Kawan-Kawan

Archive for December 2012

Pahit Manis Tahun 2012


posted by ceklala

2 comments

Assalamualaikum :)

Sampai sudah kita penghujung tahun 2012. alhamdulillah banyak sangat pengalaman dah aku kutip sepanjang tahun 2012 ni. ada pahit dan manis. semua tu sangat2 mengajar aku.

Kita tinggalkan yang pahit. kita tumpu pada yang manis aje yek. sebab pada aku yang pahit tu biarlah kita lupakan dan jadikan ianya pengakaran untuk kita menempuh tahun baru dan hari-hari yang mendatang.

Blog ni dari dulu tetap macam ni jugak. followers takdela riban-riban. ratus pun idakkkk!hahaha tapi aku tetap sayang semua yang sudi folo blog picisan aku ni dan baca repekan aku setiap kali aku update. memang kadang aku update mende tak masuk akal. tapi aku rasa takdela semua. ade jugak faktor-faktor ilmiah ye dak? ke takde langsung ni??hahaha

Pada aku da best memori paling aku tak boleh lupa sepanjang tahun ni adalah pencapaian travel aku. ohh mende yang paling aku suke buatttt! dari dulu lagi kot aku mengidam nak sangat pergi jalan2 macam orang lain. mengidam koooo!hahaha

Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. walaupun aku takdela pegi sampai Europe sana (mimpi jela dapat pegi, mahal giler hoiii) tapi at least dapat jugak aku menjejakkan kaki ke beberapa negara. alhamdulillah sangat. syukur ya allah.

Kalo nak ikutkan bermula 2 tahun lepas, tapi time tu semangat takde lagi hihi. 1st trip aku adelah Umrah 2011 bersama mak dan ayah aku. bertiga je pegi. aku buat gila lagi 2 minggu nak pergi baru aku bitau nak join. tapi alhamdulillah memang rezeki aku, semua urusan setel dalam sehari. alhamdulillah sangat aku dijemput menjadi tetamu-Nya.

1. Dan...semenjak itulah kegilaan aku bermula. aku start dengan bulan 5 cuti hari pekerja aritu ke Seoul, Korea. ini aku pergi sorang. hati kental giler time ni hahaha. tapi sampai sane ade kawan aku ade tunggu. dia study kat sane. dan dah balik Malaysia pun raya baru ni. sayang sangat2 ko Ain!! tq so much bawak aku jenjalan! rindu giler nak pegi lagi! so far pada aku Seoul ni la tempat paling aku puas berjalan. walaupun sebenarnye tak semua tempat dapat cover tapi aku puas hati giler. yang penting impian aku dari kecik nak tengok bunga sakura dah tercapai!!



2. Aku teruskan beberapa bulan selepas tu dengan sekali lagi menjejak kan kaki ke Mekah dan juga Madinah bulan puasa baru ni. lagi sekali aku pergi last minit dengan mak ayah aku. biasela susah nak dapat cuti kalo pegi lelama ni kan. dan Alhamdulillah lagi sekali semuanya berjalan lancar dan selamat :)



3. Aku teruskan misi ke Krabi, Thailand. plan asalnya adalah bertiga sahaja. akhirnya berenam! best! sebab semua kepala gila-gila. walaupun memula cam ada drama skit tapi di akhiri dengan senyuman! bile lagi kekorang kite nak pi berjalan nih?? kaki aku dah gatal nih hahahaha



4. Penutup bagi tahun ni iaitu minggu lepas aku ke Phnom Penh, Cambodia. ini lagi sekali aku buat kerja gila jugak. lagi seminggu nak pergi baru beli tiket flight dan setel pa pe yang patut. plan asal memula pergi berdua dengan mak aku tapi di akhiri dengan akak and abang ipar aku bersama anak2nya hihi




Aku puas. bersyukur sangat sebenarnye. dengan gaji yang bape sen sangat aku kumpul dalam tabung ayam akhirnya dapat jugak aku merayap ke sana sini. aku pun tak tau aku boleh berhenti ke tidak dengan hobi baru ni. kepada bakal suami saya, tolongla fahami kehendak sanubari saya ni yek. hahahaha

Tahun baru...Lembaran baru.

