Kawan-Kawan

Archive for July 2013

#BajuRayaProject - Program amal untuk mereka yang memerlukan


posted by ceklala

1 comment





mungkin ada antara korang yang pernah nampak poster ni kat fb atau twitter kan? ini adalah antara projek terbaru group aku iaitu @Twtupkaseh :)

kami mengumpul baju-baju raya seperti baju kurung, melayu, jubah dan tudung untuk diagihkan kepada mereka2 yang memerlukan. baju yang diberikan kebanyakkannya baju terpakai yang masih elok yang telah kami pilih terlebih dahulu

idea spontan yang datang dari founder kitorg iaitu Aida rupenye memberi impak yang sangat besar buat semua termasuk kami jugak. asalnya kami hanya buat kecil-kecilan, tapi kuasa allah ramai yang datang membantu dan jugak selepas satu-satu media datang membuat liputan..alhamdulillah :)

baru saja berakhir kelmarin kutipan selama sebulan lebih. mula-mula kami hanya war2kan pada kawan terdekat, tak sangka ramai yang nak join jugak. pengumpulan bermula mengikut tempat kami tinggal seperti di cheras, ampang, petaling jaya dan damansara. tapi sebab terlalu banyak respond akhirnya kami bukak untuk ramai orang bertempat di masjid shah alam.

antara yang menderma di masjid shah alam

di shah alam kami dapat respond yang sangat2 baik...alhamdulillah. pengumpulan dari jam 10 pagi hingga 1 petang. jam 2 petang kami sudah pun bergerak ke rumah2 kebajikan yang terpilih. untuk hari itu shaja kami ke 5 buah rumah untuk mengagihkan baju2 yang diberi. alhamdulillah dipermudahkan..

timbunan baju yang diderma di masjid upm

 sekitar pengumpulan di masjid upm


alhamdulillah kelmarin kami berada di 2 tempat iaitu 1 mont kiara mall dan jugak pengumpulan secara besar-besaran di masjid upm. selesai menghantar semua baju2 yang diderma ke 6 lagi buah rumah. antara rumah yang mendapat sumbangan dari kami adalah ibu tunggal, anak yatim, madrasah & maahad tahfiz, rumah orang tua dan warga emas dan juga rumah oku dan istimewa

walaupun sudah selesai tapi masih ada yang bertanyakan kepada kami mengenai baju2 yang ingin di hantar. dah nak raya kitorg pun dah nak get ready untuk persiapan raya pulak hihi insyaallah di masa lain akan buat lagi.

paling terharu adalah media2 yang datang membuat liputan seperti RTM dan juga Era.fm. kami telah pun keluar di MHI, Bella NTV7, Astro Awani dan jugak NSTP. semuanya berkaitan bajurayaproject..alhamdulillah :)

selepas ni kepada yang masih lagi nak menghantar baju boleh dengarkan radio era.fm kerana skuad era akan berada di seluruh malaysia untuk terus mengutip dan menghantar terus baju2 yang diberikan kepada yang memerlukan. insyaallah mudah-mudahan usaha murni kami ini diberkati allah....amin.


 antara rumah yang menerima kunjungan dan sumbangan dari kami


Penghuni Rumah Bakti Hulu Kelang, KM11, Jalan Hulu Kelang 
yang baru sahaja kehilangan tempat tidur akibat litar pintas



Juadah Pilihan Berbuka Puasa


posted by ceklala

1 comment

bebulan puasa ni biasala...nak update blog memang agakla susahhhhhhh sangat. bukan ape, dengan panas dan penat dan laparnye hihi so agak tak berapa nak produktifla citenye hahaha tapi patutnye bebulan puasa ni kene lebih produktif ye dak

tapi tu la, aku bebulan puasa tahun ni macam lemau jek..apesal ntah

korang puasa2 ni masak ke beli yang banyak? aku tetengah kire sama banyak la. aku gi bazar pun baru 2 kali tu pun just gi beli tepung pelita pastu balik terus. takde nyinggah2 cuci mata beli lauk ke ape memang takde. so meh nak share antara menu buka puasa aku tahun ni :)

mapley bandar sri damansara - tomyam, daging merah, telur dadar

 masak - ketam telur masin, siakap stim limau, kailan ikan masin, ayam tandori

masak - tomyam ayam, cendawan goreng, bubur cha cha

sambal ijau kg pencahala - ayam goreng, sambal ijau, siput lemak cili api, keli bakar, ulam, sayur campur, sambal tempoyak, sambal belacan

 food foundry - salmon n shrimp spagetti

 ketam village steamboat

kokopelli - fried kuey tiow


haaaa amacam? terliur? aku pun perut terus bernyanyi riang lepas tengok sume gegmabo nih! hahahaha. paling best spageti food foundry tu...fuhhh mengancam jiwa dan raga aku betul laaaaaa

semalam masak, arini pun masak. mood masak dah sampai balik. so kenela rerajin skit ye dak hihi. menu arini ayam masak halia, sayur campur dan kerang rebus! fuhhhh harap bertambah la makan nasi arini hihihi


Pengalaman Ponteng Puasa


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum dan salam jumaat sume!

dah hari ketiga umat islam seluruh dunia berpuasa. alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati ramadan tahun ini lagi. korang-korang jangan ponteng pulak yek. 

dah besar tua bangka kan tak kan ponteng jugak? ke memang ade yang dah start ponteng? puasa yang yok pagi-pagi bukak periuk hihihi

pagi tadi mase otw pegi opis tetibe teringat pulak zaman memula puasa dulu. ada jugak kes time dah besar panjang tapi tu bukan kes ponteng tapi siyes terlupa!

dulu mase kekecik time sekola rendah balik sekolah memang flat punye! yela pegi balik sekolah jalan kaki je pun. nak kata dekat sangat tu tak jauh sangat pun idak. kire basah jugak la ketiak tu. nak pulak time tengahari rembang tu kannn

sampai uma biasala balik tu mesti mandi. selalunye mesti..mesti ok sesambil tadah air paip minum skit! hahahah siyes haussssssssss sangat! normally lapar tu tidak cuma haus jela. dan jugak every time amik wudhuk mesti lepas kumur tu bebuat tertelan skit air paip tu hihihihi

tapi tu zaman bebudak la. baru-baru start belaja nak puasa katakan

ade lagi satu kes yang aku ingat mase tu study kt perak. otw nak pegi kelas..pagi. aku dengan selambanya pegi makan gula-gula! dari bilik ke asrama lebih kurang dalam 1km jugakla jalan kaki ke fakulti. sampai je fakulti gula-gula tu abis pastu aku duduk termenung jap tunggu member sampai. rasa macam ade mende yang missing..tak best. pikir punye pikir rupanya baru teringat aku tengah posa!

nasibla takde yang nampak. kalo idak maluuuuuuu hihihi

banyak jugak aku dengar pengalaman orang lain berpuasa. bukan sengaja la pun, memang tak sengaja atau terlupa pun. jangan pulak jadikan alasan kekonon terlupa k padahal memang tau. dah minum air oren segelas baru sedar puasa. selalu terbabas kalo time nak rasa masakan la masin ke idak kann

selamat berpuasa semua! :)


Ramadan Al-Mubarak 1434 Hijrah


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum...

selamat berpuasa buat semua..aku mohon maaf segala salah dan silap..semoga ramadan kali ini 
lebih diberkati allah insyaallah.. :)






jangan buat-buat lupa baca niat pulak k, malam ni dah start boleh baca hihi