Kawan-Kawan

Archive for March 2013

Terbang lagi!


posted by ceklala

No comments

baju-baju dah siap pack. toiletries bawak yang kit jek, senang kekecik. lagipun aku bile travel bukan spesies nak make up bagai. padahal kt sini pun tak make up. malassssssss! hahaha

total sume dah siap masuk dalam bag. kali ni bawak back pack je, malas bawak beg troli sebabnye aku tak beli luggage pun. ntahla takde rase excited sok nak gi bercuti ke ape pun. bawak baju pun 3-4 helai jek hahaha

mayb sebab tak tau nak gi kemana kot bile dah sampai. sebab selalunye aku pilih destinasi pantai atau pinggir bandar tapi kali ni ke tengah kota, so agak blur skit..harap sumenya okla

kemana? ohh tunggu laaaa minggu depan. short trip je 3 hari. 2 jam perjalanan sahaja. pegi ngan mak ayah aku. just kami bertiga. suwitttttt sangat kan! padahallllllll haktuihhh! hahaha anak mithali namenye ni berjalan ngan mak ayah

jumpa korang minggu depan...insyaallah..babai

cam biasala iols cheapskate so naik air asia saja dengan tema 
"now everyone can fly" murahhhh! hiks


musim orang sakit


posted by ceklala

4 comments

assalamualaikum....

bukan orang kawen je ade musim, orang sakit pun bermusim ye jangan tak tau. sama jugakla aku ni ha. minggu lepas sehari je update, lepas tu hilang dalam lautan...sebenarnye tak sihat. keracunan makanan, bersama dengan gastrik. amacam best tak package?

aku memang spesies susah pegi klinik, sebab aku sakit hati bile aku masuk dalam, doc cakap aku ok, stress oiiiii! aku dah macam hape sakit die bole kate ok. nyampah okkkkkk

jumaat lepas anak buah aku si sofia tu masuk spital, jangkitan paru-paru katenye. plus jugak kahak banyak sangat. bebudak skang memang selalu sakit. ni kali kedua si kecik tu masuk spital. sampai ke arini tak kuar lagi. kelmarin abang die pulak masuk, demam panas, dok la katil sebelah2. hihi comel je memasing. abang nyanyi2 dalam bilik adik tukang menari, dah macam taska aku nengoknye hahaha

arini, aku sambung lagi sakitnye. demam pulak. mayb sebab kat hospital tu banyak virus tu yang berjangkit ke aku. ni tengah sakit tekak n perit, badan seram sejuk. pagi tadi bangun2 tido da minum air asam jawa...harapnye cepatla kebah demam ni, jumaat dah nak fly dah. jalan jauh.....

Pukul 4 Pagi


posted by ceklala

1 comment

ye pukul 4 pagi tadi. nape ngan pukul 4 pagi? 

aku dah terjaga lepas tu tak bole tido dah pastu. huwaaaaaaaaaa sedih =_=

dahla kul 1 baru tido. hadoilaaaa. ni nasib baik tak jadi mata panda. kalo idak tadi hancus. aku pulak bukan spesies makeup bagai punye orang, lantakla nak bengkak ke nak gelap ke kan aku dulik hape. bukan ade orang nak tengok pun ye dak hihih



tapi panda ni comel kan kannnnn? bestnye kalo dapat peluk! empuk cam tilam! gebussssss! hihi


Matta Fair Promo by Malaysia Airlines


posted by ceklala

No comments

ini ada promo gila dari MAS sempena Matta Fair bulan ni. aku rasa korang yang rancang nak cuti-cuti tu wajibla pegi usha dan beli sesiap, siyes agak murah pada aku.






untuk asean, south asia, europe dan jugak americas package. harga berdasarkan tiket flight dan jugak hotel. murah sebab MAS ada makan dalam flight, kalo air asia kene beli lain untuk makan.

dan korang akan lagi terkejut bile tengok harga return yang MAS keluarkan sempena Matta Fair bermula arini hingga ahad. bukak mata besar2 tau!hihi



harga di atas belum masuk tax ye anak2 sekalian hihi. ape tungu lagi? jom serbu!!

