Kawan-Kawan

Archive for March 2012

Ringkas dan Padat


posted by ceklala

3 comments

assalamualaikum!

hai korang. sorry lama tak update. kebizian melanda. ini giler punye bz nih. tima kasih la kat korang sebab sudi jugak singgah blog picisan ni kan walaupun tak berupdate hehe

banyak sebenarnye mende nak cite ke korang. tapi tak sempat dah ni. tengahari ni aku kene ke salah sebuah negeri di pantai timur. untuk pertama kalinye dalam masa 4 tahun aku kerja kat company ni! sejarah okeh!hahaha

ko tau buat ape? manage kursus! ye. aku budak design nak handle kursus. pelik kan? bos aku pun pelik. ntah ler orang gomen ni. dah ler kasi job last minit. ni memang last minit sesangat. kul 12 tengah malam kelmarin bos tepon suh datang opis kul 7 pg. kene g kementerian. siap cakap "no jeans!"

hahahaha. yela mau tak pesan awal2 camtu kan. dah aku pun g opis pakai cane pulak hehe.

sampai kementerian meeting pg semalam dok ingatkan nak briefing rupenye arahan kene buat jugak nak tak nak. terperanjat bos aku. cuak. die la cuak. aku rilex je sebab aku kan kuli. bertindak mengikut arahan! hehe

dalam masa sehari setengah nak siapkan sume. terkejar2 okeh.

ape pun harap2 sumenye berjalan lancar. 1st time untuk company aku handle. aku pun nanti tak taula nak bantai cakap ape mase kursus nanti hehe. nasibla dorang. aku cakap ape yang aku tau jela kan.

korang doa2kan aku yek.

k bai. 

Spesifikasi Calon Suami


posted by ceklala

5 comments

Tazkirah jumaat kita hari ini adalah....


Spesifikasi calon suami yang 'bolehlah' dibuat suami:

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 dan ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: motor kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm.. ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nak wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

sumber dari syahirul.com


sharing is caring :)

Khamis malam jumaat itu penting!


posted by ceklala

No comments

ni bukan entry emo yek. tapi ni luahan perasaan.


morning korang! da bekfes? aku arini tak sempat. berkejar2. dari shah alam ke cheras, nasib smpi awal sempatla balik uma jap. dah 2 hari tak balik uma. lepas tu teringat nak buat lesen yang hilang. puas cari gamba tak jumpa2.

sampai jpj bdr permaisuri orang tak bape ramai sangat. tanye akk kaunter no tu dulu nak kene buat report ke ape katenye tak yah. terus g amik gamba kat kedai sebelah katenye. nak pakai sekeping je tapi kedai tu buat sampai 8 keping. lepas tu charga rm18. mencekik betul kan?

mase masuk dalam kedai tu aku tanye bdk depan skali die main tunjuk je kate kt sebelah. aku tengok budak sebelah muka mencuka. main tunjuk je kt aku mane nak duduk nak amik gamba. aku pun terus jela pi kat kerusi dok situ.

itu pun aku cari sendiri tmpt nak duduk amik gamba. die bole wat bodo. aku tau la pagi lagi tapi muka tu dah kenapa?

setel amik gamba nak tunggu cuci plak. aku ni punyela hulur ic nak photostat die bole wat bodo je. lama gak aku berdiri dalam 10 min camtu. aku tengok je 2 org dak pompuan tu wat keje. kulu kilir mcm banyak sangatla keje die tu. minum air sempat pulak!

pastu ade budak laki take over, potong gamba aku sesiap pastu amik ic aku nk photostat. suh bayar kat depan. yang budak depan pintu 1st aku jumpa tu la. aku hulur duit nak bayar. aku tengok je die. mase nak hulur duit baki ke aku bole die pandang tempat lain dengan muka ketat!

mulut aku ni time tu rase nak sound je setepek! yela. ko dah kenapa? aku ni customer ko. aku bukan mintak sedekah kat ko. yang ko pulang duit aku macam aku mintak duit ko ni dah kenapa??

aku pikir hari ni jumaat jek. pastu terus naik jpj buat lesen. sampai kaunter aku bagi salam. ade mcik tua jaga. aku hulur sume document and bgtau. pastu die bole tengok aku tanye "ni nak buat ape ni?"

