baru nak jadi blogger rajin. tup tup bz.
bz tahap tak tau nak cakap. sampai makan pun tak sempat2. masuk opis terus buat keje yang bertimbun dengan breakfast tak sempat lunch lagi la. balik keje sampai uma mood masak skang tengah takde. harap je peti ais penuh. huiii kalo dah datang die punye malas nak makan pun malas nak pikir!hihi
nak sambung cite krabi? moh kite ke aktiviti pada hari pertama.
selepas acara mengenyangkan perut berjalan, memasing sume dah macam ular sawa. untuk tidak menampakkan kami sume pemalas kita teruskan ke acara berjalan sambil mencuci mata dan perabihkan duit!hihihi
tujuan utama memang nak cari waterproof bag. nampak yang color-color tu? ha itula tujuan utama. sebab tau kat malaysia mahal giler. kat sini harga yang kat malaysia bole dapat 3 okeh. tak percaya? sile la percaya. sebab masa aku tuit tanye sape tau kat mane ade jual kat kl ade member bagitau kat pavilion jual rm80 satu. ko tau aku dapat bape jek kat krabi nih?? cer teka cepattt!hihi
cubaan menawar secara pukal sebab nak beli banyak. masing-masing terus keluarkan segala kepakaran menawar. kat sini tawar-menawar sangat penting kalo ko jenis nak murah tapi berkualiti macam aku!hihi
ade 3 size. memang untuk aktiviti berkaitan air. ko nak berenang ke menyelam ke kayak ke ape-apa jelah yang berkaitan air ko wajib beli bag ni yek. aku banyak search online jual rm50. tapi kualiti tak tau. kat sini ade 3 kualiti dan harga berlainan. yg murah tu faham-faham jela kan.
selepas ulang alik kedai ni sampai 5 kali, akhirnya aunty kedai mengalah. terpaksa jual murah dengan kitorg hihihi. memasing amik yang 5liter jek. besar-besar pun nak buat ape kan. nak isi yang pepenting je pun. size ade untuk 5 liter, 10 liter dan jugak 15 liter yek. ade jugak backpack.
nampak signboard tattoo and tours tu? ha kat situ la travel agent paling murah kitorg jumpa kat Ao Nang ni. korang wajib pegi sini. dahla yang jaga tu kakak pompuan yang tau cakap kelantan okeh! tak payah penat-penat nak speaking. orang lalu lalang tengok kitorg borak menawar dah macam hape hahahah
tukang tulis dan tukang kira duit. aku tukang menawar jek. tawar sampai nangis. yang nangisnye orang tu la sebab tawar menggila kan. kitorg dapat paling murah kat sini.
untuk Phi Phi Island Hoping 800 bath je. tempat lain sume 1000bath. kitorg dapat jugak Kayak Mangrove 350 bath (ini memang tahap murah sangat) plus pulak lagi dengan transport from hotel to airport 150 bath. memang dah tahap murah sangat! tempat lain memang tak dapat. so total kat akak ni 1300bath bersamaan dengan rm130 sahaja untuk 2 aktiviti dan jugak transport balik.
murah? giler punye murah okeh!
masing-masing bersama mak hayam masing-masing! kihkihkih. acara selepas penat menawar adalah massage time!! bersuke ria memasing. dalam ni kitorg jek. bilik khas. sebabnya kitorg ramai. tergelak-gelak memasing badan kene uli!kikikiki. kitorg amik package scrub dan jugak massage.
ini pun murah mak aih. 600bath jek untuk 2 mende. kat kl ni jangan harap ler ko nak dapat weh. aku amik tamarind soft scrub dan milk massage. memula nak amik aromatheraphy oil..tapi lepas bau minyak tu yang tak bape best terus aku tukar milk. sedapnyeeeeeeeeee dapat scrub! =)
memasing selepas puas di gomol. malu i tau!hiks. lepas scrub and massage sume dia bagi kita teh. ala teh wangi tu jek. sedap. tapi aku kalo air wangi-wangi ni macam pelik plak minum. dah la wangi manissssss pulak tu! kencing manis aku tau.
acara malam tu diteruskan dengan aktiviti berjalan-jalan cuci mata. Ao Nang di malam hari agak happening jugak. cumanya pada aku lebih prefer chenang di waktu malam. happening giler okeh!
kalo chenang aritu aku pegi kul 3 pagi pun kedai bukak lagi. kat sini kul 11 malam sume kedai dah tutup. hatta kedai makan sekalipun! so jangan la berangan nak melepak sampai pagi. yang tutup lambat pun pub dengan bar jek. so dipersilakan tido awal. hihi
salam sayang. memuahhh! hiks
wah..bestnya...nanti nak follow buyeh??hehehe
boleh! joms2! dlm perancangan pi phuket nanti ni hihi
Salam.. Menarik post tentang Krabi ni. InsyaAllah sy akan ke sana March ni. Boleh sy tau nama tour agent tu? Sy tengah survey2 jgk tour agent yg blh dpt murah2. Dan yg ni mmg nampak murah sgt ni. Hehehe. Kalau x keberatan untuk berkongsi, boleh email pd sy? Tq..
-Fazida (fazz_azra@yahoo.com)
Salam..
Post2 pasal Krabi ni sgt2 membantu. InsyaAllah sy akan ke sana March ni. Boleh sy tau nama tour agent tu? Sy pn tgh survey2 tour agent yg blh bg murah2. Dan yg ni nampak murah betul ni. Hehehe. Kalau x keberatan nak kongsi, boleh email pd sy? TQ...
-Fazida (fazz_azra@yahoo.com)
Cik Lala,
thx ok pasal entry krabi ni..Sangat membantu dlm proses survey2 ttg Krabi.Olyn pg bln May ni.Cuma tak nmpk la nama tour agent yg pandai kecek kelate tu.sudi2 la share dgn olyn k & senang2 visit la my blog juga ek..
sitiazlinaosman@gmail.com
www.sitiazlinaosman.com
fazida dan siti anda boleh email saya di shukrin_farahdiba@yahoo.com :)
wahhh.... murah giler beb package island hoping ngan mangrove tour... konfem pegi kat situ nnt.. thx for sharing info...
Assalamualaikum kak. bestnya. waaaa beg waterproof tu murah ek kat sana? memang nak beli situ lah jawabnya. hihihi :)
*pandai korang tawar menawar ye!
Assalamualaikum kak, sheila nak tanya pasal beg waterproof. pastu hotel yang akak stay tu krabi town ke dekat aonang? hehehe
*sheilashahfiekry@gmail.com
wassalam sheila, murah tapi kene pandai tawar, tp still murah berbanding kt kl la and ade 3 jenis, dr yg murah sampai ke mahal, akk stay kt ao nang betul :)