Kawan-Kawan
Archive for March 2011
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
Tima kasih banyak-banyak buat sume kengkawan yang banyak memberi sokongan padu lagi jitu! Nanti i masak kerapu sweet sour, tomyam campur dengan kailan ikan masin bagi korang makan yek, bole?? Hahaha tu menu nak masak malam nih tuh :) do me a favor pls? tolong lupakan kenangan silam bole? Ko kene tau sebab ape die jadi kenangan silam. Sebab die memang bukan jodoh ko dan bukan tersurat lagi tersirat buat ko. So tolong jangan seksa orang lain kalo ko tak dapat die. Faham?
Tapi korang tengok aku walau pun aku ade masalah, aku tak terjun bangunan kan??
Menulis menenangkan jiwa aku. Membaca adalah terapi yang paling baik untuk aku. Untuk aku yek bukan orang lain. Kalo pasni agak2 tak tau nak kasi aku hadiah pe ko bagi jek novel! Comfirm aku suke! Hahah..akk aku pernah suh aku tulis skrip sebab die tau aku sangat suke membaca dan menulis, tapi tula. Nantila kalo aku dah bosan dengan keje skang ni mungkin aku amik offer die tu. Paling latest die suh aku g ujibakat jadi pengacara kt tv3. Die kate aku mayb bole dapat. Tapi untuk sekian kalinye meh sini nak cite, aku tak suke glamour! Hidup macam ni sudah, simple tapi best!
Zaman skang ni kan, susah ke senang nak dapat anak dara yang belaja tinggi, ade kerjaya, pandai masak, pandai kemas uma and pandai jaga diri n cari duit sendiri? Senang ke susah?? Cakap skit kat aku meh. Hahaha dah macam angkat bakul masuk sendiri lak rase hehe tapi dulik ah orang nak cakap ape kan, bukan yang cakap tu kasi aku makan pakai kan? Manusia kan memang suke bercakap tanpa usul periksa. Mulut cam tempayan.
Kekadang tu nak type yang macam ni macam tu tapi taknak cermin diri sendiri dulu. Gf nak sampai 4-5 orang tapi muka cam pecah umah. Ha kire camtula andaiannye kan hehe. Tapi alhamdulillah aku ade blog. Kurang-kurang aku takdela nak pegi buat keje bodoh g terjun bangunan shopping kompleks ke kan. No. No. No.
Kenapa manusia suke berlagak ek? Tak ke die rase yang ape yang die ade kat dunia ni sumenye pinjaman sementara? Bila-bila masa Allah swt bole tarik balik pinjaman tu. Sekelip mata! Kene ingat tu selalu. Sentiasa la bersyukur dengan ape yang jadi. Aku bile kete kene pecah aritu terus aku istighfar banyak2. Ingat balik ape salah aku dah buat. Kite kene muhasabah diri selalu. Takde yang sempurna.
Tak. Aku tak menunding jari pada sesiapa. Aku cuma meluahkan. Aku taknak terjun bangunan. Lebih baik aku menulis dari aku buat keje bodo kan? Penat mak ayah aku anto belaja tinggi-tinggi. Aku rilex je sudah. Cool lagi chill! Hehe. Hidup mesti diteruskan! ☺
Kalo rase tak suke dan menyampah baca blog ni bole je terus delete. Takde paksaan ye.
Kepada yang berkenaan, teruskan mencari! Confirm anda akan dapat 100% macam yang anda inginkan. Kalo susah sangat nak dapat jugak, suh je laki die ceraikan pastu ko kawen jela ngan die. Settle masalah. Takdela ko main2kan orang lagi.
Dahla. Aku malas dah nak cite pasal ni. Kang ade pulak yang benci gi bomohkan aku. Tu memang otak singkatla kan. Ape-ape masalah pun kecik ke besar, sile bawak berbincang. Dengar dulu kata-kata keramat die. Walaupun kau tau yang keluar dari mulut die tu sumenye hanya kata-kata nista belaka! Hahaha
Tolong jangan terjun bangunan! Sekian. Peace.
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
andai die tahu ini sume yang aku rasa pada masa ini...
posted by ceklala
Soknye pepagi abah mek dah tepon bgtau bule ikut, so die suh buat persiapan ape yang patut macam passport, injection H1N1, pi bayar kat agen sumela. Yela dalam masa 2 minggu je kan, tapi alhamdulillah bak kate orang seru tu dah samapi, sume urusan memang berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Mek gi kursus 2 minggu bawak sekali housemate mek si nurul.
Kawan mek jugak tetibe bile dengar nak pergi sekali, sumenye last minit jugak, tapi alhamdulillah niat tu baik dan segala urusan berjalan lancar, alhamdulillah sangat-sangat impian nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dimakbulkan.
