Kawan-Kawan

Archive for September 2011

yang lelaki dan wanita patut tahu..


posted by ceklala

No comments

tersangat setuju!!

tiada kata..


posted by ceklala

2 comments

arini macam wordless plus clueless hehe


@ mizz nina & noh weds -  shangrila kl
kenapa aku masih sempat buat peace??hahaha

people and love


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum..




Love doesn't hurt. 
If it hurts, it isn't love. 
If it hurts, he/she isn't worth it. 
The one person who is worth it won't let anything hurt you :)

rindu-rinduan


posted by ceklala

2 comments

makan dah?

burppppp!alhamdulillah...kenyang sudah. sambal tumis udang + petai and bayam goreng.

bawak bekal yek dari umah. aku skang spesies ade rajin nak memasak kat uma. balik keje terus kuarkan barang nak masak dari peti ais then mandi dulu baru start masak. dah settle masak br maghrib then tgk tv, kemas2 uma sambil tunggu housemate aku balik baru makan sesama.

see..aku kan isteri mithali kat uma. balik keje masak pastu tunggu laki balik baru makan! bukan senang tau nak dapat camni ekekeke.

rindu nak tunggu die balik keje cam biase. balik keje, lepas mandi sume then baru masak sesama. 2 bulan tak dapat buat camtu sebab keje die. sangat rindu okeh. sambil masak borak-borak sambil gosip!hehe

nape ayat bunyik macam dah patut kawen jek..eh?? pelis okeh jangan tanye soklan cepu tak bape nak emas itu! baru je minggu lepas aku balik kg bapak aku tanye soklan nih. 

dengan muka yang tak bape nak serius die tanye 'awak ni bile nak kawen nih?' sambil mak aku kat tepi dah sengih-sengih semacam. perli la tuh!

erkkk..macam nak tercekik bile die tanye. tak pernah2 okeh tanye. adoiiila pak.

selamba aku cakap 'rilexla bah..muda lagi ekekeke'

nasib die tak jawab muda hapenye...anak buah dah makin berderet tau!hahahah


eh apesal tetibe larik topik nih? tadi nak cakap pasal rindula!
saya rindu kat die walaupun die tak ingat saya..eh??

sekian, terima kasih.
bai.

untuk orang perempuan


posted by ceklala

No comments

morning!

tadi check kat search keywords, apela yang orang dok cari kat blog ni kan. memang macam2 ye. paling banyak pasal twiligt! rasenye aku takde kot review pasal filem twilight. ntah ape yang ada pun aku tak tau! hahaha

tapi tadi tertarik satu keywords ni. 'evening primrose oil sapu kat muka'. ermmm aku rase part ni pun aku takde review. aku just pernah bagitau yang aku makan pil ni je. tapi kalo bab sapu kat muka ni memang takde! aiyooo..mane datang nih?hehe

sebiji sehari..tapi aku still liat giler nak makan vit nih!

memang makan EPO ni as a supplement je. tapi untuk kaum wanita sangat bagus ye. membantu dalam hormon orang perempuan. 

kalo spesies cam aku yang tiap kali period je confirm senggugut, better ko makanla vitamin ni. die kurangkan skitla sakit tu. then cantikkan kulit gak sebab ade Vitamin E.


yang ni pun bagus. nampak tak aku amik sume yang 500. lebih bagus dan tinggi khasiat dari yang biasa. kene ingat yang Vitamin C ni akan bertahan dalam badan hanya untuk 24 jam sahaja. so memang kene makan everyday.

takyah nak cucuk2 Vitamin C kat muka ke ape. ko makan je vitamin ni k senang jek hehe

dua-dua vitamin ni memang bagus untuk kaum perempuan. untuk dalaman dan luaran. boleh amalkan selalu. 

paling penting aku selalu tekankan ialah sile cukup minum air masak. air putih. 8 gelas sehari. mende senang tapi orang paling susah nak buat ialah minum air suam. tak caya? cuba try buat hehe

perayaan akhir syawal.


posted by ceklala

No comments

tajuk tak bole nak pikir lagi sedap dah.

tadi sbnrnye nak update.

tapi tak jadi plak. ade member ajak borak kat fb chat.

memang macam tau-tau je aku bosan nak mati. dah ler sensorang kat opis nih.

oh hari ni aku dah raya dah. pandai kan aku timing pose 6 hehe.

arini pulak last day syawal. sesuai sangat!

ade sape2 nak ajak aku datang beraya tak malam ni? sempena perayaan aku arini. hehe



k la. nak sambung borak lagi.

babai.

Rabu dengan sekeping Gambar


posted by ceklala

1 comment

job deco for Siti Nurhaliza launches  new english album 'All Your Love'
@ Shook, Starhill - time 4.15am/monday

kawan aku kawen


posted by ceklala

5 comments

tajuk dah cam tak kuasa nak pikir dah hehe

semalam nak update pasal setiap kejadian yang berlaku ari ahad, tapi disebabkan mengantuk yang amat last2 update cite lain hehe

aku ke klang ahad baru ni. pagi2 dah gerak dari kuantan. yang kawen ni adelah kawan aku time belajar kat uitm dulu. kitorg same floor cuma selang 2 bilik dari part 1 sampai 5. walaupun lain-lain course (dia fashion design aku graphic design).

