Kawan-Kawan

Tips Bercuti Berkumpulan


posted by ceklala

2 comments

halluuuuuw! salam jumaat sume orang :)

oh ramai jugak yang berminat pegi bercuti-cuti ni yek. eh kalo tak minat tu tak tau nak cakap spesies ape dah hihi. sape tak suke jalan? sile turunkan tangan anda yek. sape suke jalan-jalan?? angkat tangan dan kakiiiii! kikiki *sewel*

sini aku nak share dengan korang mengenai beberapa perkara dan jugak tips jika korang ingin melancong secara berkumpulan. ade pro dan kontra jugakla. aku jenis tak kisah. sendiri-sendiri boleh berkumpulan pun boleh. yang penting kene easy-going orang kata.


kalo berkumpulan kita tak boleh pikir kehendak sendiri je. kene jugak pikir orang lain. contohnya mengenai nak duduk hotel dekat mana, aktiviti ape nak buat bila sampai dan sebagainya semua di ambil kira. kalo tak berkerjasama confirm nanti ade yang tarik muka. so tak bestla kan kalo bercuti macam tu.

tapi agak seronok juga jika bercuti berkumpulan ni. takdela boring sangat. nak-nak kalo yang sekepala perangai gila-gila kan. confirm meriah! tak lupa juga nak bagitau yang bila kite travel by group harga kalo amik package agak murah.

berlainan pula dengan bercuti bersendirian. kita bebas buat apa yang kita nak. terpulang pada masing-masing. kalo anda jenis yang suka ikut kepala sendiri dan tak suka ada gangguan yes ini pilihan anda. mungkin certain percutian korang perlukan kawan-kawan dan mungkin kadang kala perlukan masa bersendirian.

tapi aku lebih prefer bercuti bersama kumpulan. at least 2-3 orang. bahaya jika pergi bersendirian nak-nak perempuan. macam2 hal yang kita tak tau bole terjadi. elakkan selagi bole. jaga diri.

selamat bercuti!!



Perancangan Percutian Tahun 2013


posted by ceklala

5 comments

ramai yang suke cuti-cuti ek. bile aku post entry bab trip / cuti laju je ngomen yek korang!hahaha. camtu pasni aku kene rajin berjalan la, khas untuk kasi review kat korang. tapi tula ikutkan sebenarnye aku ade lagi 3 trip yang aku belum update. 2 over the sea dan satu dalam malaysia. tapi malassssssss!

ntahla bile penyakit M tu dapat dibendung ntah hihi.

so far untuk trip oversea tahun ni dah tamat dengan pemergian aku ke krabi thailand aritu. ade jugak perancangan nak pegi memana untuk hujung tahun tapi ntahla. tak decide pun, lagipun kalo nak pegi tak kan sorang ye dak?

aku selalu nak berjalan takde masalah. masalah besar aku adelah aku sorang. anak dara berjalan sorang..haish mau bapak aku bebel sepanjang tahun! at least ade sorang teman tu die ok la skit walaupun baru2 ni die dah bunyik skit bile aku sebut nak berjalan lagi!hahaha

nak wat cemana ye dak. selagi belum kawen apa salahnya aku buat ape yang aku suke. ape yang bole happy kan aku. tak kan nak duduk bermuram durja sepanjang masa pulak kan. so ini je cara aku nak melupakan segala kesedihan. cewahhhhhh!

so tahun depan kemana nak pegi yek? hmmm. 

adela beberapa tempat dalam list aku nk pegi macam jogjakarta, vietnam dan jugak bali tapi tu la..insyaallah kalo ade geng sampaila aku. ade sesapa nak ikut? ohh jangan risau ye kalo ko bertrip ngan aku confirm aku cari yang paling murah tapi best!! itu wajib okeh!hahahha

jogjakarta..

 bali..

vietnam..


mane satu nak pegi nih?? pegi sume bole tak? hihihi