assalamualaikum...
Tuhan tolong
lembutkan hati dia..untuk terima ku seadanya….
Setiap kali doa,
tak pernah putus kata2 itu yang sering aku ucap dan luahkan. Kita hanya mampu
merancang dan yang menentukan segalanya adalah yang Satu..yang Maha Esa iaitu Tuhan sekalian alam....Allah SWT.
Secara tiba2
jugak semasa aku menulis post ini, lagu ombak rindu berkumandang. Seperti
mengetahui ape yang sedang aku rasa hihi.
Bercakap soal
jodoh..persoalan yang acap kali aku dengar. Aku tak pernah lari dari persoalan
itu. Aku hanya mampu tersenyum tiap kali diajukan soalan cepumas itu. Sapelah
aku. Hanya manusia biasa. Aku tak mampu nak meramal masa depan aku. Ape yang
bakal berlaku di hadapan tak pernah aku ketahui.
Kita wajib
percaya pada qada dan qadar allah. Aku rasa sejak dari sekolah rendah kita
sudah di ajar mengenai hal ini di fardhu ain. Tapi sebenarnye masih ramai
antara kita yang tak mengamalkannya.
Kenapa aku cakap
macam tu? Sebabnye..tidak akan timbul perkataan anak dara tua bile persoalan
mengenai jodoh ni. Kenapa bila bercakap tu tak pandang sekeliling? Pernah tak
korang duduk di tempat mereka2 ini? Pernah tak korang rase ape yang mereka ni
rasa??
Memang tipu la
kalo mereka cakap mereka happy sangat dengan life mereka. Memang happy, tapi kadang
happy yang terpaksa ditunjukkan untuk menyedapkan hati. Tetap ade ruang kosong
di dalam hatinye. Untuk siapa? Semestinye untuk bakal sang suami.
Mereka
menyibukkan diri dengan hal2 kerja. Mengisi masa yang ada sebaik2 mungkin.
Sebabnye tidak mahu terlalu memikirkan mengenai jodoh yang tak kunjung tiba.
Bukan tak berusaha mencari, segala usaha sudah dilakukan. Hanya doa dan
tawakkal sebagai jalan akhir.
Cemburu. Sudah
tentu. Melihat kawan2 sebaya sudah beranak pinak. Anak buah yang semakin
bertambah. Tapi apa daya mereka? Hanya mampu tersenyum dan menunjukkan mereka
tabah dan bahagia.
Berhenti untuk
bertanya, mengumpat dan mencerca mereka. Dorang pun manusia biasa. Ade hati dan
perasaan. Punye perasaan untuk dicintai dan mencintai. Cuma masa mereka belum
sampai. Kalo mereka sabar menanti sang jodoh, kenapa tidak anda?
Bagila sokongan
pada mereka. Dorongan dan juga doa semestinya. Allah sedang merencanakan
sesuatu yang terbaik buat mereka.
Insyaallah..mudah2an
yang dinanti pasti kunjung tiba suatu hari nanti. Sabar.
kesabaran adalah tunjang utama kekuatan untuk menghadapi perkara ni.. sabar lah.. InsyaAllah, akan ada hadiah daripadaNya
insyaallah...
Insya-allah, jangan putus asa. :)
syazana : i will not :)