Kawan-Kawan

Archive for September 2012

nak cuti pun marah?


posted by ceklala

4 comments

tetibe sedih.

bergenang jap air mata. ntahla nape. sensitip tetibe. hahahaha.

tadi on da way nak masuk opis dapat msg dari bos. bos aku kan memang jenis jarang masuk opis. msg jela lagi senang. kadang call kalo urgent.

die msg bitau suh isi borang cuti. tapi siap ade pesanan lagi. "lepas ni jangan nak amik cuti dah"

aku agak kurang faham di situ, yela kenapa perlu nak cakap macam tu? bukan ke cuti tu memang di khaskan untuk cuti? suka hati aku la nak cuti ke ape kan. ko dah provide 14 days cuti tahunan. so rasanya tak perlu kot nak cakap cenggitu hehh. 

aku benti kerja kang.

Macam-macam Kerenah


posted by ceklala

2 comments

pemalas.

ya allah malasnye aku. tak taula pesal. aku pemalas nak hupdate belog aje yek. lain aku rajin!hahaha. sile memahami. sebenarnye aku kebizian. kat opis la tapi.

mengantuk nih. malam tadi pi buat surprise besday untuk member. nak tunggu besday sendiri orang serprise kan memang harapan menggunung tinggi. so malam tadi sambil lelepak tengok tibi sekali ehh jomla!hihih

kamis ni aku dah start bercuti. yeaaaayyyyyy!

tapi. keje banyak giler weh. asal nak cuti jek keje bertimbun-timbun. apesal ntah time aku taknak cuti taknak pulak bagi keje bebanyak. musykil aku. sangat!

barang tak pack ape pun lagi. haish malas weh. kang aku cecampak jela barang ape patut nak bawak. ini tiket dah dekat setahun punye beli. giler lama peram. nasib tak lupa!kikiki. 

tapi susah jugak bile travel trip reramai ni kan. stress kepala otak aku. memula pegi bertiga jek. sekali skang ni dah masuk 6 orang! pitam. memang susah nak puaskan hati sume orang. semua kelura duit dan sume nak mende tu berbaloi. tapi pada aku tolongla bagi kerjasama bile ko ikut orang travel trip.

aku ni dah pepenat survey cari segala pastu ko nak ikut kehendak ko aku memang stress. ko ingat aku takde keje lain? #eh termarah plak!kahkahkah (terikut gelak jmr dah ni)

kalo rasa nak ikut kepala sendiri tolong ye buat trip sendiri. aku ni pikir semua orang jugak. yela kita travel sesama of cos la nak semua happy. tapi kalo dah banyak cekadakkkkk.....pitam! T_T

bila dah malas..


posted by ceklala

2 comments

hai korang!

sebenarnye kan aku kan tak taula ape mende yang merasuk aku start dari bulan posa aritu. giler pemalas weh nak update belog! bukan takdak cerita. banyak kemain tapi....hmm.

apa-apa pun nak ucap terima kasih bebanyak untuk new followers. juga yang rajin komen dan sudi singgah. sayang korang keketat!hihi

suara dah masuk hari ke-8. dah kuar suara ok skit. tak jantan sangat tapi sengau! kihkihkih. lantakkkkkklah. janji ade suara kann. dari guna bahasa isyarat! dah la tak tau kan.

air asia tengah buat promo. ade sesapa dah beli tiket? aku cam biasa. impian menggunung sentiasa. nak beli takde masalah dan nak pergi pun takde masalah. cuma 1 je masalah. iaitu nak pegi dengan sapa? mak aku kalo nak ajak die dengan syarat tempat tu bole shopping2. dia banyak duit takpela. aku ni haaaaaaa. nak berjalan tapi duit tak berapa nak banyak!hihi

tadi tengok pegi banda aceh pegi balik rm72 jek. all in tau dak. murah giler!! ade sesapa nak ikut tak?kikiki. aku suke tengok blog kaki berangan. rajin betul die update. aku ni trip korea bulan 5 aritu pun tak berupdate2! pemalas nak mati!hahahaha

korang dedoakan la aku rajin yek. aku ni rajin makan ngan rajin berjalan jek. hihihi

suara jantans


posted by ceklala

4 comments

hai!

hari ni dah masuk hari ke-6 aku takde suara. actually dah keluar suara dah sesikit. tapi yang keluar suara jantans. T_T

aku demam dan asma dah seminggu lebih dari sabtu lepas. lepas tu ari khamis tetibe tekak dah sakit. tak perit. minum air suam bebanyak dah time tu sebab takut. sekali jumaat yang dinanti tiba juga. terus ilang suara!