laaa. tadi aku cakap ko pandang tempat lain! lepas tu buat muka! siyes weh. sepanjang die buat lesen aku tu muka die memang mencuka abis! aku pun tak paham apesal. aku ni punyela manis kan muka. yela dah pikir orang tua kan. tapi die bole macam tu. 

apela guna letak gamba senyum kat pejabat tu kalo staff sendiri tak bole praktikkan??

dorang2 ni gamaknye tak mendapat kot malam tadi. tu yang frust semacam!

dah kalo ko tau ko keje bahagian customer service atau ape saja yang berkaitan jumpa orang, tolong la ye..mintak tolong sangat nih..kerja la dengan ikhlas hati. muka tu senyum la sikit. dah macam tu ofis ko je ko buat. ape saje masalah ko time tu tolak tepi la. personal is personal. kerja is kerja! jangan la campur aduk!

tak kire la malam tadi ko gaduh ngan laki ke, baru lepas clash ngan bf ke ape, janganla ko nak libatkan orang lain.

orang yang datang ni sume bukan mintak sedekah tau. tetiap hari orang menyumpah2 ko cuba la ko pikir sendiri. duit gaji tetiap bulan dapat hasil sumpahan orang ramai!

k. bai.
aku nak pi cari tazkirah untuk tengahri kang :)


Tiada yang lain..hanya seorang..


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum.


sihat korang2? aku alhamdulillah mcm ni jela. takde yang menarik pun. sory yek semalam ngan kelmarin tak berupdate. aku kebizian di ofis selain berulang alik hospital. tak2 bukan aku yang sakit tapi atuk aku. satu2 nye atuk aku yang tinggal.

warded ahad petang dalam kul 4pm kat Columbia Asia Hospital Kota Kemuning Shah Alam. sebenarnye pagi tu aku da jumpa die kat uma pcik aku kat shah alam dengan mak and ayah aku. sebelum kitorg nak gerak balik tu die hampir nak jatuh mase keluar bilik air. nasib baik sempat berpaut pada almari.

4.30pm day 1 kene warded

sebelah tu pakngah aku. sama kan muka?hehe. tapi bak kata atuk aku sume anak cucu die da jumpa dah. kalo nak pergi pun die kate takpe dah. atuk aku dah 83 tahun. ade kanser paru2. tapi kalo nak ikutkan die memang kuat. 

even doc pun cakap semangat die kuat sangat. memang dah takde harapan ape dah nak buat. lagipun die da tua kan, antibodi pun da tak kuat. mase hari ke2 isnin malam tu agak teruk jugak. meracau2. dah tak bape kenal orang.

tapi alhamdulillah hari ke3 dah beransur pulih. masuk darah ape sume. even pagi tadi pun aku singgah kejap before pegi ofis die nampak cam dah segar sikit. hope dah bole keluar esok lusa. sian die malam tadi mase aku teman. dok goyang2 kaki tepuk tangan ape sume. die cakap bosan! hahahah

sian. takpe tokman, dah sihat nanti kite gi jenjalan k :)

Sumbangan seikhlas hati


posted by ceklala

4 comments

assalamualaikum dan selamat pagi korang!

seronok bercuti? ade yang baru naik keje harini kan. tu pasal jalan jem cam hape. cuti sekola je jalan ok, naik je cuti sekola terus jem teruk!hehe

takpela. kite sesama guna jalan kan. silela berhemah dan pikir orang lain skit yek.

ok aku ade keje skit ni nak siapkan. tapi sebelum tu nak cite dan mayb mintak pertolongan dari korang2 skit. ni bukan mintak derma ke hape ye. tapi ni aku mintak pertolongan secara ikhlas.

mungkin ade yang tau aku memang ade join program charity under twitter @ twitterjaya. program anak2 muda membuat kerja2 kebajikan sekitar selangor dan kuala lumpur.

dari 1st program aku join memang 98% sumenye anak2 muda. aku je terlebih umur skit hehe. tapi alhamdulillah..masih ade lg anak2 muda yang berminat dengan aktivit2 seperti ni. siyes aku kagum!

untuk kali ni kitorg akan ke rumah anak2 cacat istimewa di Taman Megah PJ, kalo korang2 ade nak sumbangkan ape2 bole bgtau aku. ini ikhlas ye. aku dibahagian sponsorship. nak derma kan toys, baju duit atau ape saja sangat di alu2kan.

