pergi secara tiba-tiba. mungkin jugak esok lusa giliran aku. kita sume tak tau.

buat yang membaca post ini, sama-sama la kita sedekahkan al-fatihah buat arwah  Mohd Syafiq. moga rohnya tenang di sana. amin.




Mood Raya


posted by ceklala

2 comments

selamat pagi!!

berhabuk dah sesikit blog ni yep. nak wat cemana. kebizian yang tak dapat di elakkan. silela bertabah hihihi

mesti ramai yang still malas2 lagi. yela lepas cuti lama kan. aku dari last week dah naik keje. raya ketiga. memang tetiap tahun pun camtu. asal nak raya je keje banyak. so memang tak dapatla nak apply cuti sebab kene siapkan keje.

aku bali sini rabu pagi. tapi jumaat malam aku balik kampung balik!hihihi

mak aku cakap takde ape tu balik jela. aku pun dengan area uma sunyi jek sume balik kampung lagi kan so terusla balik. tiket bas pun banyak je lagi. lagipun kebetulan kawan2 sekola aku nak datang beraya. memang alasan kuat untuk balik lagi!

tapi tetiap tahun pun raya sama je. takdela best sangat or tak best langsung. biasa2 je. mengikut perkiraan umur memang camtu kot. lagi ko berusia lagi ko tak rasa sangat kemeriahan raya tu. hahaha.

kepada yang nak datang beraya ke rumah jemputla datang yek. sangat di alu2kan. tapi bagitau la awal skit. jangan dah sampai depan umah baru kasitau. kang memang ko makan biskut kering jela!

teruskanlah tradisi kunjung mengunjung sesama kita. selamat hari raya!

Kerja di hari raya


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum...

hai! selamat hari raya korang! maaf ler seminggu bersawang. biasela cuti kan. cane nak update ye dak kikikiki alasan!

tengah buat ape tu? aku kat opis dah ni ha. kerja sudah arini. nak wat cane kan, makan gaji. kalo keje sendiri bolela sebulan cuti! hihihi. tapi takpela at least dapat jugak beraya kan, dari yang tak dapat cuti langsung tu lagi la kesian. tabah betul korang!hiks

aku walaupun kat opis ni tapi dari masuk pagi tadi belum mula kerja satu ape pun! mood raya tu ade lagi! ceh padahal mood malas!hahaha

tengah dok makan ketupat ngan serundung nih, mak aku bekalkan pagi tadi. lepas subuh baru drive balik kl. yela dah semalam pun tengahari baru sampai dari jb. penat weh

so ape pun later aku update lagi yek. nak sambung makan ketupat ni. walaupun sensorang kat opis ni tapi aku redha!

daaa.

Ucapan Raya Perantau


posted by ceklala

2 comments

tsk tskkk  :'(

sume orang dah bali kampung beraya. aku je kat kolumpo ni tak balik2 lagi. nak wat cane dah kerja kan. cuti plak dah abis mase umrah aritu. redha jela.

insyaallah petang ni lepas kerja terus gerak balik kuantan. mudah-mudahan selamat sampai la hendaknye. semalam dengar cite yang balik kelantan sampai 12 jam baru sampai! adehhhh canela arini yek?

dah habis shopping ke korang? aku takde beli ape sangat tahun ni. pakai je mane ade. almaklumla gaji lepas raya kan. takpela. bukan bebudak nak raya beria-ria kan hiks. ade yang nak pegi jalan tar buat kali terakhir hari ni. confirm jualan runtuh! sape2 yang tak balik tu bole la pegi, tengok kemeriahan raya! besttt!


jalan tar ni time bulan puasa memang meriah. sebut je nak apa sume ade kat sini! hihi. ni dah nak raya lagi la memurah dorang jual! tahun ni je bulan puasa dah 3 kali aku pegi. bukanla beli ape sangat pun, selalu pi sini carik tudung je pastu cuci mata.

kepada yang balik ke kampung hari ni macam aku, pandulah berhati-hati. jem tu memang tak bole nak cakap ape dah. tak nak jem sile naik kapal terbang yek!hahahah. pastikan kereta korang dalam keadaan yang baik. aku malam tadi dah sesiap isi minyak, angin tayar air pe sume. senang.

akhir sekali nak mintak ampun dan maaf pada semua yang membaca blog aku dan sesiapa yang mengenali aku. mintak ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata. mintak halal jugak jika ade terambil terpakai secara tak sedar.

kita manusia biasa tak lepas lari dari membuat kesilapan.

sempena cuti raya ni semestinye lah blog pun akan bercuti hihihi. insyaallah rabu depan naik kerja aku update yek. makan lemang ngan rendang tu ingatla aku kat sini yek =)

selamat hari raya!!



