Kawan-Kawan

Archive for July 2012

Mencari yang Hilang


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum dan selamat pagi!

uhuk uhukk..bunyik batuk. batuk ngengada. sebab sebenarnye sakit tekak lagi.  ni kang kalo plus ngan selsema lepas tu nanti die akan jadi batuk teruk pastu akan jadi demam dan seterusnya asma yang agak teruk.

memang dah tau dah perjalanan sakit tu cemana. sebab tu selalu jaga kesihatan. kalo dah sakit ape pun tak guna. alhamdulillah tahun lepas memang takde sakit pun. takat pening kepala migrain n gastrik jela pun. yang teteruk takde.

so kemana aku menghilang?

 bumi allah yang indah

perjalanan yang mengambil masa selama 8 jam menaiki flight. bersambung pula menaiki bas selama 6 jam. letih memang letih. tapi tanggunjawab lebih utama.

aku bukan merajuk ke ape. tapi cuma mencari diri dan berjumpa dengan yang amat aku sayang. yang satu. mencari jalan lurus yang tidak pernah bengkok. alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk kali ke dua :)

7.20pm waktu sane dan 12.20 malam waktu malaysia saat landing

da bole agak dengan melihat gambar2 dari instagram aku ni? pikir2kan okeh. tempat yang paling suci yang menjadi idaman ramai. alhamdulillah aku telah selamat pergi dan jugak kembali semula.



boleh follow aku di Instagram SHUKRINFARADIBA
atau di Twitter @shukrinfaradiba

saya kembali...


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum.

ye saya kembali. setelah hampir 2 minggu lebih menghilang. tak berapa sihat sangat sebenarnye ni. tekak gatal and macam nak start demam. dengan bula posa nya ni kan.
 
insyaallah later akan bagitau ke mana saya menghilang. untuk yang follow twitter saya mungkin tau ke mana arah tujuan saya. untuk yang tak tau..nantikan update dari saya yek. ececeh..macam kan ade ribuan followers jek hiks
 
harap sume orang sihat2. selamat berpuasa. maafkan saya andai ada salah silap. saya manusia biasa, tak lepas lari dari buat kesilapan.
 
kalo ade yang nak anta kad raya..saya menghulur 10 jari menadah tangan menerima dengan ikhlas :)
 
taking care sume orang.

Maaf dari Hati


posted by ceklala

4 comments

assalamualaikum...

tak tahu nak mula dari mana. 


tapi tak banyak pun akan aku cakap kat sini. yang penting dan ringkas saja. insyaallah aku akan bepergian selama 2 minggu. aku cuma mengharapkan yang terbaik dari ilahi. aku tak mintak banyak. cukupla hanya antara aku dan Dia sahaja yang tahu ape dalam hati.

di kesempatan ini kepada yang membaca, aku memohon ampun dan maaf andai ade salah dan silap, maaf andai ade terkasar bahasa dan tersilap kata dan perbuatan. aku mohon halalkan segala makan dan minum, ape yang terambik atau terpakai. 

jika aku ade berhutang silela bagitau supaya aku dapat jelaskan.

aku manusia biasa. tak lepas lari dari buat silap. tapi aku usaha perbaiki. muhasabah diri selalu. insyaallah Allah akan bantu aku. aku cuma mohon agar yang membaca doakan agar aku selamat. aku dah lama dan sentiasa maafkan sesapa sahaja yang pernah buat silap dengan aku. kita manusia biasa.



aku ikhlas. aku redha dengan ape yang jadi. assalamualaikum.


Amalan Murah Rezeki


posted by ceklala

1 comment

Assalamualaikum...sempena jumaat yang mulia ni aku nak berkongsi sikit mengenai ape yang aku baca berkenaan dengan amalan murah rezeki. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat kita jadikan panduan bersama =)


Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya terdapat 20 amalan iaitu:

1. Menyempatkan diri beribadah


2. Memperbanyak istighfar

 

3. Tinggalkan perbuatan dosa
 

4. Sentiasa ingat Allah

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah


7. Tunaikan hajat orang lain


8. Banyak berselawat


9. Buat kebajikan banyak-banyak


10. Berpagi-pagi


11. Menjalin silaturrahim


12. Melazimi kekal berwuduk


13. Bersedekah


14. Melazimi solat malam (tahajud)

 

15. Melazimi solat Dhuha

16. Bersyukur kepada Allah


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


18. Berdoa


19. Berikhtiar sehabisnya


20. Bertawakal

 

Sayang dan Benci


posted by ceklala

2 comments


"Janganlah kamu menyayangi seseorang itu berlebihan,

kerana ditakuti menjadi musuh kamu...

dan janganlah membenci seseorang itu berlebihan,

kerana ditakuti menjadi sahabatmu"

Jodoh Buat si Gadis


posted by ceklala

4 comments


assalamualaikum...


Tuhan tolong lembutkan hati dia..untuk terima ku seadanya….