pegi ofis bercakap guna bahasa isyarat.

sabtu dan ahad mak ayah aku turun kl beraya. gelak2 je dorang tengok aku takde suara. bercakap pun dah macam berbisik-bisik. mak aku pun bercakap ngan aku siap berbisik. apesal ntah. kikikiki. pergi beraya rumah orang aku sesenyum je. tu je mampu.

sabtu pagi tu pegi klinik. doktor pun bole gelak-gelak. die cakap kesiannya hilang terus suara. tapi malangnya bagi aku, duit habis 70inggit tapi ubat dah habis dan suara aku still tak kuar lagi. doktor muda. nak bagi ubat pun bole main tanya-tanya aku.

semalam senin pagi pegi breakfast kat village park uptown damansara. lama tak pekena nasi lemak dengan set roti n telur. disebabkan yang order orang takde suara. order lain dan yang sampainya lain. redha.  =___=


6 Tips Cantik dan Kurus Gaya Sihat


posted by ceklala

7 comments

assalamualaikum...

hampir bersawang blog ni. nak wat camana kan dah kebizian, ditambah pulak dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan ni..tapi ape pun hidup haruslah ceria-ceria selalu!hihi

rasenye dulu dah pernah kongsikan mengenai tips jaga badan kan (bole refer balik entry lama) tapi kali ni nak kongsi lagi. yela korang bukan rajin sangat pun nak pegi arkib lama tu carik kannnnnn!kikiki. so ini aku share lagi cara aku sendiri menjaga badan =)

cara ni sebenarnye sangat berkesan. cuma perkara utama kat sini adalah disiplin!

sepanjang aku hidup dan rakan-rakan bertanya mengenai tips jaga badan, belum pernah lagi aku suruh berdiet. ever! dan di sini aku nak tekankan, tolong jangan diet. jangan sampai tak makan. sebab badan kita perlukan makanan untuk tenaga. kalo dah tak makan how badan nak dapat tenaga?

1. Minum Air 8 Gelas Sehari


Ini adalah yang paling susah. even aku pun kekadang tak cukup 8!hihihi. tubuh kita sangat memerlukan air yang sangat banyak. air berfungsi sebagai penyahtoksin sisa buangan dari badan. bila cukup air, dapatlah badan berfungsi dengan baik. semestinya jugak kulit akan kelihatan cantik dan bermaya!

2. Kurangkan Nasi Dalam Menu Harian


Memang nasi dah jadi makanan lazim buat kita semua. tapi tak semestinya kalo tak makan nasi badan kita bole jadi lemah longlai. cuba gantikan nasi dengan makanan karbohidrat lain. insyaallah berkesan. even aku sendiri nak kekal badan yang maintain ni aku sangat kurang makan nasi. even makan nasi pun seminggu dalam 4 ke 5 kali je. cuba gantikan bihun sup dalam menu harian.

Aku dah jumpa ramai orang yang dulunya mempunyai berat badan berlebihan tapi kini berat badan ideal, dan mereka sendiri mengakui yang mereka menggantikan nasi dengan bihun sup. tapi BUKAN MEE KUNING. kerana mee kuning mempunyai kapur yang sangat banyak dan sangat tidak elok untuk kesihatan.

3. Sup Sayur Cegah Kanser Selain Mencantikkan Kulit





Seminggu sekurang-kurangnya 3 kali aku akan masak sup sayur di rumah. lebihkan karot kerana karot adalah satu bahan pencegah kanser paling baik.


Aku sendiri mempunyai kawan yang juga seorang doktor yang sebelum ini mempunyai masalah obesiti. selama setahun beliau tidak sentuh nasi langsung. maksud di sini bukan tidak makan langsung, tapi menggantikan nasi dengan makanan lain. seperti aku cakap tadi gantikan dengan makanan bersup. kerana bila kita makan makanan bersup ianya dapat membuatkan kita cukup kenyang kerana sup fungsinya sama seperti air.

4. Lebihkan Buah-buahan dan Sayur-sayuran
 

Sedapnyaaaaaaa tengok pic ni!hihih. ini adalah bahan-bahan yang wajib ada dalam peti ais aku setiap hari! terutamanya brokoli, karot dan ubi kentang.
Tapi bab buah-buahan yang ini memang aku akui aku selalu sangat skip!hahahah. sayur memang aku wajib makan setiap hari. tak boleh tinggal. bab buah tu je selalu miss. tapi aku akan gantikan dengan jus buah. even kalo makan di luar pun aku akan order air buah. air buah yang menyihatkan adalah yang tidak dicampur gula.