nasib aku sampai tepat pada masanya. walaupun agak lambat. kul 2.30 aku sampai. itu pun dah cukup rempit dah aku bawak kete dari kuantan. memang terlebih2 had punye!hehe. nanti kene check saman ni ade ke tak. sebab memang tak pernah ade rekod

thanks puan nasya sebab tunggu aku tepi highway setia alam tu, kalo idak memang aku confirm sesat tak sampai punye hehe

 kengkawan baju tema color biru. 
tapi yang takde belasah je color ape pun janji datang hehe

tahniah buat norwahida dan pasangannya shaifudin. moga kekal bahagia ke akhir hayat dan mendapat anak2 yang soleh dan solehah babe. buat anak cecepat k hehe


cantik pelamin! lain dari yang lain. so far overall wedding dorang simple but nice. kejadian perkahwinan ni berlangsung di dewan pejabat daerah/tanah klang.

kawan aku ni bersanding serentak dengan adik perempuannya. so means ade 2 pasangan pengantin. pic sanding aku takde sebab aku sampai pengantin dah berjalan-jalan bersalam ngan orang ramai dah hehe.

makanan memang sedappp! paling best acar buah. oh lame tak makan acar buah sedap camtu. selain tu lauk cam biase ade ayam goreng, daging dendeng dan dalca. ade jugak rojak tapi aku tak sempat makan sebab bz berborak hehe. yela ni je mase nak jumpa balik kengkawan lama kan.

hujung minggu ni kawan aku lagi sorang nak kawen. pak jijan. insyaallah takde aral aku sampai yek.

mimpi di siang hari


posted by ceklala

3 comments

baru bangun tido.

siyes ni aku tido dari lunch time kul 1 tadi bole belasah melarat sampai kul 3 tadi. hik hik memang sesukati mak ayah aku je kan. nasib bos takde. dengan ujannye. ohhh memang terbaik la tido kan. tapi kan 1 je yang tak best...

bila tido petang mesti mimpi ntah pa pe. menci tol.

tadi tido aku mimpi yang aku pose lepas tu aku bole terminum air sirap. air sirap tu punye sedap same macam aku minum kat kenduri kawen kawan aku semalam. lepas tu aku bole cam teringat eh aku pose kan. nape aku minum air??

kalo sikit takpe. ni sebotol aku minum weh! lepas tu aku gtau budak opis aku die bole gelak2 guling-guling. die kate cam budak kecik!

terbangun dari mimpi bole plak macam..eh aku still pose kan? tekak kering. hmm ok aku still pose!hehe

ni dalam mimpi tadi la. bukan realiti.

kalo in realiti aku memang pose. cuma takde air sirap sedap kat opis ni. fuhhh! nasib...

pesal ayat cam ntah pa pe nih. abaikan jela. 
mamai kot aku nih. hahahaha. bai.

Ekspresi Wanita dan Lelaki Bila Mendengar


posted by ceklala

2 comments

Lelaki dan wanita memang berbeza. begitu juga dengan ekspresi wajah.

Wanita pada kebiasaannya dapat menggunakan secara purata 6 ekspresi wajah. ianya dilakukan ketika mereka sedang mendengar dalam masa 10 saat dan ketika memberi tindak balas kepada emosi orang yang sedang bercakap.

bila anda perhatikan betul-betul wajah wanita di depan anda, apabila anda sedang bercerita anda akan dapat lihat yang wanita ini juga seperti melalui pengalaman yang sama dan memahami dengan cepat apa yang anda sampaikan.


wanita dapat memahami apa yang disampaikan melalui intonasi suara dan bahasa badan orang yang bercakap.

inilah yang seharusnya dilakukan kaum lelaki bagi menarik perhatian wanita dan bagi membuatkannya terus mendengar apa yang ingin anda sampaikan.

kebanyakkan lelaki mungkin tidak dapat menunjukkan ekspresi wajah ketika mendengar. mereka juga mempunyai ekspresi mereka sendiri tapi sangat berlainan dari wanita. 

nisbah ekspresi lelaki dan wanita adalah lelaki 1 dan perempuan 6. sebab lelaki kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang emosi apabila mendengar. lebih kepada mendengar seperti patung dan bersikap selamba.

bukan menyatakan lelaki tidak beremosi. tapi itulah hakikatnya. imbasan otak yang dilakukan oleh pakar menunjukkan kekuatan emosi lelaki sama seperti wanita. perbezaan yang timbul hanyalah kerana lelaki tidak mahu menunjukkan emosinya.

Sarapan Pagi di Malaysia


posted by ceklala

No comments

Morning!!

breakfast dah korang? aku lepas ni makan. update blog dulu. kang ade yang meroyan kang kalo aku tak update ekekeke

ape menu breakfast korang arini? kat malaysia ni kite ade bermacam2 makanan untuk sarapan pagi. ko sebut jela nak makan ape pasti ade depan mata tol tak?hehe. dari yang berat sampaila ke ringan-ringan seperti kuih muih.

menu pilihan aku untuk hari ini adalah.....