 

Balik Kampung Cuti Beraya


posted by ceklala

4 comments

dengar cite dah ramai balik kampung beraya.



hati-hati la buat yang memandu pulang ke kampung tu. jangan nak bawak lelaju sangat. kalo ngantuk benti dulu tido kejap dalam 10 minit then baru sambung. kene ingat jalanraya ni kita kongsi bersama. memang ko bayar roadtax, tapi orang lain pun bayar sama. 

memang tau kete ko besar, bawak boleh paling laju kemain kan tapi agak-agakla. orang lain pun nak balik kampung beraya jugak. bersabar la lebih sikit ye. nak-nak bulan puasa bulan mulia ni.


jalan raya jem tu memang tak bole nak cakap ape dahla. yela dah sume orang pun nak balik kampung beraya kan. pastikan kereta korang tu dah servis. minyak isi full, tayar dah isi angin, bateri kereta ok, dan air dah siap isi. kadang bile lama sangat jem enjin panas sangat kang mulala temperature naik!

haaa time tu berdoa jela yang moga-moga selamat la jugak sampai ke kampung yek.


ini jem kat karak memang tetiap tahun pun aku rasa. hazabbbbb! aku bawak kete manual ye. so silela memahami keadaan aku. sedih tapi redha. hahahahah

kalo bole guna la touch n go kalo tak mampu nak beli smart tag cam aku. bukan ape, memang memudahkan la jugak perjalanan. takdela nak menunggu lama nak bayar tol tu. sebab memang selalu pun yang buat jem ni kat lorong tunai. dan kalo dah kat lorong tunai tu pastikan la duit nak bayar tu dah get ready awal2. jangan dah sampai kat tol baru nak cari duit! lambat!!

cukupla sampai sini aje pesanan aku untuk korang-korang yang aku sayang nak balik kampung halaman. sampaikan salam ke mak ayah atuk nenek ye.  =)

raya tu raya jugak. jangan lupa yang memerlukan. zakat tu jangan buat2 lupa nak pegi bayar!hihi


Resepi Lamb Shoulder Steak dengan Blackpepper Mushroom Sauce


posted by ceklala

2 comments

selamat pagi!

dah 26 ramadhan kita berpuasa. syukur alhamdulillah. dan aku puasa pun so far masih penuh sampai hari ni! yeayyyy! alhamdulillah.

semalam aku pegi betulkan spek kat bandar permaisuri, alhamdulillah dah ok. dah tak rabun dah! wiiiiiiiiii!hihi. yang paling best sebab free! tapi kene jugak pi tukar nanti. tunggu gaji. yang pakai skang ni pun da lama sangat. dari zaman last year diploma.

ko kira sendiri la dah bape lama kan. old skool weh!

oh bebulan puasa ni aku memang rajin masak. selalu tu kalo bukan bulan posa tak suke makan sensorang. tapi bulan posa kali ni lebih suka makan sensorang kat uma. masak then makan. sukeeeee!


ini masakan semalam. tak caya? tak caya sudah!kikikiki

ini adalah lamb shoulder, bersama siakap goreng dan jugak mashed potato beserta blackpepper mushroom sauce. ok meh sini kasi resepi. aku selalu memang try and error jek.

memula cam rasa pepelik. lama2 sure ok. practice makes perfect!

lamb shoulder ni bole beli kat kedai. aku selalu kat tesco je. kan dah siap pek. ganti ngan sirloin pun sedap. ikut suke tekak ko la nak makan yang mana. kihkihkihkih

ikan siakap tu sebenarnye balance masak sweet sour aritu. aritu kepala ni ekor. aku asingkan tulang sesiap. senang nak makan. kentang pun memang dah ade. abis ceritanya aku masak semalam sume yang dah ade kat uma. takyah nak kuar2 beli lagi.

mashed potato ni senang giler. ko buang kulit dan potong la kekecik supaya cepat skit masak kan. rebus dengan garam skit. dah empuk tapis air dan ko mash la ikut sedap nak kasar ke halus2. aku tak suke halus sangat. then campur ngan saderi yang dipotong kecik, susu segar, garam dan sedikit blackpepper.

ade orang guna susu cair, aku lebih suke fresh milk.

lamb dan ikan tadi goreng je cam biasa. tapi aku tak guna minyak banyak. sikit cukup. kolesterol tak bagus untuk kesihatan. kikikiki. aku guna minyak zaitun untuk menggoreng.


untuk sauce pulak. ambik shitake mushroom then potong halus2. kasar pun bole. ikut sedap tekak ko nak makan cane k. kuali yang bekas ko goreng lamb tadi jangan dibasuh. kan ade cam kerak2 tu kan, ko biar jek. ko idup api slow, masukkan butter dalam sesudu dengan bawang besar than tumis, masukkan air sikit then biar.