Insyaallah mudah-mudahan Lembaran Baru memberi seribu makna dan erti yang lebih baik. mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan termasuk jodoh ku juga insyaallah.

Selamat Tinggal 2012.
Selamat Datang 2013!


Jawapan = Cambodia


posted by ceklala

4 comments

salam jumaat

jumaat yang terakhir untuk tahun 2012. insyaallah mudah-mudahan kita bertemu lagi pada jumaat tahun hadapan insyaallah :)

malang sungguh takde yang berjaya meneka ke mana aku menghilang cuti baru ni. korang ni cer creative skit bagi jawapan. siap ade yang jawab pi melaka tuuuu! takkan pi melaka naik flight sejam 40 minit kot boni?kikikiki




ini adalah sneak peak gambar yang sempat aku upload di instagram aku. oh silela folo yek kalo rajin 'shukrinfaradiba' hihi

aku kemana? ye negara jiran saja. iaitu Cambodia aka Kemboja. atau lebih tepat lagi aku ke Phnom Penh! :)

aku tak bape sihat ni, demam. musim kan. insyaallah next week aku sambung kisah pemergian aku ke Phnom Penh yek korang2. sabar tau. hiks daaaa



Siapa pemenang?


posted by ceklala

4 comments

hai korangggggg!

takde lagi yang jawab dengan betul. everytime aku buat give away takde lagi yang jawab dengan betul. ke hadiah tak menarik??hmmm..

cer bagitau korang nak hadiah ape kalo dapat jawab dengan betul. tapi janganla pulak mintak kereta ke rumah sejibik kat aku. nangis ler meks hahaha

tak jauh pun trip aku kali ni. flight sejam 40 minit dah sampai. haaaaa cepat teka!

tapi trip kali ni memang paling best. sebab ade mak aku. and dis time mak aku sempoi main redah jugak cam aku! 3 hari kat sane naik tuk tuk dari pagi sampai ke malam rilex jek. aku book bilik hotel yang cikai semalam rm60 pun die rilex. memang best!!

sesapa saje boleh jawab. even anonymous skalipun. tapi make sure tinggalkan email la so aku bole contact kalo jawapan betul. tak perlu folo pun takpe. aku tak kejam pun hihihi

main teka teki


posted by ceklala

5 comments


cuba teka aku ke mana cuti baru ni?

kalo dapat jawab aku kasi fridge magnet!! :)

Short Trip


posted by ceklala

4 comments

assalamualaikum...salam jumaat!

arini kalo ikutkan macam2 la spekulasi. wahhhh macam retis gituuu!hahaha yela ikut kan yang dok heboh 'calendar mayan' cakap arini kiamat kan. 21.12.2012. tapi siapa lah kita sebagai manusia punya hak untuk meramal?

segala yang jadi adalah kehendak Allah swt..

kadang annoying jugak la bile orang dok memain pertikaikan. yang pertikai tu dah cukup sangat ke pahala bagai? mempermainkan. itu kepercayaan agama dorang. kita patutnya lebih percaya pada qada dan qadar kita. jangan kutuk orang lain. tak baik.

dahla. aku bukan nak cakap pasal ni pun.

just nak bagitau aku akan ke short trip terakhir untuk tahun ini! yeayyyyy jenjalan lagi! hihihi ye aku janji ni last. sebab minggu depan dah last minggu kan before masuk tahun baru hahaha. ramai yang bercuti panjang kan sampai krismas ni. manfaatkan cuti sebaiknya okeh

aku ke mana? tunggu nanti aku update yek. untuk korang yang nak pergi bercuti jugak tu..jaga diri bebaik. jaga kesihatan makan dan minum. musim hujan tak menentu ni banyak wabak penyakit boleh kene kalo kita tak jaga.


 taking care sume. babaiiiiii! =)


20.12.2012


posted by ceklala

1 comment

cantik kan date hari ni!

kepada yang lahir pada tarikh cantik ini di ucapkan selamat hari lahir! moga diberkati allah swt hendaknya..kepada yang berkahwin hari ini pulak, moga kekal bahagia ke akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan :)

kalo di ikutkan tahun ni paling banyak no cantik. tapi hari ni adalah hari terakhir date cantik untuk abad ini. sebab takde tarikh 13.13.2013 sebabnye kite takde bulan yang ke 13, hanya ade 12 bulan sahaja hihihi

mungkin ade ramai yang manfaatkan tarikh cantik hari ini sebagai kenangan terindah.