nasi lemak!!
pic adalah sumbangan ehsan yahoo


nasi lemak bole nak makan. tapi jangan selalu la yek. tak elok untuk kesihatan. ade yang kata nasi lemak ni makanan seimbang tapi for me tak. sebab dengan santannye, minyaknye, karbohidratnye...hmm so kurang-kurangkan la yek :)

roti canai!
pic ehsan yahoo

ini lagi satu kegemaran rakyat malaysia. rasa tak lengkap agaknya kalo tak makan hehe. aku lebih suke roti telur. kalo sabtu ahad tu bangun pagi dapat pegi breakfast kat mamak makan roti telur ngan teh tarik, fuhhh! memang package lengkap!hehe

sarapan pagi ni ikut negeri jugak kan. kalo selatan johor  sarapan pagi adalah lontong. kalo pegi area pantai timur tu bole dapat dengan nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, laksam and macam-macam lagilah. terlalu banyak pilihan. kalo perasaan di sebelah pantai timur breakfast dorang makanan berat disebabkan pekerjaan utama dulu adalah nelayan. so untuk bertahan sampai balik tu kenela makan nasi. mengikut teori aku jela hehe

kita dok malaysia ni memang la untung. aman damai. rakyat berbilang kaum. janganlah kite nak bermusuhan sesama kita. negara kita ni kecik je.

selamat pagi malaysia! =)

Lelaki dan Wanita Bila Bergaduh


posted by ceklala

4 comments

Wanita lebih suka bercakap dengan perasaan manakala lelaki pula lebih suka berterus terang. wanita  lebih gemar menggunakan bahasa berbunga ataupun tidak teragak-agak berlebihan ketika menyatakan perkara supaya kenyataannya lebih berkesan. lelaki sebaliknya memahami apa yang dikatakan wanita sebagaimana yang disebutkan dan bertindak dengan sepatutnya.


maksudnya di sini, kaum wanita ni bile bercakap lebih suka berkias. menggunakan ayat bunga-bunga orang kata. bukanlah setiap kali bersuara lelaki kene bagi bunga hehe. memang lumrah alam wanita memang dijadikan begitu.

lelaki pulak sering salah anggap. banyak berlaku salah faham bile lelaki dan wanita berbual. lelaki sukar memahami apabila wanita menggunakan bahasa kiasan.

ketika bergaduh misalnya, lelaki mentakrifkan setiap ayat yang diluahkan oleh wanita sebagai percubaan untuk menang. wanita pula bila bergaduh lebih suka menggunakan emosi. akhir pergaduhan masing-masing akan lari dan tidak akan bercakap buat sementara waktu.

dalam bertelagah, lelaki perlu memahami wanita selalu menggunakan perkataan yang dia tidak maksudkan. contohnye seperti 'saya tidak akan menggangu kamu lagi selepas ini'. ape yang lelaki faham dari ayat itu adalah wanita itu tidak mahu lagi ape-ape perhubungan selepas itu. tetapi di pihak wanita pula dia hanya menyatakannya tanpa apa-apa maksud.

faham? 

dimana-mana atau bila-bila mase dari kecil sampaila berusia kita memang akan menghadapi masalah seperti ini. tapi ini adalah lumrah kejadian. sifat semulajadi. takde ape yangg bole kita persoalkan. terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan.

tidak ade yang sempurna di dunia ini :)

Ciri-ciri orang yang mencintai kamu


posted by ceklala

No comments


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  • Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

ya allah...


posted by ceklala

No comments

Ya Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya..
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama.. Terima kasih setiap saat-saat yang lalu.. Aku datang bersujud pada-Mu, Sucikan hatiku ya Allah, agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.Jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah, satukan hati kami… Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya.. Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.. Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini… Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.. Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku, luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.. bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.. Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah...
Tetapi jika dia Kau ciptakan bukan untuk menjadi pemilik tulang rusuk kiriku, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya… janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.. Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku.. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini, dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat...
 

anak orang..lum anak sendiri lagi


posted by ceklala

No comments

comel tak anak kembar aku nih??

tetibe ujan camni aku rindu plak kat seseorang. orang yang jauh di mata tapi dekat di hati. eh?? dah cam tagline TV9 jek hehe

ok back to topic. yang kanan tu harith, yang kiri tu elysha. beza dorang 41 hari je. ank akak ipar and akak aku. planning dorang menjadi nak bersalin serentak. tapi tahun ni jela tak dapat sebab akak aku dah mendahului.

si harith ni mase aku datang uma die sabtu baru ni melalak tak kasi aku balik. bosan dok uma gamaknye. mak die tak nak bawak pi jalan. bapak die outstation plak.

aku cakap je nak balik terus melekat kat ketiak aku tak kasi balik. padahal sebelum tu ngantuk nak tido dah. tengah die baring cam nak lelap2 aku cakap nak balik pun die tak kasi.

terus bangun pastu melepek kat celah ketiak aku sambil nangis2!hahaha

nak nangis pun ye gak tengok die camtu.

mase die gi dapo kaco mak die masak aku jerit je kat kakak aku nak balik pastu terus kuar uma..aku tutup pintu je dengar si tecit ni berlari panggil nama aku. nampak aku dah takde die punye meraung dah cam hape dah.
sebak dengar.

haishh..tu baru anak sedara. kalo anak sendiri kang cane la ek??

canela orang sanggup buang-buang anak tu ek? kalo taknak kasi kat aku jela bole?

Rabu dengan sedikit kata-kata


posted by ceklala

No comments


"Apabila wanita bercakap banyak dengan kita, dia suka kepada kita."

"Apabila dia tidak bercakap dengan kita, sebenarnye ada masalah."


Kenyataan Lelaki & Wanita


posted by ceklala

2 comments

Bile Lelaki berkata-kata :

  • "Pergi masak telur dadar untuk sarapan pagi!"
  • "Buatkan saya telur dadar untuk sarapan pagi, okey?"
  • "Boleh awak buatkan saya telur dadar untuk sarapan pagi?"