Matta Fair March 2013


posted by ceklala

No comments



dah bersiap sedia korang?
pameran yang diadakan 2 kali setahun yang sangat tak patut dilepaskan!

 bile?


start besok hingga ahad!
jom ramai-ramai kite pergi =)




teringin nak naik cruise la. ade sesapa nak join?hihihi


Wordless Wednesday


posted by ceklala

No comments



hye! nama saya sofea zahra...acu saya suke cium saya! hihi





Resepi Mudah Meatball


posted by ceklala

No comments

hai

lama tak cite pasal makan-makan kan? aku memang tak leh dipisahkan dengan makanan. nak-nak makanan yang sedap menijilat jari! hihihi

sape tak suke makan ye dak. aku suke makan dan jugak suke masak. tak reti sangat masak pun tapi cubala. mana tau dari tak pandai bole jadi pandai ye dak. so semalam bosan-bosan tak tau nak makan ape untuk malam, tetibe teringin meatbal ikea!

yela sejak kat ikea meatball dah kene stop pengeluaran kat mane lagi nak cari ye dak. sabtu ritu jela pi makan bakso kat janda baik. sedapppppppp! tapi arini taknak cakap pasal bakso, nak cakap pasal meatball. nak kongsi resepi meatball buatan sendiri. nak tak??


ini resepi malam tadi. meatball creamy mushroom.

menu ni aku makan dengan spageti. takat makan meatballs je mane kenyanggggg. ini meatballs buat sendiri yek. bukan beli da siap. saje testing2 semalam. senang jek.

Bahan-bahan:

daging kisar
bawang besar
black pepper
paprika
breadcrumbs
tepung gandum
garam

korang just campurkan sume skali then bentukkan macam bola kekecik k. ohh jangan tanye aku sukatan sebab aku masak tak pernah main sukat pun. dok main tuang jek hihi soryyyy

aku rebuskan sekejap sekali dengan spageti. lepas dah rebus dalam 10 minit tu aku goreng kan pulak. barula sedap! garing di luar dan lembut di dalam! tadaaaaa siap! senang kan? aku memang jenis masak yang sesenang je. ape yang ade kat dapur tu aku bedal je. janji sodap!hihi

untuk gravy atau sos tu bole buat ikut suke. nak makan macam tu je pun bole cicah sos cili, takpun makan cam aku ni ha dengan spageti ngn mushroom sauce! sedappp!

selamat mencuba! =)


Bantuan untuk anak yatim


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum.

salam takziah buat keluarga semua pejuang negara yang terkorban. kita doakan moga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. sama-sama kita sedekahkan al-fatihah....



kemana saja korang weekend baru ni? aku sempat ke Janda Baik. ke rumah anak2 yatim Badan Amal Nur-Zaharah, lama tak pegi jenguk rindu rasanya. tapi masa aku datang dorang sume takde, ke shah alam. sempat menghulur sedikit bantuan je. dan agak teringat2 lagi dan terkesan dalam hati aku akan kata-kata pengetua rumah anak yatim kak asma yang dorang kekurangan bekalan makanan.

sebak terus. yela sesapa saja yang pernah pergi ke sana jarang akan datang lagi. ade aku pernah ceritakan kat dalam blog aku mengenai project aku bersama rakan2 twitter yang lain ke sana. mungkin ramai yang beranggapan bila tempat berteduh yang disediakan agak cantik dan besar maka tak perlu menghulur bantuan. anda silap.

jangan kita lihat pada luaran semata. tapi lihat isi dalamnya. tanya dan lihat sendiri.

kita menghulur bukan untuk menunjuk2 pada orang lain, even aku sendiri selalu pesan kat diri sendiri yang kalo buat apa saja jangan sesekali terbit rasa riak atau bangga diri bila bantu orang sebab ko takkan dapat ape2 langsung. ikhlas dari hati tanpa mengharap sebarang balasan.

so aku mohon kalo korang membaca dan korang sudi membantu bole hubungi aku. korang boleh bagi apa sahaja. makanan asas seperti beras, biskut, milo, pakaian atau yang dirasakan perlu. insyaallah kalo ade yang nak ke sana aku boleh bawakkan. kalo tidak pun boleh jugak mintak aku belikan dan aku sampaikan. insyaallah aku bantu. aku mohon kita sama-sama bantu mereka.



yang memberi itu lebih baik dari yang menerima...

Sabar boleh?


posted by ceklala

2 comments

salam jumaat :)

sebenarnye tengah sakit hati tapi dok tahan je sabar. geram oiii dah 3 jam menunggu nih. dah macam takde kerja lain pulak dok melanguk tunggu sampai 3 jam!

iols tengah sakit hati dengan maybank nih. maybank2u dah 3 jam takleh nak login. bila bole login tak bole buat bayaran pulak. ko dah kenapa?? aku banyak giler mende nak bayor ni haaa. bukan taknak pi bank terus tapi dah pi dah pagi tadi tapi humangaiiiiii ramai giler orang!

biasela awal2 bulan kan. yang bos pun tak reti sabar. tiap minit tanye dah ke belum dah ke belum. sabar bole?  T_______T

kbai.