Kawan-Kawan

Archive for August 2013

Seminggu lagi...


posted by ceklala

2 comments

salam jumaat!

alahai berhabuk bersawang sangat dah ni lahaiii..bz bebenor akunye pun haaaa..

yela memang sedia maklum aku kalo nak cuti je confirm2 la time tu keje bertimbun masuk..kalo idak tu takde plak kejenye..dok melanguk je hari-hari kat opis makan tido main tenet tiap masa hihi

aku idup lagi. alhamdulillah masih dipanjangkan usia. cuma tu la bz sangat ha. rumah pun tak abis berkemas lagi nih. minggu depan da cuti uwaaaaaaa. ada sape2 nak tolong?

persiapan so far alhamdulillah ok. biasela makin dekat hari makin dasat dugaan yang datang. banyakkan bersabar je. nak kire nangis tu rase aku dah berbaldi-baldi dah! hahahaha

insyaallah lepas kawen nanti aku update la segala persiapan yang aku buat yek..tapi tu pun memang insyaallah la kalo tak bz hihi. takmo aku janji kosong orang kate tak baik. insyaallah yek

semalam setel fitting baju sanding. aku anta tailor jahit baju nikah and sanding tapi kat dua tailor berlainan. so far dedua ok. baju nikah je tak siap lagi nih. insyaallah sume siap :)

ape pun aku mohon doa pada semua agar doakan majlis aku berjalan lancar, dan rumahtangga yang bakal di bina diberkati dan dirahmati serta kekal bahagia ke akhir hayat...doakan aku yek ^_^

seminggu je lagi! hihi

Cita nan menggunung


posted by ceklala

No comments

ya...cita-cita dan impian aku memang tinggi. tinggi melangit orang kata.

eh ini tidak ade kene mengena dengan persiapan menjadi bakal seorang isteri ye..tidak sama sekali. tapi ada kene mengena dengan ini blog.

cita-cita dan impian aku menggunung tinggi nak update blog setiap hari. kalo boleh setiap jam! hahahaha over tau! tapi apakan daya. aku manusia hanya mampu merancang. 

asal bukak blog je nak update aku blur.

bukan takde cerita. banyakkkkkk. tapi tak tau nak start mane dulu. penyudahnya? bersawang. sekian.

Ehh dah nak raya??


posted by ceklala

1 comment




Dengan rendah hati, aku memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, tersilap kata tersalah bahasa..aku manusia biasa tak lepas lari dari buat kesilapan...mohon jugak dihalalkan jika ada termakan dan terminum yang aku tak sedari

kejap je rasa puasa tahun ni, pejam celik ehh lusa dah nak rayaaaaaa!

petang ni dah nak balik kampung...balik kuantan dulu then sampai kuantan terus balik jb pulak. tahun ni raya uma atuk aku kt kempas dulu pagi raya. dekat 5 tahun dah lepas sembahyang raya baru balik. tahun ni nak ada sane malam raya, seronok!

paling best balik jb ni sebab jenis bebudak main mercun dok berbalas2. ko bunyik kuat camni sat lagi ko dengar la kampung sebelah atttck balik dengan bunyik lagi kuat! itu memang memori paling best la pada aku. duduk kat tepi tembok depan umah atuk aku sambil dengar orang bertakbir...

allahhuakbar..perasaan yang tak tergambar..

pada yang memandu pandulah dengan berhati-hati. jangan nak laju2 sangat, tak kemana pun kampung tu. ingat jugak orang lain yang sama-sama gunakan jalanraya. ingatan untuk aku jugak ni :)

jumpa lagi. selamat hari raya semuaaaaaa!





Bertukar Status....


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum...

iye....sudah hampir sebulan lebih bertukar status menjadi tunangan orang pun hihi...alhamdulillah dipermudahkan segalanya..

benar kata orang, jodoh itu di tangan allah...bila, dimana, dengan siapa kita tak kan pernah tahu. mungkin yang tahun lepas berlanggar bahu dekat shopping mall dengan kita tu lah jodoh kita, cuma masa belum sesuai allah tak temukan lagi...insyaallah nanti sampai masa dia muncul la balik. betul tak tipu! hahahaha

aku bercakap dari pengalaman.

aku berjalan ke sana ke sini, sampai ke luar negara mencari diri mencari jodoh sekali jugak kot2 la terjumpa kan hahahaha tapi nan adooooo hihi. allah cakap jodoh aku tak payah pegi jauh2 pun, depan mata je dia ada. cuma selama ni die tak munculkan diri. belum masanya....

skang dah muncul...insyaallah sebulan saja lagi hari yang dinanti akan tiba. persiapan nak kata rancak tu biasa2 je pun, mungkin selama ni memang dah keje buat event kawen n dah biasa dengan kerja2 kawen so dah pandai manage. tapi biasala, mana yang patut di dulukan harus di dulukan ye

skang ni lebih pikir untuk hari itu dan hari selepas...alhamdulillah dapat tunang yang sangat baik dan memahami :) 

terima kasih allah....