Bile Wanita pula berkata-kata:

  • "Awak fikir perlukah kita makan telur dadar untuk sarapan pagi?"
  • "Bukankah sedap apabila kita dapat makan telur dadar untuk sarapan pagi?"
  • "Awak rasa mahu makan telur dadar tidak untuk sarapan pagi?"

nampak perbezaan tak? ungkapan yang sebenarnye mempunyai maksud yang sama tapi disampaikan dengan cara tersendiri oleh lelaki dan wanita.

lelaki lebih suka berterus terang, bercakap menggunakan ayat ringkas dan terus kepada tajuk.

wanita pula lebih suka menggunakan bahasa kiasan. ia adalah cara membina hubungan tanpa perlu berkasar atau dalam erti kata lain mengelakkan dari terjadinya salah faham.

lelaki dan wanita memang berbeza. di sinilah perlunya tolak ansur dan saling memahami. 


tanyalah ibu dan bapa anda, adakah setelah berkahwin selama 30 tahun mereka saling memahami dan tidak pernah berbalah pendapat???

pembawa cerita


posted by ceklala

2 comments

asalnye aku nak cite pasal lain.

tapi tadi ade plak member sekola aku ni ajak gosip jap. so layanla sementara takde keje ni kan.

mula-mula cite ok lagi. tapi bile tetibe kuar cite pasal gosip aku..ni memang tak tahan! tak keruan dibuatnye. yela aku takde usik orang pun tapi alih-alih ade pulak kuar cite pasal aku.

tak. aku bukan retis. sedar diri muka tak lawo. tapi aku takde kot nak kutuk orang or cakap mende tak elok pasal kengkawan aku yang lain.

aku memang suke bile kengkawan tegur aku. maksud aku kat sini tegur kesalahan or kesilapan teknikal yang aku dah buat. sebab dari situ ko belajar tentang diri ko.

tapi kalo orang sebar cerita tak betul pasal ko aku rasa mesti ko pun rasa lain kan.

manusia ni memang camtu kan? ade je yang tak puas hati pasal orang. lepas tu suke jaja cerita bukan-bukan. yang kengkawan sekeliling janganla cepat percaya. selidikla dulu mana kebenaran. aku jangankan cubit..cuit die pun tak.


hmm...manusia zaman sekarang.

terkesima?


posted by ceklala

1 comment

hujan lebat kat luar. sejuk giler!!

ni kalo kat umah memang dah lame berbungkus bawah selimut..tido tak ingat punye! hehe

assalamualaikum :)

cuti 3 hari kemana korang? aku memang bercuti sungguh. tak kemana-mana pun. dok uma. makan, tengok tv, tengok movie, tido dan ulang lagi sume bende dari pagi sampai ke malam! ehehe

seronok ade bosan pun ade. tapi tula. orang single memang selalu camni kan kan??

tadi bukak facebook. last week ade join contest. 

saje nak tengok perserta2 lain yang bertanding. terkesima jap sebab tetibe ade new contestant yang tiru design aku. hmm die takde idea mungkin or die yang dah terkesima dengan design aku buat sampai die terberkenan dan terus tertiru! errr...bape banyak ter ek??hehe

pesanan untuk budak itu walaupun die tak membaca...'dik, orang penat2 buat research perah otak (eh tak bape nak perah sangatla) ko sesedap je cilok kan? dah bape lama jadi designer??'

kalo camni cane la nak pandai. akak dulu buat design cam sampah jugak. tapi lelama belajar and kerja kite belajar dari kesilapan. bukan nak cakap design akk gempak tapi at least akak guna idea sendiri. ada faham???

k. bai.

Penghilang Stress


posted by ceklala

1 comment

berkait dengan entry stress tadi aku ade penyelesaian untuk korang.

ape die yek..hmm meh sini meh..ape kate korang buat mende ni...




jom main game!!

game bejeweled 2! ha ni la yang aku dok main dari tadi hehe


sok kan cuti. jangan stres2 dah ye. direct sampai hari ahad. 3 hari cuti. so ape planned korang? 

manfaatkan cuti sebaiknya ya. pada yang nak bercuti tu selamat bercuti. yang nak balik kampung tu selamat balik kg. 

kepada yang memandu sile berhati2 di jalan raya :) 
taking care lalink sume

Stressssnye oii!


posted by ceklala

2 comments

'aku tengah marah ni..ko bole blah tak??!'

rilex bro. jangan nak memarah. ko ni dah ngape tak pepasal nak marah-marah orang?? eh nape cakap bro? kakak tak marah ke? hehe. sesapala pun yang bile terkeluarnye perkataan di atas maksudnye orang itu dalam keadan stress.

apabila anda menunjukkan emosi sedang marah ketahuilah bahawa ia adalah akibat STRESS!


kenapa anda stress?
  • anda kecewa apabila tidak dapat apa yang anda mahu.
  • ada masalah dengan keluarga - suami/isteri/anak2/mak ayah/masalah kewangan
  • masalah di tempat kerja - tidak dapat menyiapkan tugasan dengan baik, dimarahi bos dan etc

apa yang anda rasa bile dalam keadaan stress?
  • jantung berdegup kencang dan sukar bernafas
  • anda cepat marah
  • rasa tidak gembira
  • hilang selera makan
  • hilang minat bekerja
  • tidak cukup tidur
  • ingin menengking/memaki hamun
  • ingin membaling sesuatu

cara mengurangkan marah
  • berfikir secara positif
  • jangan salahkan orang lain
  • belajar menyukai diri sendiri
  • belajar menerima
  • bertenang
  • lakukan senaman selalu
  • luangkan masa untuk keluarga dan beriadah
  • dapatkan tidur yang cukup
  • dapatkan teman untuk meluahkan masalah anda

so lepas ni kalo korang stres2 tu hope pandai-pandaila korang tangani masalah korang tu yek. jangan nak salahkan orang lain tanpa usul periksa. kite ni kadang cepat sangat lupa diri. take care :)

sumber: kementerian kesihatan malaysia dan harian metro

"Contest Banner Eyriqazz.Com"


posted by ceklala

No comments

morning!!
sesambil hirup kopi mc d ni cam biasela aku bile masuk opis kan.