masukkan shitake mushroom, renihkan dalam 10 minit. nak bagi rasa die bebetul keluar. nampak dah sebati dan pekat skit ko masukkan susu dalam suku cawan. jangan lupa akhir sekali masukkan garam dan jugak blackpepper. biarkan pekat skit.

siapppppp!



senangkan? tak susah pun. sauce ni bole je apply kat ikan ke ayam ke daging ke. mase aku post kat instagram semalam ramai sangat yang teka chicken chop, padahal bukan!kikikikiki.

so, selamat mencuba!  =)


Terduduk atas Spek Mata sendiri =_=,


posted by ceklala

No comments

morning!

salam 25 ramadhan. cepat betul masa berlalu kan. pejam celik lagi 5 hari je lagi nak raya kan. ahad ni kita sume dah raya! wiiiiiiiiiiiii! suke!!

tapi sedih pun ade jugak la. sebab macam tak puas lagi nak berpuasa.

petang semalam berguling kat umah. benarnye start dari opis. dalam kul 5 camtu. aku dah terbaring kat opis. tetibe migrain menyerang. selalunye kalo tido kejap bangun dah ok skit. semalam tidak! oh nooooo!

nak drive balik umah tu pun dah macam satu penyiksaan! nasib la uma dekat. dengan nak tunggu lif time ramai2 orang tu lagiiiiiila. rasa nak pengsan kat situ jugak!

sampai uma terus mandi basah kepala sume then tido.

aku bangun kejap time buka tu. minum air zam2 then makan kurma terus telan pain killer. terus sambung tido! yes tak makan. giler ko, time camtu rasa macam nak pecah kepala. makan ubat lagi sakit. apesal ntah. pukul 9 baru aku bangun berbuka yang betul. masak nasi masak sup sayur then telur dadar.

tengok aku, sakit2 pun rajin bangun masak kan. wajibla! jangan nak biasa malas2. awak tu anak dara okeh!

pastu nak jadi cite tambahan pulak. subuh tadi pas solat subuh aku terduduk atas spek mata aku. TER!! mengong tau. dah nak wat cane. aku kan rabun. tutup lampu pastu meraba cari spek tak jumpa. rupa2nye dah terduduk!  T_____T nanges!


spek aku ni half frame. yang bawah tu la die punye tali pengikat tu cam putus. agak2 gi kedai die bole betulkan dak? jangan la die kate tak bleh. nak raya nihhhh! kalo buat spek makan serat dua takpe. ni confirm rm500! dah la semalam abis dekat 3 ratus. ganti bateri kete yang tetibe time ni nak kong pastu astro datang uma nak pasang pulak.

memang memacam betul! dugaan puasa namanya ni. redha.

Tak Bercuti Raya


posted by ceklala

1 comment

salam pagi jumaat!

sihat kengkorang? pagi ni perut cam tak bape nak best la pulak. bangun2 tido tengok hp ade msg. ingat kot sape msg rupenye bos. tau die cakap ape? "cuti raya isnin dan selasa saja ikut goverment, rabu dah kerja..nak cuti kene apply"

terus rasa tak nak datang kerja!

aku keje kat company ni dah 5 tahun. pejam celik cepat betul masa berlalu. yang tak best kat sini adalah pasal cuti. harap jela company melayu tapi memang jangan harap kalo cuti melayu ko akan dapat cuti!

ko bayang la, raya setahun sekali je kan. bukan 4-5 kali setahun ye. tapi cuti memang sory la ko nak dapat. die akan ikut cuti dalam calender. kenapa kene ikut gomen? sebabnye job most dari gomen. tapi masalah skang ni company ni swasta.

aku kadang selalu la cakap ngan dak opis, "kite ni harap je company melayu, tapi apela salahnye raya tu dapat cuti lebih skit. sehari dua jadila, takyah seminggu".

ade jugak yang suh aku bincang ngan bos pasal mende2 camni, tapi aku malas. sebabnye? bos aku pandai pusing cite. ko terang camni kang die cakap ikut ni. so abis citenye malas nak cakap nak bincang. penat! sebab kalo ko cakap tapi dapat takpe. ni buat penat buang air liur jek tak dapat!

kalo company ni ade campur bangsa staff takpela. aku faham susah. ni sume melayu. bos melayu staff sume melayu. pun tak bole nak consider nape?? duit bonus memang jangan harap la kan. sepanjang 5 tahun kat sini ade sekali jela aku dapat duit raya. sekali dalam masa 5 tahun.

tapi kan yang aku pelik, cuti sume kene ikut gomen..time gomen dapat bonus raya every year nape kitorg pun tak dapat ek?? nape ye bos? kate sume ikut gomen kan?  T___T


