Kawan-Kawan

Khamis malam jumaat itu penting!


posted by ceklala

No comments

ni bukan entry emo yek. tapi ni luahan perasaan.


morning korang! da bekfes? aku arini tak sempat. berkejar2. dari shah alam ke cheras, nasib smpi awal sempatla balik uma jap. dah 2 hari tak balik uma. lepas tu teringat nak buat lesen yang hilang. puas cari gamba tak jumpa2.

sampai jpj bdr permaisuri orang tak bape ramai sangat. tanye akk kaunter no tu dulu nak kene buat report ke ape katenye tak yah. terus g amik gamba kat kedai sebelah katenye. nak pakai sekeping je tapi kedai tu buat sampai 8 keping. lepas tu charga rm18. mencekik betul kan?

mase masuk dalam kedai tu aku tanye bdk depan skali die main tunjuk je kate kt sebelah. aku tengok budak sebelah muka mencuka. main tunjuk je kt aku mane nak duduk nak amik gamba. aku pun terus jela pi kat kerusi dok situ.

itu pun aku cari sendiri tmpt nak duduk amik gamba. die bole wat bodo. aku tau la pagi lagi tapi muka tu dah kenapa?

setel amik gamba nak tunggu cuci plak. aku ni punyela hulur ic nak photostat die bole wat bodo je. lama gak aku berdiri dalam 10 min camtu. aku tengok je 2 org dak pompuan tu wat keje. kulu kilir mcm banyak sangatla keje die tu. minum air sempat pulak!

pastu ade budak laki take over, potong gamba aku sesiap pastu amik ic aku nk photostat. suh bayar kat depan. yang budak depan pintu 1st aku jumpa tu la. aku hulur duit nak bayar. aku tengok je die. mase nak hulur duit baki ke aku bole die pandang tempat lain dengan muka ketat!

mulut aku ni time tu rase nak sound je setepek! yela. ko dah kenapa? aku ni customer ko. aku bukan mintak sedekah kat ko. yang ko pulang duit aku macam aku mintak duit ko ni dah kenapa??

aku pikir hari ni jumaat jek. pastu terus naik jpj buat lesen. sampai kaunter aku bagi salam. ade mcik tua jaga. aku hulur sume document and bgtau. pastu die bole tengok aku tanye "ni nak buat ape ni?"

laaa. tadi aku cakap ko pandang tempat lain! lepas tu buat muka! siyes weh. sepanjang die buat lesen aku tu muka die memang mencuka abis! aku pun tak paham apesal. aku ni punyela manis kan muka. yela dah pikir orang tua kan. tapi die bole macam tu. 

apela guna letak gamba senyum kat pejabat tu kalo staff sendiri tak bole praktikkan??

dorang2 ni gamaknye tak mendapat kot malam tadi. tu yang frust semacam!

dah kalo ko tau ko keje bahagian customer service atau ape saja yang berkaitan jumpa orang, tolong la ye..mintak tolong sangat nih..kerja la dengan ikhlas hati. muka tu senyum la sikit. dah macam tu ofis ko je ko buat. ape saje masalah ko time tu tolak tepi la. personal is personal. kerja is kerja! jangan la campur aduk!

tak kire la malam tadi ko gaduh ngan laki ke, baru lepas clash ngan bf ke ape, janganla ko nak libatkan orang lain.

orang yang datang ni sume bukan mintak sedekah tau. tetiap hari orang menyumpah2 ko cuba la ko pikir sendiri. duit gaji tetiap bulan dapat hasil sumpahan orang ramai!

k. bai.
aku nak pi cari tazkirah untuk tengahri kang :)