buat ape lagi kalo tak check email opis, email sendiri, lepas tu barula check blog kesayangan aku ni then barula start blogwalking blog kengkawan kan.

tapi tetibe agak cam terkejut bile tengok kat komen box abang eyriqazz tetibe komen! oh my!! sungguh tak disangka okeh abam glemer singgah blog malu-malu kucing nih hehe

disebabkan abam glemer komen and mintak aku join contest comel beliau so aku jugak dengan berbesar hati telah menjoinkan dirik. korang nak join pun buleh sesangat! ni link blog abam eyriqazz http://www.eyriqazz.com/2011/09/contest-design-banner-eyriqazzcom.html (korang click je sini k)


syarat-syaratnye sangatla enteng!! sile baca nih okeh 

 
1) Buat Satu banner untuk Eyriqazz.Com bersaiz 728 x 90 dalam bentuk jpeg.gif dengan size tidak melebihi 45kb. Design adalah bebas ,asalkan nampak menarik dan bersesuaian dengan blog eyriqazz.com

2) Banner itu boleh dipublishkan di blog anda dengan entry bertajuk "Contest Banner Eyriqazz.Com". 

3) Di akhir entry itu, letak ayat ini "Contest Design Banner Eyriqazz.Com ini ditaja oleh AbangEnsem.Com" Dah siap, tinggalkan permalink di blog ini. 

4) Bagi yang tiada blog boleh la e-mailkan banner itu kepada iman 1237@ hotmail.com

5) Tarikh tutup 30 September 2011.


so sesambil hirup kopi yang dah hampir nak habis aku pun terusla memulakan kerja! ketepikan dulu kerja opis..utamakan dulu design banner abam nih! job urgent ni!! hehe

memula tengok design perserta-peserta yang dah hantar design then tengok balik banner blog abam sebab nak kene sesuaikan balik dengan blog. biar serasi bersama orang kata hehe.


so my hasil....
jeng..jeng..jeng


ok tak?? (click untuk pembesaran)

aku ni banner blog sendiri malas plak nak buat. kalo blog orang lain rajin pulak nak buat! dasar pompuan...eh??hehe

aku manusia yang kalo buat design tak suke nak serabut bagai. aku suke clean and clear! hehehe. hope abam eriqazz suke dengan my design. gud luck untuk sume :)

contest design banner eyriqazz.com ini ditaja oleh AbangEnsem.Com (confirm hensem abangensem nih kan!hehe)


melompat riang


posted by ceklala

2 comments

sangat gembira skang ni.

terasa ingin melompat2 dan bergolek sakan.

tak jadi nak cuti!hehe


baru je sampai td..fresh from oven bak kate orang!hehe


tq bos!!
senyum sampai telinga nih ..ngeee =)

tolong fahamkan bole?


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum..

ngantuknye la hai...semalam tak leh tido. dok kesian kat housemate yang batuknye makin teruk. bunyi kong kong kong dah aku dengar. macam org kene sakit tibi tau dak. sian weh.

tiap kali die batuk aku ajak pi spital jek. klinik-klinik ni tak jalan dah aku rase. 2 minggu dah die kene. start dari demam pas raya aritu. dah pegi spital islam kat kg baru tu, kenela 100++ tapi tak baik2 jugak. aku suh pi klinik..makan ubat dah abis pun tak jalan jugak!

pagi tadi aku bising lagi. jom ler kite gi hospital kerajaan pulak. klinik ngan spital private tak baek2. risau aku nengok die camtu. aku spesies camtu. risau ngalahkan mak. hehe

so terusla gerak ke HUKM tadi. sebab dekat ngan opis aku and umah. sampai sane kul 8.45 camtu. pastu main redah je masuk sebab tak pernah masuk kan. pastu suh die pi tanye kat kaunter pertanyaan mane nak jumpa doktor kan.

tau ape jawapan orang tu?

kalo takde surat refer dari mana-mana doktor memang tak bole nak check kat sini. ah pulak!! nape camtu ek? memang ke? ke aku yang tak tau. 

pcik aku suh gi HKL je tapi jauh kan so test la pegi yang dekat uma.

abis kalo dah emergency pun dorang suh gi hospital lain jugak ke? orang tu batuk dah macam nak mintak nyawa kot ko bole lagi cakap camtu. ke memang aku yang tak tau tak sume hospital bole main pegi jumpa doktor terus cam hospital kerajaan lain??

hmm..kasi aku faham sikit bole? 