nanti aku upload detail pasal uma anak2 cacat istimewa ni k, yela takut2 korang tak percaya kat aku. kate aku nak amik sumbangan korang2 ni sume. eh tidak la sama sekali. kalo korang percaya aku dan betul2 ikhlas aku terima dengan hati terbuka. tapi kalo korang tak percaya aku pun tak pernah kisah.

got to go. bos dah jeling2! hehe

Vaseline dan kegunaannya


posted by ceklala

No comments

morning!

lame dah tak kongsi petua ngan korang kan. so arini nak share skit petua yang aku buat.

any petua yang ko baca dalam ni sume aku dah try dulu ye. dapat hasil baru aku perturunkan kat sini. takdenye main belasah letak. kang buatnye makin teruk lepas korang guna petua aku ni sape susah? aku jugak kan?kikikikhki


ni la vaseline nye. ade yang tak tau ke? kesian. 
pi carik kat farmasi banyak :)

nak ikutkan banyak petuanya. tapi yang selalu aku guna vaseline ni memang untuk sapu kat bibir. bibir aku sangat la kronik keringnye weh. tensen aku. memang tak bole langsung pakai lipstik! confirm lepas tu menggelupas cam ular bersalin kulit!

buruk weh!

memang aku amalkan pagi dan malam sebelum tido sapu vaseline ni kt bibir. mase aku kat mekah pun kulit aku jangankan bibir, dengan muka2 kering menggelupas aku pi carik vaseline ni kt sane. lupe bawak dari sini. alhamdulillah pas sapu ok skit.

tu sume orang tau yang bole sapu kat bibir, muka, kaki tangan, tempat2 yang kering. 
 
tapi lagi satu petua aku nak share is Vaseline ni jugak bole melebat dan memanjangkan bulu mata! sape taknak bulu mata panjang dan lebat tanpa guna bulu mata palsu kan?
 

panjang dan lebat!

caranya mudah. korang just amik vaseline tu letak kat jari then sapukan di bulu mata korang. jangan sampai kene mata pulak tau. 
 
sapu sambil urut2 bulu2 mata korang tu selai demi selai. cara untuk memanjangkan adalah mase urut tu korang tarik skit ke dari hujung ke hujung slow2 k.

bole jugak sapu pada kening korang. janganla letak bebanyak sangat k. sapu rata2 la. insyaallah berkesan sebab aku dah cuba! memang nampak hasilnya tapi korang kene rajin skitla buat k

sekian untuk petua hari ini.


selamat mencuba! :)



buah hati pengarang jantung


posted by ceklala

No comments

oh pasal buah hati baru aku tu kan..jeng jeng..meh sini nak tunjuk gambo. korang jangan jeles tau. wink!




sony ericsson xperia ray

cun tak??! hehe
inilah die buah hati baru saya *wink2 :)


ramai yang tanye nape aku tak amik samsung or blackberry or iphone. aku pilih ni setelah berbulan buat survey. ye berbulan ye. bukan ade duit terus pi kedai beli. idak sama sekali. aku buat camni sebab aku ni spesies guna hp sampai hancur and rosak!

punca utama aku beli ni pun sebab hp lama aku memang da nazak. sampai abis ilang sume contact no aku! stress betul. abis sume no kengkawan lama aku ilang. nasib badan. memang die suh tukar baru la tu hehe

lame aku pakai hp yg lame ni. 4 tahun dah. sampai asyik keje hang je pun aku pakai jugak. bersabor namenye hehe. tapi bile da nazak sangat sampai on pun tak bleh idup memang terpaksa la jugak membeli yg baru.

eh i bukan curang okeh. i bukan spesies camtu!


nipis dan ringan!


depends atas masing2 jugak bile bab beli hp ni kan. memangla ramai kawan suh beli bb. tapi aku rase untuk jangka masa panjang aku tak bape berkenan. sebab yang best pasal bb ni just bbm je. tol dak? tapi kalo nak layan tenet ke games ke video ke xbape nak best.

tapi hp ni punye ringan memang bole buat aku tercampak kalo tak pegang bebetul! adela dapat free casing. aku pilih mestila turqoise. transparent lagi wink2!


camera with HD


ni lah sebab utama aku beli hp ni. camera! aku kan suke berjalan, suke bergambo, tapi masalah utama aku adelah malas nak bawak camera besar2 kulu kilir. so dengan adanya xperia ray ni memang setel probs aku. 8 mp ye syg2 sekalian. hehe

dgn android 2.3.4, so memudahkan jugak aku utk online. aku bukan gajet freak, so pada aku sangat memadai untuk aku dah. size lebih kurang dari iphone cuma yg iphone lebar skit jek. tapi ray ni lagi nipis dari iphone.

nak compare perisian sume memangla iphone menang. tapi well mcm aku cakap tadi, ray ni sudah memadai untuk aku. janji bole call, sms, internet sesikit and paling penting camera, pun dah cukup!

ade 4 color tapi untuk kali ni aku memilih putih. suci bersih gitu. heheh


sekian. bai.

