Kawan-Kawan

Wayang Rabu Malam


posted by ceklala

No comments

arini terajin skit kan. so 2 kali update. 

kalo takde update tu korang faham2 sendirila yang aku kebizian yek. takpun takde idea nak update ape. selalunye ade je mende nak update tapi sebab malasss!hahaha

pepagi masuk opis aku dah beli tiket nak tengok movie malam ni. kawan aku ckp giler la pepagi buta da siap2 beli!hahaha. teruja la konon kan. ombak rindu aritu lepas seminggu baru dapat tengok. ni aku balun beli awal2. senang! lgpun rabu kan tiket murah. tapi sebab arini movie ni baru release so harga cam murah 2 inggit jela camtu.

oh malam ni aku tgk Adnan Sempit 2 :)

best ke? haa ni la malam ni nak tengok. sok aku review kat korang k. tapi tu pun tadi aku beli da tgal bape seat je. padahal baru arini release. ade kawan aku lg advanced beli tiket siap2 ari senin aritu!hehe. lagipun dari yang Adnan Sempit lagi aku da tgk kt wayang, so harap2 kali ni best sama mcm yang 1st la jgk :)

selfprint tiket lagi senang. beli online then smpi sane terus masuk. 
takyah beratur2 dah :)


Sinopsis :
Setelah hati Nadia (Intan Ladyana) menjadi milik Adnan (Shaheizy Sam), mereka telah menjadi sepasang kekasih yang sangat bahagia dan merancang untuk mendirikan rumahtangga. Namun, untuk melepasi ke alam baru percintaan,mereka terpaksa berhadapan dengan syarat ayah Nadia iaitu Datuk Ithin ( Datuk Ahmad Tamimi Siregar) di mana Adnan perlulah pandai bertutut Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan agar setaraf dengan status korperat beliau dalam masa 30 hari.

Dengan bantuan Bobby ( Along Cham) untuk mengajar Adnan Bahasa Inggeris dan menjadi perunding imej mencetuskan pelbagai idea menarik dan pelik. Dalam masa yang sama, hubungan antara Bobby dan Wawa (Yana Samsudin) bergolak akibat Wawa merasakan Bobby tidak bersungguh untuk berubah.

Disebalik syarat yang dikenakan oleh Datuk Ithnin terhadap Adnan, terselit 1001 muslihat lain, untuk mengetahui apakah muslihat yang dilakukan oleh Datuk Ithnin, mari kita saksikan sekuel Adnan Sempit di pawagan 23 Februari ini.

Pelakon :  
         Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Angah Raja Lawak Dan Syuk (Balas Raja Lawak)


p/s: ade sesapa nak teman aku malam ni? tiket da beli dua siap2 nih tapi tak tau nak g ngan sape!hehe