Jujur Dengan Diri


posted by ceklala

No comments

da lunch korang?

aku dok makan nasi impit dengan rendang semalam jek hehe. makanan yang lebih sikit semalam aku dah pos kasi sesapa yang datang lambat tu. simpan pun bukan ade sape nak makan dah pun.


korang rasa korang jujur tak dengan diri sendiri?

aku ade masa jujur. ade masa aku memang tipu diri sendiri. sebenarnye manusia yang patut kite paling jujur adalah diri sendiri. memangla itu hak masing-masing. tapi pada aku bile tipu diri sendiri ni merugikan.

bercakap dengan seorang kawan tadi. katenye ade sorang aweks yang die suke ni dah berpunye. aku tanye die...'pernah cakap kat die tak yang awk suke die?' jawapan die 'tak pernah'. aku jawab balik 'kalo camtu sampai bebile la dat gurl tak tau yang awk suke die'.

nampak tak ape yang aku cuba sampaikan ni? maksud aku silelah jujur pada diri sendiri. kalo ko suke kat die napela ko tak berterus terang je dengan die? tak kesian ke kat diri sendiri merana tengok orang lain bahagia? bile die ade orang lain ape yang ko rasa? tak sedih ke? confirmla sedih kan?

memangla tak bole 100% sure yang bile ko dah bagitau die yang ko suke die so makanya die jugak akan terima ko. tapi at least ko berani dan jujur. usaha itu penting. kemudian disertakan dengan doa dan tawakal.

memang akan lagi perit bile kene reject. tapi guys..inilah die kehidupan. hakikat sebuah perjalanan hidup.



aku pernah jugak kene reject tapi aku tak kisah. rasa puas hati dapat bagitau yang aku suke die :)

Jangan Banyak Bunyik Bole??


posted by ceklala

No comments

2-3 kali jugak aku dok pikir nak cite pasal ape dulu ni.

okeh kite mulakan dengan sesi makan2 malam tadi. harap maaf memang tiada langsung gambar. bz weh!! aku hanya bole cerita jek. korang tak marah kan? kan???

alhamdulillah setel sudah acara makan memakan malam tadi. biasela plan last minit. hanya menjemput sedara mara terdekat jek pun. untuk kengkawan nanti kite plan lain yek :)

menu seperti yang aku dah war-war kan semalam. cuma tambahan puding coctail dengan rendang ayam. yang paling menarik perhatian semalam adalah bihun singapore. siap ade yang mintak tapau bawak balik!hahaha

so far sume balik dengan perut boroi akibat terlebih makan hehe. 

cuma yang tak bestnye semalam ade satu part ni. pcik aku cakap nak bawak kawan die sorang aku pun ok kan aje sebab aku pun kenal kawan die tu. tapi yang tak syoknye sebab kawan die ni banyak bunyik!

aku memang tak kisah die datang sebab memang masak lebih. tapi kalo dah ko spesies kuat kondem memangla orang nyampah kan!

tengah aku borak ngan akk and pakcik aku pasal soto yang aku masak tak cukup rempah terus die mencelah! die cakap die masak sedap takdenye nak susah-susah pasal ade rempah ke takde. terus sume orang diam lepas die cakap!!

eh hello...kalo ikutkan ko tak masuk pun dalam list aku tau dak. dah orang ajak makan tu kalo tak banyak bunyik tak leh ke? ko ingat ko cakap yang ko 13 tahun jadi tukang masak orang caya ke? ko masak pun takde rasa. budak tadika pun masak lagi sedap dari ko tau! huh

kurang-kurang aku ni takde nak meninggi diri cam ko pun. aku ni pun takla pandai sangat masak. tapi kurang-kurang aku masak cukup rasa and tak buat orang sakit perut! even kalo ko cakap aku masak tu kurang rasa pun aku ok lg and cuba baiki sampai jadi. 

tak kuasala nak layan manusia phd camnih.
bai.

kepala otak berfikir


posted by ceklala

No comments

dah 2-3 kali dah aku bukak tutup blog ni.


niat di hati memang nak update cite best. tapi apakan daya. kepala otak aku ni tengah dok pikir pasal malam ni je. 

sempat ke idak ni nak masak?!!

kuah soto dah settle. barang-barang rencah die je lum siap. balik terus nak masak bihun singapore. puding tinggal buah campur dalam tin je tak beli lagi. ais pun lum beli. kuah kacang dah siap.

hmm..ape lagi ek? macam ade yang missing je. kalo terasa macam tu memang confirm ade yang missing! kengkawan blogger kalo nak datang jemputla datang ye. tapi tepon dulula. hehe

arini ke sok?


posted by ceklala

No comments

selamat berhari isnin :)


malam ni macam nak buat makan-makan kat uma aku yang kecik tu. tapi tula kalo tak hari ni mayb sok malam kot. insyaallah.

dok cari rempah soto mak siti dari aritu tak jumpa-jumpa. kalo takde tak best. tak feel.

menu simple-simple je pun sebab just nak ajak dak opis. menu soto dengan bihun singapore, nasi impit and kuah kacang..ok tak? nak buat open house uma aku kecik. sangat tak sesuai. 

kalo jumpa rempah soto tu tengahari kang aku buatla makan-makan kecik tu malam ni. kalo tak sok malam. tunggu jela sok kalo ade gamba. hehe

ade yang nak datang ke ke teratak comel aku?? kalo nak datang gtau k 


cuaca mendung kat luar dah sama macam mood aku kat dalam opis ni yang mengantuk amat!