5. Berjalan Kaki ke Kedai atau Pejabat


Terdapat 2 jenis senaman yang aku praktikkan hari-hari. salah satunya adalah berjalan kaki. berjalan kaki sangat bagus untuk kesihatan kita. terutamanya jantung. cuba jika ke pejabat korang parking kereta jauh sedikit dan berjalan kaki seperti aku. ianya sangat mudah dan menyihatkan! =)

6. Turun Naik Tangga


Penat? nak cantik tak? kalo nak cantik sile buat! wajib! hahahah paksaan nih! ini memang senaman paling senang! kalo ofis korang tingkat 3, cuba la turun naik tangga, elakkan penggunaan lif. sebab aku tau ramai antara kita yang memang tak bersenam langsung. so ini adalah salah satu cara mudah!

Even aku pun turun naik tangga rumah aku yang di tingkat 6 tu setiap hari! cuma kalo dah tahap tak larat sangat je baru tunggu lif. tapi kalo boleh sile paksa diri dan kaki anda untuk menggunakan tangga.

Sekian sahaja tips kita kali ini. sangat mudah kan? ramai yang dah menggunakan tips aku ni dan berjaya. cuma aku selalu tekankan mengenai disiplin. jangan culas dan malas! selamat mencuba! =)

Bersamamu - Jangan Malas


posted by ceklala

6 comments

ini bukan program tajaan bersama yek hihi. 

aku tertarik nak berkongsi topik ni selepas berborak-borak dengan ofismate. asalnya aku tengah baca suratkhabar dan tertarik berbincang mengenai satu berita yang di paparkan. mengenai keluarga yang dihalau dari rumah kerana tidak menjaga kebersihan.

kadang kita tak tahu di mana silapnya. tapi pada aku sebenarnye lebih kepada perlu menyalahkan tuan punya badan. kita disuruh berusaha, bukan duduk diam dengan meminta-minta. ye aku tau beliau mengalami sedikit masalah dalam keluarga. tapi setiap masalah ada penyelesaian.

aku selalu jugak tengok bersamamu. ada dua benda je aku nak cakap. malas dan pengotor.

kakak aku bertanya kepada rakannya yang membuat program tu memberitahu, kadang dorang yang susah tu bukan lah susah sangat. cumanya malas! miskin tidak bole jadi penyebab utama malas. crew datang rumah nak shooting masuk-masuk tengok rumah bersepah! bukannya tak boleh kemas elok-elok. dah tau orang nak datang lagi biarkan rumah macam tu. tapi again, malas!

kalau rajin, yang buruk pun bole jadi cantik.


jadikan berbagai alasan untuk tidak bekerja. mengharap bantuan semata. apa lah salahnya membuat sedikit kerja-kerja kampung. duduk di rumah goyang kaki bukan dapat ape pun. rezeki tidak datang bergolek. berusahalah. ada banyak kerja yang boleh di buat untuk mendapat sedikit rezeki. percayalah allah tu maha pemberi rezeki.

anak ramai tu semestinya. dah tau anak ramai dan tak berkemampuan menyara kenapa tak merancang? bukanlah aku tak sedih melihat nasib dorang, tapi kadang dorang membuat diri mereka macam tu.

malas sangat kemas rumah sampaikan ayam bertelur dalam dapur pun buat tak tahu. pengotor. ini betul kenyataan. rumah dah macam tongkang pecah! kemas la elok-elok. susun bagi teratur. duduk rumah jaga anak semata tak kan tak boleh sambil kemas rumah?


dari tak buat apa tu apa salahnya bercucuk tanam. sedikit sebanyak dapat jugak dijadikan lauk pauk.

tak semua macam tu. tapi kebanyakkan memang. sebab aku dah jumpa dan pergi tengok sendiri mereka-mereka yang susah ni. bukan aku tak faham masalah dorang tapi...hmm takpela. memang ada yang betul susah dan sangat tak mampu seperti sakit. itu memang patut kita bantu. tapi bagaimana dengan yang sihat tubuh badan tapi menjadikan berbagai alasan untuk tidak bekerja dan mengharap bantuan semata?

moga allah sentiasa memurahkan rezeki kita semua. insyaallah. amin.