3 bulan dah mati...


posted by ceklala

No comments

mendung je kat luar tu kan...mengundang untuk aku tido je kat opis ni heh

breakfast dah korang? makan ape? aku tadi tak sempat nak bekfes kat uma. pagi2 dah pegi pejabat pos. aku sbnrnye sangat la jarang untuk ke pejabat pos. sebabnye selalu aku bayar sume bil by online. segalanya di hujung jari anda!kikikihki

tapi arini terpaksa jugak ke pej pos sebab sbnrnye lesen aku dah mati 3 bulan!

selama ni aku bawak kete lesen mati =.='

tahniah betul la. padahal ade je 2-3 kali lalu roadblock tapi nasib tak kene tahan kan hehehe. aku perasan lesen mati malam tadi tu pun sebab malam tadi pegi shah alam. nak masuk uma pacik aku tu kene tgal lesen. mase nak kasi tu la aku terperasan! 

kalo tak kuar malam tadi jawabnye memang berlarutan la aku bawak kete dengan lesen mati!hehe

skang ni ikut tarikh lahir kan. so tadi aku tengok sampai besday aku tahun depan. buat setahun je. kalo buat 5 tahun kan lagi aku terus lupa ingat lesen tu xmati2 sampai bebila kan hehe. so korang2 nanti pasni pi check lesen korang mati bile k


taking care. daaaaaa :)

buah hati baru..alhamdulillah..


posted by ceklala

No comments

morning!

tajuk ni dari malam tadi lg aku da pikir. nasib je aku xde gajet terhebat utk update. kalo idak dari sebelum tido malam tadi lagi aku da siap2 type. sebab selalunye idea datang time atas katil time dah nak tido sangat tuh! siyes weh..mcm2 idea keluar..

tapi apakan daya..setelah 8 jam tido..bangun2 terus jadi pelupa. makan semut banyak sangat nih.hihihi

alhamdulillah syukur..dengan rezeki yang allah beri. aku telah pun selamat mendapat buat hati baru. aku bukan melupakan yang lama. tidak sama sekali. sebab aku bukan begitu orangnya. kalo dah aku dibuang dan tak diperlukan lagi barula aku melangkah pergi. 

ececeh ayat xleh blah!hahaha..tapi ayat tu kalo dalam berkawan memang aku cenggitu. tak kan pernah lupakan dan tinggalkan kawan. melainkan kawan yang meninggalkan aku. :)

mungkin ade yang tertanya2 siapa buah hati baru aku kan. artis kah? doktor? lawyer atau majistret?? oh tidak sama sekali ye. hanya manusia biasa. kerana kita sume sama. manusia yang lemah di sisi allah betui dak?

eh eh..bos aku da kasi keje pulak. next time la aku kasitau sape buah hati baru aku tu ye. wink2 hehe


cubalah!


posted by ceklala

1 comment

assalamualaikum :)

ade yang bercuti arini? almaklumlah kan ke cuti sekola. so ramai jgk yang bercuti kan. termasukla bos aku dan anak2nya. lelama skit cuti pun takpe bos hehe. kitorg bole je jaga opis ni. no hal!

aku pun baru tau skang tengah cuti sekola. sebabnye mase tepon mak aku malam tadi cakap ngn die nak balik beli tiket bas on the spot katenye jangan. sebab takut takde, budak nak naik sekola. eh? bile cutinye? rupenye jumaat lepas da cuti. yela aku bukan ade adik beradik yg sekola lagi, so tak tau hehe

cane weekend korang? aku cam biase2 je. sabtu akk aku ajk lepak curve. makan2 jalan2. then balik uma die. lepak. aku duk uma pun sorang kan. baik main ngah anak buah. sabtu malam tu kitorg ke Rasta TTDI. siyes lame giler tak lepak sane. adela dkt 3 tahun kot.