Rumah TERBAKAR Panggil Bomba


posted by ceklala

3 comments

okeh ini tidak lucu ye.

tepat 12.30 tengahari tadi tepon bunyik. menandakan ade orang tepon la. yang tepon tu adalah mak aku. 

tak. bukan ajak pegi shopping tapi bgtau umah atas terbakar. "dik uma atas terbakar! ade orang jerit2 ni cakap terbakar. nak buat ape ni??" tu dialog mak aku dalam tepon.

ye terbakar! ini betul-betul ye bukan tipu-tipu.


suara mak aku cakap dalam tepon dah cam cuak. aku yang dengar lagi la cuak tak ingat punye! terus kuar opis balik uma sambil msg bos gtau. eh maunye tak cuak. kalo la yang terbakar tu merebak sampai uma aku cemane?? tak kan nak dok nganga jek kan??

nasibla opis dengan uma 5 minit jek. sampai2 dah nampak kete bomba. (eh panggil kete bomba ke jentera ke ape ek??)

suma orang dah kuar. yang kat bawah terjengah2 sama dengan aku la tu. naik uma tingkat 6 ikut tangga. sebab kat sekola dulu cikgu cakap kalo terbakar jangan ikut lif tp tangga. gigih aku berlari naik tingkat 6 takut pa pe. rupenye...

yang terbakar tingkat 8. uma aku tingkat 6. nasib jauh 2 tingkat. 

dapo orang tu terbakar. anak die main api mungkin. ingat macam nak pegi siasat buat2 macam penyiasat peribadi tapi tak jadi sebab aku lapa. tengok lauk mak aku masak burung puyuh goreng tadi. sodap!

sekian. hehe.

Kisah Budak Penjual Kuih


posted by ceklala

3 comments

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.




"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!




sebak seketika dan hampir mengalir airmata semasa baca kisah budak ni...bantulah sesama kita.

Pertanyaan buat lelaki


posted by ceklala

No comments

lelaki dan perempuan itu berbeza. 

berbeza dari banyak segi. masyarakat pula berpendapat lelaki dan wanita mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama.



mengapa lelaki mendengar seperti patung?


mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja?


mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada wanita?


mengapa apabila wanita bercakap lelaki rasa dileteri?


mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu-satu perkara pada satu masa?


lima soalan ini untuk lelaki2 di luar sana menjawabnya :)
salam pagi jumaat!

Cinta Tiada Penghujung


posted by ceklala

No comments

Sofea tertekan dengan keadaan dia sekarang. Ape yang perlu dilakukan?


Semakin lama dia memikirkan jalan penyelesaian, semakin dia rasa tertekan dan ingin membunuh diri.


Astagfirullahhalazim…Sofea mengucap panjang. Die umat Islam, tidak seharusnye dia berfikiran singkat sebegitu sehingga mahu menamatkan riwayatnya sedemikian rupa. Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah.


Haykal memang dasar lelaki. Tidak pernah sekali pun dia menghargai pengorbanan yang telah dibuat oleh Sofea. Kenapa semua lelaki begitu?? Marah sofea dalam hati. Penyesalan datang bertimpa. Dia terlalu sayangkan Haykal.


Tidak boleh ke lelaki-lelaki yang wujud di dunia ni menghargai kaum wanita? Salah kah kaum wanita jika hanya meminta sedikit rasa ingin dicintai? Rasa dihargai. Bukan wang ringgit yang dicari Sofea tapi kebahagiaan.


Berkali-kali Sofea menerangkan pada Haykal yang dia tidak mencari harta atau rupa paras. Tapi cuma seorang lelaki yang dapat membimbingnya dan menghargainya dan menerima dia seadanya.


Bila bersama Haykal, Sofea rasa bahagia sekali. Bukan kerana dilayan seperti puteri raja, tapi sikap dan cara Haykal yang telah membuatkan Sofea jatuh hati pada pandangan pertama. Haykal tidak seperti lelaki-lelaki yang pernah Sofea jumpa sebelum ini. Tidak sekali pun Haykal mengambil kesempatan walaupun Haykal sebenarnye adalah duda beranak satu. Walaupun kerjaya Sofea lebih berjaya dari Haykal tapi dia tidak peduli semua itu. 

Yang dirasakan Haykal mampu membimbingnya……

agak-agak


posted by ceklala

2 comments

agak-agak kan..kalo aku update blog seminggu sekali ok tak??

takpun sebulan sekali.


bile datang mental block ni aku terus rasa nak close je blog ni. tutup terus maksudnye ye.

sebab kadang rasa cam syok sendiri plak. tulis sendiri baca sendiri.


hmm..cane nih???
malas nak pikir ah.

babai.

Makan Makanan Raya


posted by ceklala

No comments

aku update dulu mane2 pic yang aku upload kat fb. 

yang dalam iphone tu nanti yek sebab hp tu tertinggal lak kat uma. nak harapkan camera memang takla kan. hp senang. capai terus snap!hehe


ape ni??
ni la hidangan wajib di pagi raya kitorg hehe

kalo nak ikutkan ni kira sikitla nih. wajib ada pagi raya adalah pulut daun pisang and ketupat. dan yang paling2 wajib nasi! dah 27 tahun hidup dari kecik sampai ke besor ni memang pagi raya carik nasik! kalo da kawen kang kg laki takde nasi cane ek??hehe

cuma tahun ni mak aku tukar skit. normally pagi raya memang masak nasi beriani gam takpun nasi beringin. tapi tahun ni last minit punya plan ngan aku so kitorg try masak nasi arab!

okeh nasib jadi and sedap! masak berdua je aku ngan mak aku. tapi macam2 nak masak. terpaksa ye. bapak aku order macam la kat uma tu ade bibik 4-5 orang tolong. isnin pagi2 aku ngan mak aku dah bersilat kat dapo. sampaila ke petang. ngan nak masak untuk pagi rayanye ngan nak masak untuk buka lagi.

