Kawan-Kawan

cerita kosong


posted by ceklala

No comments

salam pagi jumaat! moga hari ini lebih baik dari semalam :)

hmm ape nk cite arini ek? kemana korang CNY baru2 ni? cuti 4 hari. memang lengang segala jalan2 kat kl ni. sume lari balik ke kampung. almaklumlah bukan selalu dapat cuti lama kan. sekali dapat tu apa salahnya luangkan bersama keluarga kan.

dan semestinye jumaat tu segala jalan keluar kl teramat jem! bukan lepas balik keje ye tapi dari pagi jumaat tu lagi. even aku pun gerak kuar dari kl jam 11 malam pun still jem kat gombak tu. sampai kuantan dalam kul 3 pagi. memang banyak kete!

kalo kat R&R tu toksah cakapla. nak kencing pun beratur sepanjang2 tidak! kalo yang nak tercirit tu cane yek? hehe. kitorg before masuk tol gombak dah siap2 sume dah. isi minyak and gi toilet siap2. yela sbb taknakla benti2 dengan keadaan jalan dan tempat yang sesak.

tak kemana pun aku sepanjang 4 hari cuti. hanya menjaga atuk aku di hospital. setiap pagi aku take turn untuk jaga. yela aku takde komitment ngn sapa2. org lain dengan anak bini ape sume kan. aku tak kisah pun. selagi ada hayat apa salahnya aku menjaga. tu je pun sorang atuk yang aku ada.

4 hari menjaga. banyak cerita yang keluar dari mulut atuk aku. aku dengar jela. kesian dan sedih. kita ni pun akan tua jugak nanti. aku rasa hargailah dan jagala orang tua kite sementara die ada. sayangila dorang sepenuh hati. dorang bukan nak duit kita pun, hanya nak kasih sayang je sementara masih hidup.

harap2 nanti bile mak ayah aku sakit aku bole menjaga dorang dengan baik tanpa ada halangan. insyaallah.

selamat berhujung minggu sume!