ngidam nak makan mee rebus singapura pak ajis. aziz satar la. sebab ade terbaca kat blog mana ntah. aku ni kalo pasal makan memang sanggup cari. yela org dok kecoh cakap sedap2 sangat kan, nak jugak try. tapi sayangnya...tak la sebest yang orang cakap tu. biasela tekak lain2 kan.

kalo letak sebelah2 ngan mee rebus johor memang kalah la mee rebus pak ajis ni. hehe sory ye. ni just pendapat aku. dah mak aku selalu masak mee rebus johor dari aku kecik, so aku taula cane rase. masak pun aku tau okeh!

takdela tak sedap langsung. cuma kurang rasa. normally kalo mee rebus johor dorang letak skali daging, ayam or udang kering mase buat kuah tu. so bile sebati rasa sangat sedap! tapi mase mkn rebus sgpore ni agak kurang. sebabnye memang takde or sangat kurang bahan utamanya. tu jela pada pendapat aku.

korang nak tau sedap ke tak sebab tekak aku ngn korang lain2 kan..so korang pegila rase sendiri k. kedainye di Rasta TTDI kedai paling ujung blah kanan. tak cuba tak tau kan hehe

sory no pic sebab mase aku nak upload probs plak..jap aku try google okeh

inilah die mee rebus teratak pak ajis
gambar ehsan google :)


Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


posted by ceklala

No comments

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah..
 
Artikel dari iluvislam.com
 
 
 
sekian tazkirah di pagi jumaat :)
 

Rabu dengan 3 keping Gambar


posted by ceklala

1 comment















tengok pic2 kwn aku ni buat aku rase nak kawen!uwaaaaa.....

Kawen-kawen Nadeeia & Asmawi


posted by ceklala

2 comments

morning!

tajuk ntah pa pe. sebenarnye memang tak tau nak letak ape. just nak tunjuk 2 keping gamba tu pun aku amik dari official photografer kawan aku. aku tertinggal kamera kat uma. bagus kan?

selamat sudah kawan aku kawen iaitu nadeeia dan asmawi. nad ni kawan aku dari sekola lagi. dulu sampai skang maintain kecik. macam aku jugak! hehe. jumaat aritu nikah di masjid jamek beserah dan resepsi di Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Kuala Rompin.

aku pegi ngn akk aku la. kalo sorang takdenye aku pegi jauh2 camtu hehe. tempat ok. best jugak. sebab dulu time kecik opis bapak aku 2 kali jugak buat family day kt sini. cuma dulu time kecik aku datang ade tempat main game mesin tu skang da takde. bukan trend dah kot hehe.

kt Lanjut ni laut die bukan bole mandi. kalo nak mandi jugak bole. kalo ko dah tak sayang nyawa silekan. ombak jenis yang menggulung tinggi tu. memang takde orang mandi pun. sume mandi pool je. aku plak mandi dalam bilik air je hehehe

selepas majlis nikah

untuk resepsi..


aku suke giler baju die. cantik!! tahniah untuk dorang ber2. moga kekal bahagia ke akhir hayat. alhamdulillah resepsi malam tu berjalan lancar. ujan pun macam bagi peluang jap hehe. pagi tu hujan lebat okeh! dah la buat outdoor kan. alhamdulillah :)

bulan 3 ni memang musim orang kawen. every week aku ade jemputan.

aku? takyah tanye. dari dok sibuk tanye baik korang tolong doakan ye tak?hehe. bai.

cerita pendek


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum..morning!

4 hari tak update. ade orang rindu tak?hehe. aku cuti jumaat aritu. saje cuti sebab cuti ade banyak lagi kene abiskan before bulan 5 ni. ade seminggu.

tak kemana pun. just balik kampung je. lagipun ade member aku kawen. so terlanjur la sekali jalan. ikutkan banyak mende nak cite. tapi pagi tadi masuk2 keje bertimbun lak keje masuk. so kene setel cepat sebab ade dateline.

so nanti la kite sambung ka pasal weekend gateway sekejap aku yek hehe. daaa.