Tak dapat digambarkan camane perasaan mek bile dah jejakkan kaki ke tanah suci. Syahdu sangat-sangat. Memang rase tak nak balik Malaysia balik dah. Seronok bile tiba waktu solat, sume orang berpusu-pusu ke Masjidil Haram mengerjakan solat. Kiriman2 doa dari kawan-kawan alhamdulillah mek dah sempurnakan, cuma same2 la kite berdoa agar ianya dimakbulkan. Doa mek? biar mek dengan allah je yang tahu, cuma salah satu doa mek ialah dapat ke Tanah Suci Mekah sekali lagi tapi kali ni ditemani suami tercinta, insyaallah.
Insyaallah nanti mek sambung cerita yek, badan tak bape nak sihat ni. Gambar2 pun nanti mek upload skali. Sile sabar menanti yek hehe
p/s: Teringat kenangan umrah dan ziarah bile malam tadi tengok drama kat Oasis Astro 'Bertaut di Jabal Rahmah'. :) kalo tak jumpa di dunia, kite jumpa di akhirat kelak insyaallah...
posted by ceklala
Semalam aku kene marah, padan muka! hahah..takpe, itu sume pengajaran untuk lebih bersabar di masa akan datang! gado2 dan marah2 itu membawa bahagia, tak gitu!hahaha...kepada yang memarahi tima kasih diucapkan :) makin sayang okeh bukan makin menci hiks
posted by ceklala
Assalamualaikum,
Mulai harini akan ade segmen nenek kebayan ye anak2 hehe.
Petua 1.
Daun Pegaga Hilangkan Parut.
- Bagi menghilangkan parut di muka, ambil daun pegaga dan campurkan dengan sedikit beras. tumbuk sehingga lumat dan lumurkan di sekitar parut. Insyaallah parut akan berkurangan. Kalau malas nak tumbuk bole jugak di blend sume skali. Nak lagi sedap bole letak kerisik skit, taugeh dan jugak perut lembu. Bole terus di makan sebagai kerabu!heheh sodap!
- Untuk orang bandar yang malas dan kaya raya macam anak2 ni sume bole jugak pegi je kat farmasi berhampiran dan carilah vitamin E oil ataupun Bio oil yek. Beli, bukak dan terus sapu!
Kulit Lebih Licin.
- Untuk mendapatkan kulit muka yang tegang dan licin macam nenek ni, biaselah nenek kan awet muda hiks, ambil putih telur yang sejuk, yang putih jek ye yang kuning tu simpan bole goreng nanti. Sapukan pada muka seperti menjadi masker selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam seperti biasa. Hasilnye wajah akan lebih cantik bila dikenakan solekan. Nenek ni tak pakai makeup, so kulit nenek takde banyak masalah sangat.
- Untuk mendapatkan kulit muka yang putih dan tegang macam nenek jugak, bole ambil sedikit susu tepung dan sedikit madu, campurkan sumenye dan sapu pada muka. Biarkan kering dalam 30 minit kemudian bilaslah seperti biasa.
- Kalo nenek kat umah tu sambil2 tengok telebisen nenek tempek jek bedak sejuk kat muka ni ha, comfirm sok pagi bangun tido, gebu!
korang cubala petua nenek tu ye, nenek nak keluar dah ni, ade keje sikit, nanti kalo ade nak mintak petua pa pe lagi bolela tinggalkan pesan, insyaallah nanti nenek tolong jawabkan :)
selamat mencuba!
posted by ceklala
Tadi tengah-tengah dok blogwalking sambil menghilangkan rasa gundah gulana di dalam hati terjumpa ayat tu dalam blog kak tijah. Tapi memang betul. Allah menguji hambanya kerana dia tahu hambanya mampu.
Pada hati, sekali lagi nak pesan.
Bersabarlah.
Hanya Allah yang tahu segalanya.
Mungkin ade sebab dan hikmah disebalik semuanya ini.
posted by ceklala
Pagi tadi lupe bagi salam.
Assalamualaikum.
Tetibe tengah syok buat kerja aku rase sesuatu.
Rase macam ade yang tak kene.
Dada aku rasa sesak dan sebak.
Air mata bergenang kat kelopak mata.
Tak tau kenapa.
Aku tak suke bile jadi macam ni.
Sebab aku tau ade sesuatu yang buruk menanti aku.
Sungguh!
Aku tak main-main.
Ya Allah, berilah aku kekuatan.
Menghadapi segala musibah Mu.
Menghadapi segala dugaan Maha berat Mu.
Sesungguhnya hanya engkau yang Maha Mengetahui segalanya.
Hanya pada-Mu jua aku berserah.