Bertukar Selera di Bulan Puasa


posted by ceklala

No comments

bebulan puasa ni asyik masak je kat umah pun bosan jugak kan?hihih. so aritu aku kuarla sekali ngan member aku. aku park kereta kat opis die pastu gerak sekali. oh tempat tujuan adalah cineleisure sebab lepas tu nak melayan wayang pulak hihi

sampai kul 7.15pm. jalan dah lengang. time tu pun kitorg bole pusing2 lagi pikir nak makan ape and dekat mana!hahaha. memasing macam orang tak puasa pulak. bole rilex jek. kul 7.25pm baru terhegeh2 masuk kedai.

pilihan kitorang kali ni adalah Manhattan Fish Market. kawan aku tak pernah try. so aku ajak ler try. sekali sekala tukar selera kan. asyik ayam goreng, telur masak tomato ngan ikan sweet sour jek mana tahan kan. hahaha




dua menu di atas adalah starter kitorg. satu tu cendawan goreng lagi satu tu fries dengan cheese. memasing nak gemok memang ler menu kan hihih.

itupun menu sampai tak la lambat sangat. tak sampai 10 minit dah sampai. orang tak ramai. ramai berminat dengan nasi kot. kalo aku ko bagi ape pun aku telan. tak memilih punye!hihih. janji makan dan kenyang. alhamdulillah.


ni main dish aku. nama aku lupa. tapi rasenye macam seafood. aku memang penggila seafood! sodapppp! oh kawan aku punye lupa nak tangkap. eh bukan lupa, tapi belum sempat snap die dah tibai dulu! nampak sangat kelaparan!hihihi biasela bulan posa kan.

nak ikutkan banyak jugak pic food aku sepanjang bulan posa ni. tapi nenanti la yek update. tengah kebizian yang amat nih.  T__T

tata.

Berubah Wajah


posted by ceklala

5 comments

assalamualaikum dan selamat pagi!!

ehh? ade orang ingat aku merajuk bebetul eh? takla. memain jek. hihihi. aku kebizian di kantor yang benarnye. so cane?? cane ape? yela cane layout baru? cun dak??


giler ko kate tak cun! cun tau!! hihihihi. nak ucap tq so much beribu2 lemon buat kawan aku yang tersayang iaitu puan Hazlynda yang nun jauh di jb tu. tak kenal? ehh die blogger bride femes okeh! tak caya meh sini aku kasi link blog die http://hazlynda.blogspot.com/

die la yang bertanggungjawab merubah penampilan baru blog aku ni. maseh betty! sayang ko memuah!!hiks

aku anggap ni sebagai hadiah besday untuk aku. walaupun dah 2 bulan berlalu. eh ape ade hal kan lambat ke cepat janji ade kannn. hihihi

diharap dengan penampilan baru ni, aku akan lebih rajin untuk mengupdate. insyaallah kalo takde aral melintang patah membujur lalu. ecececeh!

till then..tata!
xoxo ~~


Merajuk :(


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum..

salam pagi jumaat. sihat sume? nak tulis pun takde mood. sebab macam sedih tengok bile update tak ramai pun yang dok baca. kalo tak update ehhh ramai! merajuk tau cengginiii!

debikkkkk kang!kihkihkih ngengada kan. macam kan la dulu ramai. same je dulu kini dan selamanya!hiks

alhamdulillah dah baik demam. mase kat sane aritu alhamdulillah tak sakit ape. cuma gatal2 je. maunye tidak, hotel tu cadar tak basuh ke ape ke karpet kotor. aku ni dah ler allergic habuk kan. redha. ujian allah.


mase last 2 years aku pegi sane aritu aku demam. teruk jugakla dengan batuk2 sume kan. kali ni bibir kering. tapi terkawal. kene banyak minum air la kat sane sebab cuaca panas dan kering. every time masuk and kuar masjid memang aku tuju ke tong air zam zam tu dulu la hihih

dah selamat pergi dan kembali. alhamdulillah. mak ayah aku pun sihat. cuma sakit sesikit je mase kat sane aritu. biasela dugaan dan ujian kan. insyaallah arini nak balik kampung. nak puasa and berbuka kat sane pulak. nanti nak raya takut tak sempat pulak kan. 

tak sabar nak carik murtabak makassar pekan! =)





Rabu dengan Gambar : Madinah


posted by ceklala

No comments












baru 2 minggu meninggalkan..aku dah mula rindu. rindu yang sangat dalam. peluang kedua kali menjejakkan kaki ke sini tak kan pernah akan dilepaskan dan dilupakan.

kita merancang, yang menentukan hanyalah Allah SWT.