tu pun bole plak dalam kul 5 bapak aku tanye...rendang tak buat ke??

selamba aku jawab..tahun depan bole dak? kakitangan tak cukup!hehe

yela..masak berdua. yang kitorg masak adalah nasi arab, ayam masak merah, daging dendeng, ketupat, pulut daun pisang, ketupat daun palas, dalca, acar nenas and kuah kacang! ha banyak ke idak??

lepas buka terus gerak balik jb uma atuk aku. kirenye aku ngan mak aku masak yang half cookla. sampai jb dalam kul 1 pagi tu terus sambung lagi masak sampi kul 3 pagi. tido jap kul 7 bangun balik sambung masak!! giler gigih masak ber2 ye.

kalo tahun depan aku kawen mak aku bersilat sorang2 ler kat uma. bapak aku plak jenis main order je nak makan ape. kadang sian gak aku tengok mak aku. kalo die tolong takpe jugak. ni tidak. tolong tambah order lagi ade!

ketupat daun palas tu mak aku kata betina. nak buat yang jantan tak reti. tu 1st time tu aku ngan mak aku buat wooo! nasib jadik!hahahah

setiap negeri ade hidangan raya masing2. macam kak ipar aku tahun ni beraya uma atuknye kat perak so menu adalah lemang, ketupat and rendang. same jgk cam abg ipar aku punye kg kt juasseh n9 menu yang sama jugak.

korang raya tiap tahun menu ape??


tak sempat


posted by ceklala

2 comments

naik2 raya je keje menimbun.

tapi pada aku takpela. janji aritu dapat cuti raya seminggu! hehe. kalo die tak kasi aku cuti raya aritu memang aku amukkan ler. wat keje ikut dan je kan. dah ler bonus pun tak dak. janji2 manis sungguh bos aku nih. hmm takpela..takde rezeki kan kan :)

aku nak upload cite pasal raya. tapi tula. cam asyik tak sempat jek. nak upload pic je dah makan masa kan. baru nak upload ade keje lak. korang bole tunggu kan?? hehe

ni pun dok update cite pendek2

tengokla petang kang ke aku update la ek cite sal raya. bos aku dah panggil lak ni.


babai!

adoii...sakitnye..


posted by ceklala

No comments

makan dah?

aku ngah makan nasik laut spital. asam pedas ikan cencaru.

tak. bukan aku yang sakit. tapi atuk aku. aku sakit jugak. sakit hati! hahahaha. asalnye atuk aku kene kayap. berubat sane sini tak bebaik jugak. 

pagi semalam kene warded sebab die kate makin sakit. selain kayap siap kene infection kat hati and jugak tetibe gastrik! ni baru balik dari spital ler nih. 

dalam masa sejam lunch hour aku gi pandan indah dari cheras amik mak aku kat uma pcik aku then terus anta gi spital jaga atuk aku. then terus rush balik opis balik. 

memang nampak cheras dan pandan indah tu dekat tapi cuba ko kire bile jem! ye..aku dok menyumpah je dalam kete tadi. aku tak suke bile lambat. masuk opis kul 2 so aku tak suke lambat walaupun 5 minit! tak berkat tau duit gaji ko tuh.


ni pic mase kali ke2 kene cucuk. 


yang 1st tu tercabut. yang dak nurse ni buat rupenye tak masuk betul kt salur darah. abis bengkak tangan atuk aku. then kene cucuk kali ke 3 pulak. sakit weiiiiii! yang mase dak nurse ni cucuk menggigil2 atuk aku tahan sakit. sian.

aku hanya mampu tengok je nurse ni cucuk tangan atuk aku pastu tanye macam2. konon2 nanti leh buat sendiri hehehe. orang lain sume pakat lari jauh2 takut tengok darah!

petang ni pas keje ke spital lagi. ni je atuk aku yang tinggal. selagi ade hayat ni jenguk2 la selagi terdaya :)

Balik Raya


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum...
hye uolsss!!

hope sume sihat la yek. jangan ler cam aku ni ha dok datang plak sakit. ni sume gara2 makan lemang yang amat sedap itula. dengan lemaknye dengan lembutnye..aduhaiii..sape la yang tahan kalo tak makan kan kan?? hehe

cane raya korang?? mesti best kan! aku cam biase jugakla. bile usia da makin meningkat ni die punye feel takdela dah macam time kecik2 dulu. 

sebab dulu time kecik sibuk nak duit raya jek. gi jenjalan satu kampung kutip duit raya! memang best hehe..skang giliran aku ler plak kasi duit raya kat bebudak.

time2 cuti raya ni sempat ler jugak aku jengah blog kengkawan. cuma blog aku jela tak berupdate. tak sempat!! bz la ngan nak masaknye la melayan orang datang lagi. yela aku je tinggal yang singgle lain sume da kawen kan..so faham2 ler

ade yang dok makan serbuk biskut ke? eh rumah aku ade lagi kuih raya. kalo nak datang gtau la yek. bole aku masakkan lontong ke soto ke. kuah kacang ngan nasi impit dah siap masak awal2 dah semalam. yela get ready kalo tetibe ade orang terjah rumah kan hehe 

sampai kl semalam agak lengang jalan. aku stuck kat bentong. dengan bawak manualnye. pasrah okeh. kete dah cun. takde calar balar dah. berkilat! hehe

petang ni lepas keje nak terus ke hospital ampang putri. atuk aku kene warded baru je jap ni. mudah-mudahan die cepat sembuh. amin.