Amin. Ya Rabbal Alamin.
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
ya allah..begini berat dugaan mu,
sungguh ya allah..aku tak mampu menangungnya,
kenapa setelah madu yang ku beri racun pula yang ku dapat?
sampai bila aku harus begini, sendirian menanggung segalanya?
ya allah,
aku hanya meminta sedikit kebahagiaan yang aku cari selama ini,
tetapi kenapa ianya terlalu singkat buatku?
hanya sehari?? alhamdulillah..
setiap malam aku bermunajat kepada mu ya allah,
memohon petunjuk dari mu,
tapi selepas aku mendapat petunjuk yang dicari,
dia pula berubah hati...
hai hati,
sabarlah dengan dugaan yang mendatang,
hati bole sabar tapi sampai bila harus kecewa?
kesabaran ade hadnya.
perjalan masih jauh.
posted by ceklala
posted by ceklala
broccoli with shitake mushroom:
broccoli semestinye
shitake mushroom
carrot
bawang besar
bawang putih
sos tiram 1 sudu
garam dan gula
tumis bawang besar dan putih. masukkan cendawan dan carrot. masukkan sos tiram dan sedikit air, garam serta gula. kemudia masukkan broccoli, masak dalam seminit kemudian tutup api. then dah siap! bole makan dah hehe
selamat mencuba ye pada sume :)
sedap bagtau. kalo tak sedap diam2 sudah! hahahah
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala
assalamualaikum!
ade sape2 kat sini tak suke hari jumaat? oh anda agak tak normal bile tak suke hari jumaat..sebab ape?? sebab hari jumaat adalah last day untuk bekerja pada setiap minggu!! oh giler bestnye sok pagi bole bangun lambat skit...golek2 atas katil..pikir ape nak buat sepanjang hari....
dah settle golek2...buat streching bagai baru bangun! hehe...ye la nak bangun terus tak bole..nanti pening...so rilex2 dulu hehe...tapi ko nak buat perangai macam tu kat uma orang?? sile jangan! jaga elok sikit yek perangai tuh bile kat uma orang...buat malu jek nanti :)
hati manusia ni memang tak bole dipaksa kan? ade ke yang suka dipaksa?? hmm...susah kite nak tau perasaan orang lain pada kite...adekah orang tu tengah marah...merajuk..sayang or ape saje kan..yela kita bukan tukang tilik! lainla kalo memang ade kuasa mistik ke kan hahahha
adoiyai...bilela mood nak stabil nih?? hehe...biasela orang pompuan ye dak? computer ni plak asyik meragan jek pesal ntah..tengah dok menaip nak update tetibe skrin gelap! padam terus! ngok ngek sengal itik sungguh! tapi takpe...sabar...yela dari takde kan..kang cane nak update belog??
oh lupa nak wish congrats kepada rakan blogger sy Mell Aziz sebab berjaya masuk kosmo dengan blog beliau kerank.blogspot.com ....sape2 lagi yang rase nak jadi anak ikan beliau silela rajin2 ke blog beliau yek :) hahahah (mell sile jangan marah aku yek hehe)
posted by ceklala
sian...tu je yang mampu cakap buat masa ni..why??
lunch time tadi balik rumah sebab ade member nak amik hantaran..then mase nak turun tadi nak ikut lif..selalunye kalo turun memang ikut tangga tapi tadi cam malas pulak hehe...
otw nak ke lif tu nampak ade budak sekola ramai2...pastu bile pegi dekat sume cam pandang2...pastu terdengar sesuatu!!
bunyik budak nangis sampai terbatuk2 dalam tu mintak tlg suh kuarkan...ni cite benar ye...bukan cite hantu jangan pandang belakang..ni kejadian benar2 yang berlaku tepat kul 2pm td! sian..
tanye pada sorang kakak ni...tak taula yang terperangkap dalam lif tu anak die ke sape...tapi die dok tenteramkan budak yang dalam lif tu...tanye die selalu ke jadi macam ni? die kate bole katakan selalu jugak! amik ko!! ni yang buat seram nak naik lif lagi! sanggup rasenye panjat tangga tu turun naik tingkat 6 dari tersangkut dalam lif! serammmm!!
penah terjadi kat diri sendiri jugak yang mana mase tu kat faculti fssr...kitorg sume naik lif nak g tingkat 1..malas kan naik tangga...kitorg dalam tu ade la dalam 8 orang kalo xsilap...trip b4 kitorg ok jek..tapi mase turn kitorg tetibe stuck! memula pintu lif tak nak tutup..bile tutup tetibe tak jalan...pastu jalan pastu benti!