Setiap kali doa, tak pernah putus kata2 itu yang sering aku ucap dan luahkan. Kita hanya mampu merancang dan yang menentukan segalanya adalah yang Satu..yang Maha Esa iaitu Tuhan sekalian alam....Allah SWT.

Secara tiba2 jugak semasa aku menulis post ini, lagu ombak rindu berkumandang. Seperti mengetahui ape yang sedang aku rasa hihi.

Bercakap soal jodoh..persoalan yang acap kali aku dengar. Aku tak pernah lari dari persoalan itu. Aku hanya mampu tersenyum tiap kali diajukan soalan cepumas itu. Sapelah aku. Hanya manusia biasa. Aku tak mampu nak meramal masa depan aku. Ape yang bakal berlaku di hadapan tak pernah aku ketahui.

Kita wajib percaya pada qada dan qadar allah. Aku rasa sejak dari sekolah rendah kita sudah di ajar mengenai hal ini di fardhu ain. Tapi sebenarnye masih ramai antara kita yang tak mengamalkannya.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnye..tidak akan timbul perkataan anak dara tua bile persoalan mengenai jodoh ni. Kenapa bila bercakap tu tak pandang sekeliling? Pernah tak korang duduk di tempat mereka2 ini? Pernah tak korang rase ape yang mereka ni rasa??

Memang tipu la kalo mereka cakap mereka happy sangat dengan life mereka. Memang happy, tapi kadang happy yang terpaksa ditunjukkan untuk menyedapkan hati. Tetap ade ruang kosong di dalam hatinye. Untuk siapa? Semestinye untuk bakal sang suami.

Mereka menyibukkan diri dengan hal2 kerja. Mengisi masa yang ada sebaik2 mungkin. Sebabnye tidak mahu terlalu memikirkan mengenai jodoh yang tak kunjung tiba. Bukan tak berusaha mencari, segala usaha sudah dilakukan. Hanya doa dan tawakkal sebagai jalan akhir.

Cemburu. Sudah tentu. Melihat kawan2 sebaya sudah beranak pinak. Anak buah yang semakin bertambah. Tapi apa daya mereka? Hanya mampu tersenyum dan menunjukkan mereka tabah dan bahagia.

Berhenti untuk bertanya, mengumpat dan mencerca mereka. Dorang pun manusia biasa. Ade hati dan perasaan. Punye perasaan untuk dicintai dan mencintai. Cuma masa mereka belum sampai. Kalo mereka sabar menanti sang jodoh, kenapa tidak anda?

Bagila sokongan pada mereka. Dorongan dan juga doa semestinya. Allah sedang merencanakan sesuatu yang terbaik buat mereka.

Insyaallah..mudah2an yang dinanti pasti kunjung tiba suatu hari nanti. Sabar. 

Aktiviti Buang Masa


posted by ceklala

2 comments

assalamualaikum...

haii...huiiii!hihihi. sory semalam takde update. takde mood. mane ilang ntahnye mood aku. siyes ikutkan banyak mende nak cite tapi..hmmmm....

korang2 sume sihat? aku doakan sume sihat la hendaknye ye. skang ni musim tak menentu. kalo panas tu mak aihhh panas amat. plus pulak dengan hujan lagi kekadang kan. yang demam, batuk, sakit tekak segala tu cecepat gi klinik k. kalo malas gi klinik, dok uma rest and makan ubat tau!

aktiviti hujung minggu aku kali ni biase2 je pun. sabtu lepak uma je. lame tak melepak hihi. cuma kuar kejap pagi tu pegi pasar tani beli barang dapo nak masak, pastu tengahri gi jalan tar kejap akak ipar aku kirim tudung. orang ramai gilerrrr! dah macam nak raya. nak puasa pun ade shopping2 eh?aku ingatkan nak raya jek  +___+

pepetang skit aku gi shah alam jenguk atuk aku.

ahad tu lagiiiila bosan. tengaahri siap2 pi curve. mak aku kirim barang. nak pi carik kat daiso. aku suke giler kot datang daiso nih. macam2 barang ade! sume 5 hinggit sajo. jimat!hihi

minum petang ngan akk aku. mase dah nak balik tu aku cakap nak balik. penat dah bertapa kat situ. sekali tetibe anak die si harith tu dok tarik tangan aku. "acu....acu...jom jalan!". terus luruh jantung die cakap camtu. kesiannnn okeh!

hahaha jenjalan la kejap pastu balik. melayan si kecik tuh. sepanjang2 jalan pimpin tangan aku. ye die yang pimpin aku bukan aku pimpin die. main selamba badak tinggal mak ayah kat belakang!hihihi

seperti biasa hujung minggu aku tak sah kalo takde aktiviti makan2 kan. nah tatapan untuk korang!  =)

honeycomb goldrush - dome


 creme brulee - secret recipe

fish bites - popeyes