tak salah pun sebenarnye. apa salahnya kan. untuk aku yang memang tak berapa gemar akan no ni confirm aku pun akan pilih date cantik sebagai kenangan! senang nak ingat kata orang!hahahaha

jaga diri semua :)

Rabu dengan Gambar


posted by ceklala

1 comment



buatlah apa saja kerja sekalipun asalkan ianya halal :)



Durian + Crepe


posted by ceklala

1 comment

halluuuuuuuuu!

hai korang2. sihat? dah makan? aku dah. hihihi

lame giler tak update. bizi la korang. ujung minggu ni nak gi jenjalan. so wajib siapkan kerja dulu. baru la boleh jalan dengan senang hati! kalo tidak sambil jalan pun bole pikir. siap bole termimpi tu yang tak tahan!hahahaha


fuhhhh terliur tengok! aku cilok gambo ni dari si kecik http://chiqu3chill.blogspot.com/ ni ha. huiiiii siyes aku dah cam teringin sangat lepas tengok gambo die upload ni. korang kalo tak terliur aku rasa selera korang memang pelik ahh hahaha

rasenye ramai dah dari korang dah makan. best sangat ke? so far aku belum try rasa lagi. sebabnye aku tau dalam tu ade cream plus durian kan. aku makan durian tapi aku tak makan cream!

haaa itu sebab dekat 10 kali pikir nak makan hahaha. tapi insyaallah satu hari nanti nak try jugak makan.

kepada peminat tegar durian, silela cuba! =)

Date To Remember - 12.12.12


posted by ceklala

4 comments

ape yang menarik hari ni untuk di ingati?

pada aku biasa je. sama seperti hari2 lain jugak. kehidupan sama. cuma syukur alhamdulillah pada allah kerana diberi peluang lagi untuk bernafas di muka bumi ini :)

tepat jam 12 tengah malam tadi dekat twitter aku berderet2 sume wish 12.12.12.

sampaikan tadi pun tepat jam 12.12pm pun memasing sempat capture. yelah 12.12.12 ni adalah yang terakhir di abad ini. dah takde date cantik 13.13.13 sebabnye mane ade bulan ke 13 ye dak? hihihi

tahniah buat yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh cantik ini. moga kekal bahagia ke akhir hayat. buat yang baru nak bercouple pulak moga ke jinjang pelamin!

#BigBadWolf


posted by ceklala

1 comment

bukan serigala jadian menyalak ke ape ye. bukan bukannnn. so ape die #BigBadWolf ni?

sebenarnye ni adalah kali pertama dan jugak tahun pertama dorang buat event jualan buku terbesar. aku baru tau. sebelum2 ni tak pernah tau pun. sedihhhhh dan agak rugi jugak sebenarnye sebab aku baru tau!

ini pun aku tau sebab kawan aku bagitau. dan ramai dok tuit kat twitter.


aku pegi hari ahad baru ni. 63 jam tanpa tutup. maksudnye bukak untuk 63 jam tak tutup2. siyes tak tipu. ini aku pegi pukul 6.30 pagi yek ahad baru ni. semalam dah start 9 pagi sampai 9 malam. ko nampak tak walaupun aku cakap 6.30 pagi orang dah ramaiiiiii!

aku rasa dorang2 ni berkampung la kat situ tak balik2.

plan asal nak pegi kul 1 pagi. pastu member aku bgtau time tu nak masuk jem gilerrr! so aku pun pakat la tido dulu. subuh jela pegi. 4.30 pagi member aku dah tepon kejut suh bangun! hahahah aku cakap pi la dulu. aku pas subuh baru gerak. lagipun dengan rumah aku 10 minit dah sampai.

aku hanya tau mines je kat mane. tapi miecc ni aku tak tau. rupenye kat sebelah bangunan je pun. ade parking sume siap. dont worry. aku saran korang datang awal la. siyes tak rugi okeh. harga buku serendah 3 ringgit!

sebut je buku ape ko nak sume ade. travel, history, arts, kids, sport, recipe dan banyak lagila. siyes memang banyakkkkkk!

