Kawan-Kawan

To Krabi wit Love - Hotel Review - Best Western Ban Ao Nang


posted by ceklala

16 comments

morning!

cane post krabi? teruja dak?? haha haruslah kan. sian ade yang tetengah teruja baca pastu aku stop. mende camni harus di buat selalu yek. supaya korang tak cepat klimaks bila membaca. kene bersabar dan bertabah selalu. hihih


ok jom kite sambung. arini nak cerita pasal tempat menginap sepanjang 3 hari 2 malam di krabi. kami stay di Best Western Ban Ao Nang. tempat yang sangat lah cantik dan strategik. semestinye la murah! dah kalo pegi ngan aku wajibla memenuhi kriteria seperti cantik dan murah! bajet gittew hiks

macam aku cakap last post,  aku beli online kat agoda.com bilik kat sini. 2 hari before pegi baru beli sebabnye bz yang amat. 3 bilik book sesiap. semalam hanya rm88 sahaja. murah! sebab hotel ni bukanlah hotel bajet walaupun aku punye trip ni budget trip!hahaha




cantik. kemas dan teratur. sangat menarik. sebelum pilih hotel ni ade jugak 2-3 option lain. tapi setelah di baca review so aku dan akak aku sepakat memilih hotel ni. sangat berbaloi dengan apa yang dibayar!

masuk-masuk je depan pintu dah diajukan dengan pemandangan comel camnih. terus rasa teruja nak duduk sini seminggu!hahahaha






posing tu harus ye. wajib!hahaha. setelah sume dah dapat kunci bilik memasing so acara seterusnya adalah menerjah! menerjah bilik jela pun. campak beg pastu terus kuar balik. takde mase nak berehat2 bagai yek. mengejar masa!

kalo rasa sampai-sampai nak berehat sile duduk di rumah. #eh hihi






berbaloi? sangat berbaloi2! tepi bilik adalah swimming pool yek. rasa panas jek bole terjun sesuka hati!hahaha

asalnya kitorg hanya book untuk semalam sahaja. then malam tu time makan memasing cakap sambung jela terus. sebab puas hati dengan bilik dan jugak layanan staff kat sini. best!!

hotel ni antara yang paling strategik. sebabnya memang kat tetengah Ao Nang betul. ko nak makan jalan kaki ke depan tu je sikit. tak sampai pun 15 langkah dah sampai. ko nak shopping pun sebelah hotel pun ade. nak massage ke hape segala mak nenek sume adelah kat sini! pilihan aku setiap kali ke mana-mana memang akan cari port yang strategik untuk memudahkan segalanya.


p/s: tips untuk memilih hotel yang baik sebelum bercuti adalah, setelah memilih hotel pastikan anda view map. lihat map keadaan sekitar hotel. adakah berdekatan dengan kedai makan, kedai runcit dan sebagainya. =)


16 comments