Kawan-Kawan

Archive for May 2013

#Twtupkaseh bersama MILO di Badan Amal Nur Zaharah


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum....

amboiiiii kemaen lama tak update! harap-harap tak terus tinggal bersawang untuk sebulan hihihi. korang sume sihat? kemana peginye korang cuti wesak aritu? aku alhamdulillah ade 2 kejadian yang sudah berlaku dengan jayanya. 

jumaat, bertempat di Badan Amal Nur Zaharah Janda Baik pahang, aku dan jugak team #twtupkaseh sekali lagi datang beramai2 dan bersama-sama menggembirakan penghuni rumah. alhamdulilah telah selamat berlansung dengan jayanya.

walaupun sangat penat sebab terpaksa berlari kesana sini nak settle sume benda tapi aku puas hati sangat :)

event kali ni di sponsored penuh oleh Milo bersempena dengan #milobreakfastmovement. sangat seronok! volunteers yang datang seramai 25 orang bersama dengan adik-adik penghuni seramai 40 orang.

kesemua volunteers yang datang


antara aktiviti sepanjang hari adalah senamrobik, membuat sandwich paling kreatif, mini library, berkebun dan jugak membersihkan kawasan sekitar rumah. volunteers yang join kali ni pun sumenye sporting dan happening! thanks koranggggggg

ape pun nak ucap terima kasih banyak2 pada semua volunteers yang terlibat. paling seronok bila tengok adik-adik pun seronok. siap tanye bile lagi nak datang hahahha. alhamdulillah niat nak menggembirakan dorang tercapai.

bila nampak senyuman terukir, tiada kata-kata yang mampu diucapkan :)

 memasang rak untuk mini library


adik-adik seronok dapat makan aiskrim!




insyaallah kalo ade rezeki kami akan datang lagi. pada yang sudi membantu boleh sentiasa menghulur bantuan. mereka memerlukan bantuan makanan dan jugak pakaian. agak jauh dari kl tapi boleh jugak minta bantuan aku untuk menghantar kalo korang rase tak mampu nak pegi sane menghantar. 

sedikit sebanyak sumbangan yang dihulur insyaallah diberkati allah...



Rabu dengan 3 keping gambar


posted by ceklala

1 comment


nature


cold


peace




Petua Muka 'Glowing'


posted by ceklala

5 comments

hai korang =)

ade perkara baik bakal menanti, insyaallah kalo takde apa-apa halangan. ape perkara baik tu akan aku war-warkan kalo dah confirm yek. so silela bersabar dengan lebih lama lagi! hihihi dan mintak korang doakan yang baik-baiak aje untuk aku k

tengah takde cite menarik ni so ape kate aku kongsi satu lagi petua dengan korang nak? taknak?? taknak sudah. kecik hati iols tau  :(

aku dapat petua ni dari sorang kakak, yang telah mempraktikkan sendiri petua itu. dan aku ni korang tau jela memang suke sangat petua dari dapur iaitu petua yang barang2nye ko bole dapat dari dapur ko jek hihi

kali ni nak sharing petua 'glowing' kan muka. haaaa aku memang suke bab ni. yela sebab nak beli prduk memahal tak mampu kan. so bile dapat petua ni terus zassss masuk dapo dan buat! aku dah cuba 3 kali dan hasilnye memuaskan hati aku.

caranya mudah saja. hanya perlu 3 bahan. iaitu mayonnaise, madu dan lemon :)






caranya ambil 1 sudu mayonnaise dan 1 sudu madu korang campurkan sekali. perahkan sedikit lemon dan kacau lagi. aku selalu masukkan dalam peti sejuk kejap bagi sejuk kemudian baru sapu kat muka. so nanti jadi sejuk sedap jeeee! 15 minit cukup dah sampai kering kat muka. jangan biar sampai kering sangat ye. kire macam pakai mask la. lepas dah kering bole cuci guna pencuci muka biasa ataupun dengan air suam.

bole buat 2 kali seminggu.

selalunye yang aku buat asing-asing, kadang pakai mayo je kadang pakai honey je. means aku tau dua bahan utama iaitu madu dan mayo untuk lembabkan kulit je. tapi aku tak tau pun sebenarnye bole buatkan muka jadi glowing2 gittew hiks. lemon adalah bahan pencerah paling baik.

so untuk yang inginkan kulit lembut, lembab, glow dan jugak cerah silelah cuba petua saya ni yek! 

jangan malas-malas tau, selamat mencuba  :)


Bile nak abis cerita...PRU13


posted by ceklala

4 comments

salam jumaat...

haish abis bersawang kejap blog, almaklumlah kebizian. lagipun aku tunggu redha skit pasal PRU13. kat twitter ke kt fb ke tak abis2 lagi, rasa nak mute je sume! hahahah

adatla bile bertanding ade yang menang dan kalahkan. tak perlu nak pertikai. kalah kali ni bole cuba akan datang. kalo dah rezeki tu tak kemana. tingkatkan usaha. bukan time dah dekat nak PRU je baru nak tunjuk muka, kalo tidak asyik berselindung balik gua je. ehh? macam peribahasa pulak hihihi

aku bukan penyokong mana-mana parti. aku menyokong pada yang betul2 nak bangunkan negara, pada yang betul2 ikhlas menjalankan tanggungjawab. dua2 ada salah dan silap.

aku pun tak tau bile nak abis cite pasal ni. walhal sudah hampir seminggu pun. aku mampu tengok dan scroll je timeline. lepas satu-satu cerita tak enak di keluarkan. kenapa tidak bertanding dengan cara yang bersih? kenapa perlu ada rasa iri dan tidak puas hati?

tepuk dada tanya hati :)


Cuti PRU13 - Selangor & Penang


posted by ceklala

3 comments

Morning...assalamualaikum

ye aku KL, dan aku kat opis sebab arini tak cuti :(

ramai rupenye yang singgah sini nak tau pasal cuti arini, malangnye yang bercuti untuk hari ini hanyalah Selangor dan Penang sahaja. bersabar jela yek hihi aku dahla pagi tadi kul 2 pagi baru sampai umah! sampai2 terus terjah tv nak tengok kot2 la ade pengumuman cuti..sekali..hampehhh

takpela. marilah kite bekerja. asyik nak cuti je pun tak bole jugak ye dak hihi

aku taknak komen ape2 pun pasal politik sebab blog ni bukan blog politik dan aku tak suke bile masuk je bab politik ade saje nak di gaduhkan. terima keputusan dengan hati terbuka. semoga Malaysia terus aman dan makmur dan terus pesat membangun

jangan terlalu fanatik sangat. bergaduh bertumbuk disebabkan orang lain tak guna satu sen pun. baik pikir atau cari jalan nak perbaiki diri lagi banyak faedah. tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah bole cuba lagi dekati rakyat dengan lebih kerap.

jangan pandai omong kasi tapi habuk pun takde. jangan tabur janji manis tapi tak pernah ditunaikan. anda sume pemegang amanah, jalankan tanggunjawab sebaiknya :)

kepada yang bercuti, selamat bercutiiiii!


bukti aku menunaikan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia ^_^