Kawan-Kawan

Bantuan untuk anak yatim


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum.

salam takziah buat keluarga semua pejuang negara yang terkorban. kita doakan moga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. sama-sama kita sedekahkan al-fatihah....



kemana saja korang weekend baru ni? aku sempat ke Janda Baik. ke rumah anak2 yatim Badan Amal Nur-Zaharah, lama tak pegi jenguk rindu rasanya. tapi masa aku datang dorang sume takde, ke shah alam. sempat menghulur sedikit bantuan je. dan agak teringat2 lagi dan terkesan dalam hati aku akan kata-kata pengetua rumah anak yatim kak asma yang dorang kekurangan bekalan makanan.

sebak terus. yela sesapa saja yang pernah pergi ke sana jarang akan datang lagi. ade aku pernah ceritakan kat dalam blog aku mengenai project aku bersama rakan2 twitter yang lain ke sana. mungkin ramai yang beranggapan bila tempat berteduh yang disediakan agak cantik dan besar maka tak perlu menghulur bantuan. anda silap.

jangan kita lihat pada luaran semata. tapi lihat isi dalamnya. tanya dan lihat sendiri.

kita menghulur bukan untuk menunjuk2 pada orang lain, even aku sendiri selalu pesan kat diri sendiri yang kalo buat apa saja jangan sesekali terbit rasa riak atau bangga diri bila bantu orang sebab ko takkan dapat ape2 langsung. ikhlas dari hati tanpa mengharap sebarang balasan.

so aku mohon kalo korang membaca dan korang sudi membantu bole hubungi aku. korang boleh bagi apa sahaja. makanan asas seperti beras, biskut, milo, pakaian atau yang dirasakan perlu. insyaallah kalo ade yang nak ke sana aku boleh bawakkan. kalo tidak pun boleh jugak mintak aku belikan dan aku sampaikan. insyaallah aku bantu. aku mohon kita sama-sama bantu mereka.



yang memberi itu lebih baik dari yang menerima...