8 kali kene Reject...


posted by ceklala

4 comments

ye..tu betul. tak tipu punye. ape yang 8 kali tu? ha meh sini nak cite. 

eh tapi sebelum tu nak tanya dulu korang dah makan lum? makan ape lunch ni? aku minum air masak je. kes xtau nak makan ape. bole camtu? memang bole la. sebab tu aku buat! hahaha

korang dulu2 lepas abis blaja bape kali mintak terus dapat kerja? sebenarnye ni sume atas rezeki masing2. kite kene percaya la yang rezeki tu allah dah tentukan. rezeki orang ni lebih rezeki orang tu kurang. tapi lebih atau kurang tu selalunye allah sama ratakan la. means kalo lebih kt situ nanti allah kurangkan kat sini.

sebab tu banyak kite tengok orang kaya raya jutawan sume tu die memang banyak sangat harta. sampai tak abis makan 7 keturunan tapi cer kire anak die bape orang? kite tengok pulak orang miskin yang rumah macam nak roboh, anak hari2 makan nasi ngan garam je bape ramai anak die? lebih dari 5! anak tu rezeki kan? so itula aku nak cakap tadi. rezeki tu allah dah tentukan.

yang aku nak cite ni pasal aku dulu. mase mula2 abis belaja. aku duk uma kejap je. tak sampai 3 bulan pun sebab mak aku dah bising2 suh keje. aku mintakla keje sane sini. orang panggil interview aku pegi. tapi sume jawapan yang sama. 'kami cari yang berpengalaman'.

orang nak panggil aku interview tu ramaila. kire takdela susah sangat. tapi nak hire aku keje tu yang susah sangat. tapi takpe. aku cuba lagi. aku mase tu dok kampung kan. so everytime nak pegi interview je yang tolong antanye bapak aku la. sanggup amik cuti nak anta ank die ni pegi interview keje.

tapi sume still bagi jawapan yang sama.

sampaila tempat ke 8 aku pegi. kat FRIM kepong. bos ni perempuan. aku taktau la ape yang merasuk time interview tu. aku jadi berani semacam. bile die pun jawab yang sama 'kami cari yang berpengalaman'...means tak dapatla tu.

ko tau aku jawab ape? 'puan..kalo sume tempat sy pegi interview nak kan yang berpengalaman abis tu mcmane dengan sy n kawan2 lain yang fresh grads ni??sampai bilela kitorg tak dapat keje camtu'

terdiam jap la cik puan tu. then die cakap yang ape aku cakap tu tak salah pun tapi yela, dorang takde masa nak ajar budak2 baru. pada dorang menyusahkan. kene amik masa lama untuk pandai buat kerja.

pada aku satu je. mungkin dorang dah terkena. amik budak baru pastu tak reti buat keje. kene ajar satu2. so dorang jadi fobia la. aku just nak pesan jela pada adik2 yang fresh grads ni sume carila pengalaman sebanyak mungkin. zaman skang ni experience tu tersgtla penting. bukan cakap education tak penting. sebenarnye sama rata je. janganla kuar2 U terus demand mtk gaji mcm exec tapi tak reti buat keje!

faham tak ni??

k lah. aku nak sambung dgr ceramah ustaz azhar idrus ni. babai.

Kasi buang itu signal la..


posted by ceklala

No comments

assalamualaikum...morning!

breakfast ape korang pagi ni? aku minum bliss je. tapi da siap tapau berger dari rumah. home made ler. kene la rajin skit kan. praktis makes perfect omputih kate hehe. pektis ape? adelaaa...hahaha

lupa semalam nk wish besday kat sesapa yang lahir. yela sian dorang. 4 tahun skali baru dapat sambut besday. nak buat camne dah tahun lompat kan. kalo ade yang kenal nak jugak blanje kek tapi takdela pulak! hehe

dalam seminggu ni aku tak taula nape. tapi asal atas jalanraya je mesti aku jumpa spesies manusia yang rase2 time beli kete dulu dorang patut buang lampu signal dorang. siyes tak reti guna!

yela dah maunye idak aku cakap camtu. kalo dah masuk simpang main nak mengejut jek. dengan tak reti bagi signal main masuk jek! kalo aku terlanggar bontot kete ko kang cane? sape yang susah?? aku jugak kan nak kene bayo! mengong tau manusia mcm ni.

patutnye time beli kete tu ko cakap terus kat dorang suh buang je signal tu. cakap tak yah membazir. yela lampu signal dah bape kan. murah sikit kalo ko buang.

susah dapat spesies tak pikir orang lain ni. pikir diri sendiri je. aloo...bayar roadtax sesama tau. pikir orang lain skit bleh??