ah sudah...lampu sume da terpadam...sume cam da panik tapi masing2 ingatkan masing2 jangan panik..bayangkan dalam tu ade 8 orang dan mmg penuh! lif kecik bukan besar...tersangkut antara tingkat 1 and 2..tengah2...dekat setengah jam jgk la dok dalam tu...nak bernafas takyah cakapla..memang sesak!
dak2 laki mulala buat aksi mcgyver and mcm2 aksi yang ditunjukkan dalam filem hollywood tapi hampeh! sumenye tipu belaka yek...mane leh nak bukak2 ats lif tu nak kuar...so kalo tersangkut sile bersabar dan tawakal aje hehe
sebab tu la lif kene selalu buat maintanance...bukan bile dah jadi hal2 macam ni br dok nak betulkan..buat sebelum terlambat...eii seram!
posted by ceklala
posted by ceklala
assalamualaikum..
2-3 hari ni agak bz skit...keje bertimbun..tapi idea tak datang2...penat dah rasenye korek sane sini nak cari idea tapi tetap takde feel! nape eh jadi macam tu??
abis dah buku2 kat opis ni bukak..siap pegi mph lagi cari idea..tetap jugak tak datang2! mood tu takde! nape?? aiyorh...ni kene jmpa dukun or tok moh ni..kasi tengok ape ade dalam badan..bahaya nih...hehe
kenapa kite perlu ada rasa syak wasangka pada orang lain? selalunye mende2 macam ni terjadi disebabkan oleh kenangan lalu...memang..kadang2 kite cuba nak buang..tapi semakin kerap kite cuba nak buang semakin kerap pulak die datang tanpa diundang..so dimana silapnye??
bukan tak cuba...cuba sedaya upaya..tapi dalam masa yang sama mintak jugak agar difahami..agar tak timbul sebarang rasa wasangka...same2 kene tolong menolong...kalo takde komunikasi yang baik pincangla sesuatu hubungan itu...ini kebenaran..dalam ape2 jua situasi komunikasi itu penting...
sebagai contoh...nak pegi beli kain chiffon kat kamdar..dahla tak tau jenis kain..lepas tu malas nak tanye kat budak yang jaga tu..bile salah beli sape yang rugi?? so disini betapa pentingnye komunikasi..tak kisahla untuk ape sekalipun..hatta nak order makan kat kedai pun perlukan komunikasi! tak kan nak guna bahasa isyarat pulak kalo kite masih boleh berkomunikasi...betul..bahasa isyarat jugak satu bentuk komunikasi..memang betul...
ntahla...
post kali ni ditulis tanpa berfikir panjang...hanya mengikut luahan hati...tanpa perasaan.....
posted by ceklala
ye sebenarnye saat ini memang sangat ingin tahu..perasaan tu bermula hari ini secara tiba2...ya allah...ape nak buat nih? ianya satu kebenaran atau permainan sandiwara??
ya allah..aku memohon petunjuk dariMu....
posted by ceklala
posted by ceklala
Hello Monday :)
eh sihat ke korang arini? how's weekend? mine was superb! da best ever hehe...why? meh sini nak cte nih..hehe...plan yang tak dirancang sangat...sebab my family ni kalo merancang giler2 last minit mesti tak jadi! so selalunye plan last minit lebih menjadi..
meneruskan hari minggu dengan ke sunway lagoon...tima kasih kpd my sis yang sponsor tiket! lain kali kasi lagi tiket free yek hahah...last masuk sunway kalo tak silap mase darjah 3..tahun 93 mase sunway baru2 bukak hehe...selalunye orang masuk sunway nak mandi je...but not for me...i menunggu aktiviti yang jarang ade pd sesebuah taman tema...selain water park seperti atv, go-kart, bunggy jump and some of permainan yang ade kt genting highland and etc...best!
just pay rm100 then sume bole main! kecuali bunggy jump la..kene add on rm130..tp sebenarnye 11am to 6pm yang diperuntukkan tu tak cukup yek! tak cukup nak jelajah satu sunway lagoon dengan bermain sume permainan! so ape kene buat? kene pegi lagi nih! hehe...
ade sedikit quote yang i nk share...hati tengah berbunga riang kan..walaupun tido tak cukup tp redha jela..janji senang hati! hehe...
'It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone, but it takes a lifetime to forget someone'
posted by ceklala
- main tekan2 dengan hp walaupun takde msg or call..
- pandang bawah (lantai lif)
- pandang kiri kanan (kalo ade orang senyum ikhlas) org sebelah..
- tengok no kat lif skang dah tingkat bpe..bpe tingkat lagi nak sampai...
- main senyum2..sambil ketuk2 dinding lif
- berborak kalo ade member
posted by ceklala
posted by ceklala
posted by ceklala