Kawan-Kawan

Cuti PRU13 - Selangor & Penang


posted by ceklala

3 comments

Morning...assalamualaikum

ye aku KL, dan aku kat opis sebab arini tak cuti :(

ramai rupenye yang singgah sini nak tau pasal cuti arini, malangnye yang bercuti untuk hari ini hanyalah Selangor dan Penang sahaja. bersabar jela yek hihi aku dahla pagi tadi kul 2 pagi baru sampai umah! sampai2 terus terjah tv nak tengok kot2 la ade pengumuman cuti..sekali..hampehhh

takpela. marilah kite bekerja. asyik nak cuti je pun tak bole jugak ye dak hihi

aku taknak komen ape2 pun pasal politik sebab blog ni bukan blog politik dan aku tak suke bile masuk je bab politik ade saje nak di gaduhkan. terima keputusan dengan hati terbuka. semoga Malaysia terus aman dan makmur dan terus pesat membangun

jangan terlalu fanatik sangat. bergaduh bertumbuk disebabkan orang lain tak guna satu sen pun. baik pikir atau cari jalan nak perbaiki diri lagi banyak faedah. tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah bole cuba lagi dekati rakyat dengan lebih kerap.

jangan pandai omong kasi tapi habuk pun takde. jangan tabur janji manis tapi tak pernah ditunaikan. anda sume pemegang amanah, jalankan tanggunjawab sebaiknya :)

kepada yang bercuti, selamat bercutiiiii!


bukti aku menunaikan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia ^_^




3 comments