Kawan-Kawan

Tips Bercuti Berkumpulan


posted by ceklala

2 comments

halluuuuuw! salam jumaat sume orang :)

oh ramai jugak yang berminat pegi bercuti-cuti ni yek. eh kalo tak minat tu tak tau nak cakap spesies ape dah hihi. sape tak suke jalan? sile turunkan tangan anda yek. sape suke jalan-jalan?? angkat tangan dan kakiiiii! kikiki *sewel*

sini aku nak share dengan korang mengenai beberapa perkara dan jugak tips jika korang ingin melancong secara berkumpulan. ade pro dan kontra jugakla. aku jenis tak kisah. sendiri-sendiri boleh berkumpulan pun boleh. yang penting kene easy-going orang kata.


kalo berkumpulan kita tak boleh pikir kehendak sendiri je. kene jugak pikir orang lain. contohnya mengenai nak duduk hotel dekat mana, aktiviti ape nak buat bila sampai dan sebagainya semua di ambil kira. kalo tak berkerjasama confirm nanti ade yang tarik muka. so tak bestla kan kalo bercuti macam tu.

tapi agak seronok juga jika bercuti berkumpulan ni. takdela boring sangat. nak-nak kalo yang sekepala perangai gila-gila kan. confirm meriah! tak lupa juga nak bagitau yang bila kite travel by group harga kalo amik package agak murah.

berlainan pula dengan bercuti bersendirian. kita bebas buat apa yang kita nak. terpulang pada masing-masing. kalo anda jenis yang suka ikut kepala sendiri dan tak suka ada gangguan yes ini pilihan anda. mungkin certain percutian korang perlukan kawan-kawan dan mungkin kadang kala perlukan masa bersendirian.

tapi aku lebih prefer bercuti bersama kumpulan. at least 2-3 orang. bahaya jika pergi bersendirian nak-nak perempuan. macam2 hal yang kita tak tau bole terjadi. elakkan selagi bole. jaga diri.

selamat bercuti!!



2 comments