 
inilah belian hangus aku aritu. aku beli 7 buah buku. 3 buku masakan, 2 buku grafik untuk ofis aku dan jugak 1 novel bahasa inggeris 1 novel bahasa melayu. total duit hangus aritu hanyalah rm70!

aku sarankan korang pegila. tak rugi. untung lagi adelah.

nasib baik kul 8 lebih tu kawan aku ajak pi breakfast. rasanya kalo lama lagi kat situ boleh sawan aku. sume mende nak beli! hahaha. tapi siyes aku nak pegi lagi. aritu kejap sangat tak puas. kawan aku datang siap bawak luggage besar. dah macam nak pegi airport!hihihi


#BigBadWolf di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam bertempat di MineS Convention Centre dari jumaat lepas sehingga 22 disember ini. so jangan lepaskan peluang!! :)


Wanita Bertudung dan Rokok


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum dan selamat pagi!

how's weekend? korang buat ape jek? weekend aku best sangat! dipenuhi aktiviti berfaedah! berfaedah la sangat kannn hihi. tapi takpe. bukan nak cite pasal tu arini. tapi tajuk kat atas tu.

tertarik untuk bercerita pasal tu sebab tadi ade terbaca satu artikel pasal ni jugak. bukan nak cite pasal halal haram. tapi dari perspektif lain. aku bukan ustazah.

tapi pada aku mende ni terpulang jugak pada individu. sapa kita nak judge cakap orang itu baik orang ini jahat. kite takde hak pun. memang kite ade satu rasa untuk menegur, dengan cara baik, nak sama2 berubah ke arah kepada kebaikan. tapi still kita takde hak.

nak bercakap, nak menegur tu boleh. tapi biarlah berpada.


kenapa kene cakap perempuan yang bertudung tu kalo merokok dia jahat? abis tu cemana pulak dengan wanita yang tak bertudung tapi merokok? itu dikira cemana ye?

ini sume berkait dengan hati. rokok itu adalah perbuatan. kenapa kene cakap mende yang negatif? be positifla. mungkin sebelum die bertudung die berhijrah dulu lagi dia memang dah hisap rokok. dari sekolah mungkin terpengaruh dengan rakan2.

rokok dah jadi habit. so agak susah nak ubah. tak boleh nak expect die pakai tudung terus nak benti rokok. kalo dah tiap pagi habit ko kene gosok gigi sebelum makan tapi tetibe ko nak ubah tak bleh gosok gigi dah cemana? mesti agak janggal. sebab dah jadi sebati dalam diri. faham tak ni?

aku sendiri ade kawan perempuan yang merokok. ramai sebenarnye. yang tak bertudung merokok dan tak bertudung merokok. ade jugak aku tanye kenapa merokok? kan tak manis. jawapan masing-masing tersendiri.

sumenye bersebab. sebab yang tidak disengajakan.

tapi dorang tetap kawan. bukan dorang ajak aku pun merokok sama. kadang kite tengok dorang paling jahat tapi sebenarnye apda aku tidak. doranglah yang mempunyai hati paling baik dan bersih. sebab dorang berusaha untuk berubah walaupun lambat :)




#TwtupKaseh di Badan Amal Nur Zaharah


posted by ceklala

3 comments

Salam jumaat sume :)

Alhamdulillah sabtu lepas kami team #Twtupkaseh telah berjaya jugak menganjurkan acara penutup bagi tahun 2012 bersama dengan penghuni Badan Amal Nur Zaharah yang terletak di Janda Baik, Pahang. Seramai lebih kurang 40 pengguna Twitter dan 40 orang adik-adik penghuni menyertai acara ini. Ini adalah acara ke 9 anjuran team Twtupkaseh. yeayyyy!

Sume sukarelawan Twitter berkumpul seawal pukul 8 pagi di LRT Titiwangsa untuk menaiki bas yang disediakan. Perjalanan lebih kurang 45 minit dan tiba di Janda Baik pada pukul 10 pagi. wiiiiiiii jalan2!

Pukul 10.30 pagi kitorang dah start aktiviti. Dimulakan dengan bacaan doa kemudian pendaftaran dan jugak pembahagian kumpulan. Antara aktiviti ialah mencipta logo dan bendera, mencipta chant atau cheers, menulis surat dari dan kepada mentor dan mentee, permainan apungkan paperclip dan bermacam-macam lagi.