Pasar Pagi = Murah dan Segar


posted by ceklala

No comments

selamat pagi!! =)

pada aku, tiada istilah open house di musim perayaan. tapi lebih kepada 'jemputlah datang rumah bila-bila masa, dan saya akan masak'

depends pada masing-masing jugak. rumah aku yang kecil di kota lumpur ni memang tak boleh memungkinkan aku membuat open house secara besar-besaran. cukup sekadar menjemput mereka datang ke rumah secara kecil-kecilan. orang yang datang ke rumah adalah pembawa rezeki =)

memang agak penat sebab sekali yang datang tak kan lebih dari 8 orang, kadang 4-5 orang je sekali datang baru selesa, yela tak kan nak suruh duduk di dapur pulak kan hihihi. tapi takpe. musim perayaan ni aku tengah rajin amat. sapa yang datang aku masakkan. tak kira la sedap ke tidak, tapi yang penting air tangan sendiri.

insyaallah sabtu ni ada kawan2 yang akan datang beraya. menu dah siap, barang-barang separuh sudah di beli. walaupun memasak keseorangan, ianya langsung tidak mematahkan semangat aku untuk memasak! tersangat suke bile orang datang rumah, makan-makan, borak-borak. selalunya sorang je kan :(

tadi sebelum masuk opis sempat ke pasar pagi. tahukah korang yang pasar pagi lebih murah dari beli di tempat lain? kalau membeli di pasar tani lagi jimat!

area opis aku ni memang setiap pagi ade pasar pagi. cakap je nak ape sume ade! eh tapi barang elektrik takdela yek hahaha. tadi beli barang2 untuk buat acar dan jugak sayur-sayuran lain. murah!! aku beli tomato 3 biji, timun 2 biji, karot 2 biji, nenas sebiji, bawang besar 4 biji, halia, lengkuas, daun sup daun bawang singgit dan taugeh singgit. total is rm8 aje. pada aku murah la sebab macam-macam amik.

selain murah dan menjimatkan, membeli di pasar juga terjamin tahap kesegarannya berbanding membeli di pasar raya dan juga kedai runcit.

 
tadi aku siap tanya abang yang jual tu, "bang, taugeh ni nak pakai hari sabtu..beli hari ni tahan tak?" dan di jawab dengan baik oleh abang yang jual tu "hari ni kamis, tahan je tapi kene masuk plastik beg lain, taugeh kalo nak tahan lama kene masuk plastik jangan bagi masuk angin" dan aku bertanya lagi, "tak payah rendam dalam air ke?" dan dijawab dengan gelengan oleh abang tu  =)

see. aku dah dapat pelajaran baru hari ni. kat mana2 pun sebenarnya kita boleh dapat ilmu, cuma jangan malu untuk bertanya okeh.

besok pagi sebelum masuk ofis nak singgah ke pasar pagi lagi. membeli ayam pulak. =)

Merdeka Raya


posted by ceklala

1 comment

pagi!

tahun ni kita merdeka dalam raya, dalam masa yang sama. tak tau nak sambut raya ke merdeka. kikikiki. yela walaupun raya sebulan tapi tetap jugak ade saje invitation untuk beraya dan jugak memenuhkan perut!

seperti biasa aku balik kampung kalo cuti 3 hari. tak kuasa nak dok kl ni lelama. bosan kot. dah la kat uma dok sorang, ini cuti sume orang pun banyak invitation, so lagila tinggal keseorangan. so kata persetujuan dibuat...jom balik kampung!! amikkkk ko 3 minggu berturut2 balik!hihi

aku kalo dok kampung memang boleh naik 5 kilo sekali balik..tapi balik kl balik terus turun balik! :(

aku balik kuantan malam merdeka tu, petang tu bos bagi balik awal, ingat kot bolela gerak awal, skali lrt buat pasal, dah la lambat, pastu bole suka2 hati tamatkan perkhidmatan dan tunggu train berikut! dahla tren tu da cukup padat, pastu sume kene turun tunggu yang berikut. suke tau nak buat hal time2 sesak camtu.

sampai kuantan tepat jam 12 malam, takde sambutan. no bunga api. sedih. tapi memang 28 tahun hidup pun tak pernah pergi pun segala sambutan ambang merdeka ke hape ni. cuma pernah sekali la pegi tengok perarakan yang pagi tu. tu pun sebab ayah aku ade kerja, so skali jalan je.

tapi kire ok la balik kali ni, besoknya terus ayah aku buat minum petang untuk kawan2 opis die. dapat jugak tetolong sesikit kan. kalo idak terkontang kanting mak aku sensorang kat dapo nak buat sume. gigih betul. hari berikutnya di habiskan dengan berborak, berjalan dan melepaks hihi

selamat hari merdeka buat semua!!



balik la kampung sekerap mungkin untuk bersama keluarga. kita tak tau bile sampai masa untuk kita. take care =)