 
Acara berhenti sekejap untuk solat Zohor dan makan tengahari. Selepas makan tengahari, aktiviti santai pula diadakan iaitu mini talk berkenaan kehidupan dan karier, yang diharap dapat menaikkan semangat adik-adik untuk berjaya di masa depan. Time agak mengantuk sikit sebabnye kekenyangan kan. dapat bantal pun besttt!hahahaha

tau menu ape hari tu? ayam masak lemak cili api, ikan keli goreng, ulam, kobis goreng, sambal belacan dan jugak tempoyak!! haaaa gigih okeh aku pilih menu hihi


Sebelah petang pula diadakan sukaneka. Memang sangat meriah bila acara sukaneka seperti ambil gula-gula dalam tepung, bawa gula-gula menggunakan chopstik, baling belon berisi air dan isi air dalam botol menggunakan tangan. Meriah dan gamat! terjerit2 memasing! paling seronok sebenarnye bila lihat wajah kegembiraan adik-adik penghuni. Semua dah macam adik beradik :)



 
Sukaneka diakhiri dengan ‘perang’ air dan tepung sesama sukarelawan dan adik-adik!hihihi

6.30 petang kitorang sume bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Malam tu bola kan. Ade jugakla yang termiss nak ke stadium sebabnye sampai lambat hihi.Memang moment yang tak dapat dilupakan. Setiap bulan sebenarnye aku memang ke sini. Lari dari dunia realiti kejap. Kadang sorang2 pun sampai. bukan jauh sangat pun..30 minit dah sampai :)

ni group aku..Black Dragon..kumpulan 2 :)

sukarelawan yang datang memeriahkan hari tu :)


Mereka memang menunggu orang luar datang untuk bersama mereka. Apa salahnya sekali sekala kita memberi sinar baru dalam hidup orang lain. Insyaallah mudah-mudahan hidup kita diberkati. If korang nak menyumbangkan ape2 bantuan sangat lah di alu2kan. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit atau barangan keperluan boleh di hantar terus ke sana :)

Take care sume..

 

bercalar


posted by ceklala

2 comments

morning :)

tak tau apesal mood tengah tak bape best nak update belog. keje banyak malas pun ade jugak hihi so kalo dah bercampur baur tu faham2 jela yek

arini patutnye wordless wednesday kan tapi nak cite jugak. sikit je pun.

tadi nak pegi keje tengok-tengok kete dah kene calarrrrrrrrr! eiii stressssssssssssssss T_T

dendam betul aku ngan kete color merah lah. aritu kete lama pun sama jugak kene calar ngan kete merah. tak reti parking ke hape ni??? eiiii kalo aku dapat tau sape siapla. penat tau asyik g workshop pi betul. :( sobsss

tu je nak cakap. sedih. :( :(

cuti sekolah


posted by ceklala

2 comments

morning!

sihat korang? alhamdulillah aku pun sihat2 je ni. yang cuti sekolah tu kemana saje korang pegi? moga cuti kali ni lebih bermanfaat. luangkan lebih masa untuk family. sebab kita bukan tau bila kita akan pergi kan..

alhamdulillah selesai sudah projek akhir #TwtupKaseh yang berlangsung di Badan Amal Nur Zaharah Janda Baik Pahang..insyaallah gambar nanti aku upload yek :)

alhamdulillah semua berjalan lancar. pada aku event paling best dari #TwtupKaseh untuk tahun ni. adik2 pun sporting, volunteers yang datang jugak best dan sporting abis! ada drama air mata jugak!hihi

dan semalam aku repeat lagi ke sana dengan kawan2. sebabnye nak makan bakso dan duriannnn! hihihi. berdepan dengan badan amal ade cafe iaitu under badan amal ni jugak. setiap bayaran dari makanan yang korang makan akan terus disalurkan ke badan amal ni. kire sambil makan sambil menderma la

nak mandi sungai sekali tapi deras sangat airnye pastu dah macam teh pekat! hahahaha hujan paginya so memang tak bleh buat ape la..nanti datang lagi insyaallah

tu jela nak cite. ade keje nak buat. nanti sambung yek. taking care :)